LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 31, 2009

Ape ke jadahnye SPTS tu?

Wow, ini Husin lempoyang tentu terkejut mendengarnya. Nama hebat tapi pelaksanaan alamak pada aku gah pada nama saje le. SPTS tu ialah Sukan Prestasi Tinggi Sekolah. Bagaimana ia berjalan? SPTS ini ialah pihak kerajaan Melayusia telah mmemilih beberapa jenis sukan untuk di macam swastakan pada Kementerian Pendidikan Melayusia. Peringkat awal hari itu pihak kerajaan telah memilih sukan Memanah dan Sepaktakraw sebagai perintis SPTS. Akan tetapi jenis permainan telah ditingkatkan lagi dengan Bolasepak, Hoki Lelaki/Wanita dan Olahraga.

Maka diwujudkan setiap daerah satu Pusat Latihan Daerah (PLD) bagi setiap permainan. Bagi setiap PLD ada le barisan Guru yang dilantik sebagai Jurulatih yang diberi elaun setiap 2 bulan. Maka barisan jurulatih pun mula le melatih barisan anak didik memasing. Di kerah lah segala masa dan kudrat guru sebagai jurulatih. manakal hendak menjadi jurulati pula bukanlah mudah. Pada awlnya kena le pulak berkursus untuk mendapat Kursus Jurulatih jenis permainan Peringkat 1 dan Kursus Sains Sukan Peringkat 1 kecuali Guru yang kursus PJK lengkap.

Apabila telah lulus peperiksaan semasa berkursus peringkat 1 maka layaklah mendapat elaun sebanyak RM275 sebulan. Untuk meningkatkan taraf kejurulatihan maka sang guru pun pergi lah berkursus ke peringkat 2 untuk Sains Sukan dan Kursus Jenis Permainan yang diceburi. Diikuti dengan peringkat ke 3. Apabila telah lulus peringkat itu maka elaun pun ditingkatkan lagi kepada RM300 dan RM325 (yang last ni saya dah lupa).

Nama Sukan Prestasi Tinggi Sekolah, elaunnya RM 275 (Kelas 1), RM300(Kelas 2) dan RM325(Kelas 3). Soalan saya wajarkah?

Amerika melepaskan pengganas?


Amerika ni ade akai ke tara akai. Sekali fikir pun aku pelik 2 x fikir lagi aku rasa lebang libu. Apa pasal pulak Amerika melepaskan pengganas. sepatutnya apabila seseorang pengganas di dalam senarai dijumpai, sepatutnya ditangkap dan tentulah diletakkan kat Guantanamo (betui ke ejanya tu, balun je lah fahamkan, tempat seksa pengganas tu). Pelik bin ajaib tetiba salah seorang pengganas yang datang dari Malaysia yang terdapat dalam senarai dilepaskan oleh Amerika. Ni pengganas jenis apa ni. Pengganas jenis lain kot!


Siapa dari malaysia tu? Kata mereka orang tu dari Perak namanya Zombe A Kadiaq, ada dalam senarai para pengganas di Amerika. Akan tetapi mamat ni dilepaskan kerana, nak beri alasan apa ye. Buntu aku memikirkannya, ajaib pengganas dilepaskan. Aku nak gelak dulu le.

Hi hi hi hi hi , rupa langsuyor le pulak, tuko gelak

kih kih kih kih kih kih kih dah macam batuk kering nle pulak

Tak jadi le gelak

Kalau ada seorang mamat datang ke rumah aku dan mamat tu adalah dalam senarai mengganggu ketenteraman aku. Rasanya paling koman pun aku report polis. takkan aku biar dia terlepas dengan senyum kambing je (senyum kambing Utusan Meloya minat dia ni).

Maka datang le persepsi aku, cakap aje le sangka buruk aku:

1. Mamat ni sebenornya bukan dicop pengganas tapi ada membuat sesuatu kesalahan yang
menyebabkan mamat ni dilarang masuk ke Amerika. Apa salah dia ko tanya le yang sama
naik flight dengan dia tentu ada maklumat tu.

2. Dek keran malu ditahan dengan kesalahan yang menyebabkan beliau tak boleh masuk,
sedangkan beliau membawa misi dagang Perok tu. Maka diubah cerita yang beliau ada dalam
senarai Pengganas.

3. Gamaknya mamat ni dulu memang pengganas, tapi dah dapat jawatan bagus beliau berenti
jadi pengganas dan berkhidmat untuk Be End kot

Nota kuku kaki:

Cop pengganas oleh Amerika kepada orang Islam adalah diragui.

Wednesday, December 30, 2009

Tengok iklan 1 Malaysia kat TV.

Apahal le pulak kali ini gayanya pembuat iklan tu aku rasa dia main balun je buat tanpa rujuk dan tanya sesiapa. Pada aku le iklan ni amat merbahaya pada fikiran rakyat Malaysia yang beragama Islam. Ye le ape iklannya?

Iklannya begini kanak kanak Malaysia sedang bermain iaitu Melayu Cina dan India biasa la tu. Yang menariknya mereka bermain sampai dah main sanding-sanding di atas pelamin antara budak Melayu (tentulah Islam) dan India atau Cina (tentulah bukan Islam) lupa pulak aku. Mula-mula ibu bapa yang melihat kelihatan serba tak kena. Selepas itu ibu bapa kedua-dua belah pihak sipa tepung tawar sekali, merestuinya.Jadi kat mana yang tak kena?

Pada aku yang tak kena:

1. Perkahwinan berlainan agama , dalam Islam tidak menerima perkahwinan ini. (Indonesia jangan ikut mereka terlampau Liberal) melainkan pasangan bukan Islam telah memeluk Islam.

2. Iklan ini akan menyebabkan salah faham terhadap kebenaran yang kita bawa dalam Islam iaitu berkahwin itu seolah-olah direstui oleh orang tua-tua. Sedangkan mana mungkin perkara ini dibenarkan dalam Islam yang kita fahami.

3. kalau ye pun nak buat iklan 1 Malaysia, jangan le balun kot suka je. tanya le para mufti ke yang tentunya amat arif. tapi bagi AMNO siapa le mufti kan, mufti adalah yes man program anjuran AMNO kan kan.

Tuesday, December 29, 2009

Bio murtad Melayu, jangan,,,,

Selagi emak bapak aku orang Melayu, aku rasa tak pupius aku ni. Selagi aku dan bini aku Melayu tak pupus kemelayuan anak aku, kan gitu. Lagipun kalau nak dikira Melayu, kat mana yang Melayunya aku dan kiat semua yang Melayu. Sesetengah tu cakap Melayu dengan bangsa lain pun rasa koman sesangat. Pakaian Melayu bila sangat le kita semua pakai, hari Jumaat, hari Raya, majlis protokol berbaju Melayu (itu le kot).

Kekadang getik aku dengan semangat Melayu, pasal semangat yang tak ada hujung pangkal. Yang menguatkan semangat Melayu di Melayusia ni, mahu tak mahu aku ialah Roh Islamnya. kalau tak ada Roh Islamnya, aku rasa hancur lama dah Melayu ni. Tengok le Arab dan kalau rajin menengok rancangan Astro 111, rasanya macam bukan tengok Arab. baik aku tengok rancangan barat , memang dah serupa Arab. Aku menonton Astro 111 pasal nak tengok Arab, tapi kalau serupa barat, apa barang.

Hidup Melayu, aku rasa aku masih hidup dulu kini dan selamanya. Aku teringat kesah penyanyi Melayu Herman Tino yang popular dengan pelikat yang diselempangkan di bahunya semasa menyanyi, Herman Tino menceritakan bahawa kumpulan beliau menyanyi lagu barat di sebuah hotel. Seorang pelancong yang mabuk bangun dan membaling apa saya lupa dan berkata, Kalau saya nak dengar lagu barat baik saya pergi konsert kumpulan barat. Kami datang ke sini kerana nak tahu danhendak mendengar lagu kamu. Sejak itu penyanyi Herman Tino berubah dan memperkenalkan dirinya dengan kain pelekat.

Kalau rasanya melihat penyanyi Melayusia sekarang terutama pakaian mereka, baik mereka melihat penyanyi barat lagi seksi seperti dalam Astro 704. Pada aku kalau aku mengaku murtad Melayu takkan membawa maknaa apaa-apa kerana aku tetap tahu darah Melayu mengalir seluruh tubuh aku. Kalau nak harap yang lain semua serupa dengan yang lain. Pakaian kerja mesti bertali leher, seluar pentelon, baju kemeja. kalau pakai lain kene surat tunjuk sebab. Kemelayuan aku takkan hilang selagi darah yang mengalir ke tubuh aku ialah darah Melayu. Akan tetapi kalau aku mengatakan aku murtad agama Islam. Sah aku memang bukan lagi Muslim dan aku terke;uar dari agama aku.

Jadi mana lebih berat, murtad melayu kah atau murtad agama Islam kah?

Monday, December 28, 2009

Terimalah takdir AMNO.


Takdir yang pertama:

Dalam PRU12, 5 +1 negeri terlepas dek kerana AMNO tak menerima takdir maka dirampas kembali Perak dengan segala kerabat katak-kataknya. Selangor nak diharubirunya dengan macam-macam kesah. Itu belum kacau Penang, Kedah Kelantan. Wilayah tu nasib je bukan negeri pada dasarnya. Kalau AMNO terima takdir ( kalau aku cakap MCA dan MIC ada ke istilah takdir mengiku pengertian kita) tentu Melayusia aman sentosa tak ada kacau bilau. tapi sebab campurtangan AMNO, haru biru rakyat di buatnya.


Takdir yang kedua:

Rakyat dah buka mata terhadap segala apa yang gerombiolan (ejaan disahkan betul) AMNO lakukan selama ini. yang mana para gerombiolan telah menghancurkan agama, bangsa dan negara (dengan pakej kehilangannya). Rakyat yang tak celik , yang masih AMNO suap mulutnya dan media terhad kepada Utusan Meloya, Berita Hairan, Sasau, TV3Suku, RTeM dan yang sekandang dengannya sahaja yang masih buta. Sedarilah hakikat ini. Kata nak Islam tapi pelaksanaan Islam macam orang nanar punya kerja je.


Takdir yang ketiga:

Ingat takdir ini: Roda tu bulat tak selamanya ko diatas biarlah kami beri lagi 2, 3 tahun lagi. Tak selamanya ko akan menongkat dunia ni. Sedangkan Islam agama yang kita yakini betul pun ada pasang surutnya. mahu tak mahu Islam akan kembali berkuasa di bumi Allah ini. Masa PRU12 pun ramai yang terkejut, apatah lagi yang telah diramalkan oleh Rasllullah SAW. Ramalan beliau Islam akan bangkit kembali mendominasi bumi Allah ini. kalau engkau AMNO tolak Islam yang syumul, siap engkau juga akan tertolak. Israel dan Amerika pun tak boleh nak tahan akan kebangkitan itu nanti.


Takdir yang keempat:

Ini yang paling AMNO patut ingat sampai bebila (pinjam kaedah blog Ngonyen...Nyongen). Bahawa sanya pada PRU13 nanti buat lah apa saja, PR pasti akan memerintah Malaysia dan AMNO bakal hancur dibawah pimpinnan Bijan (Hipotesis RAHMAN). Semua negeri di Malaysia akan berubah kepada PR. Kalau engkau mahu pun engklau wahai AMNO ambillah Sabah dan Sarawak kerana berilah peluang para kontraktor ko makan kat sana, kat negeri lain dah tak boleh. Kau kautlah segala kekayaan di tempat sana, sampailah ketika PRU14 mereka pun sedar akan tembelang tembolok engkau wahai AMNO. Ko ingat balik apa yang ko lakukan dengan persempadanan semula yang ko lakukan yanga pada PRU12 jadi senjata makan diri. Jadi ko buatlah apa sahaja, insyallah kemenangan untuk kami, TAKBIR!


Takdir yang kelima:

Ini aku bagi can kat para pengunjung pulak menyatakannya. Semunya datang dari Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Sunday, December 27, 2009

http://1-mal.blogspot.com/

Blog ni cukup anti sangat dengan PK House dan blog yang mencarut. ada dia bagi link.


Tapi aku tengok dia pun 5X2 juga dengan blog yang dia benci. Guna kata pundek.



Gambar menarik dalam blog PK House: (Klik)

Orang lain bolehlah merekan tipu!

Tersangatlah mudah nak tau perhimpunan itu PAS punya kah atau Be End punyakah?
Orang lain boleh lah mereka tipu dengan mengatakan itu ini. Tapi rasanya para blogger susah nak kena tipu, kecuali blogger cari makan, tapi mereka pun tau ada penipuan. Kalau blogger cari makan mesti lagi tau penipuan sebab nak putak belit isu tu kan. Bagi mereka perut adalah segalanya bukan Be End pun. Andai kata masa PR memerintah selepas PRU13 nanti, mungkin mereka akan menukar blog mereka kepada PR Boleh ke, Aku Sayang PR ke kan?

Cuba lihat masa lampau kalau ada FRU ada water cannon ada pemprovokasi tentulah perhimpunan itu adalah perhimpunan PR. Yang mana kesudahannya akan berlaku penangkapan dan tercedera dan air asid dipancut dan ISA pun dilaksanakan dengan penuh tawadduk dan khusyuk oleh para penjilat-penjilat.

Akan tetapi kalau AMNO atau Be End yang berdemo maka para polis akan mnegawal dengan penuh khusyuk dan tawadduknya agar pendemoan itu akan berlaku dengan mustaidnya. Mari kita lihat bagaimana perhimpunan di Selangor tadi.

Adakah tangkapan?

Adakah semburan water cannon?

Adakah jerit pekik, haru biru?

Kalau tak ada semua itu maknanya bukanlah perhimpunan itu dari PR tapi mungkin parti baru kot . Iaiitu Parti Baju Merah.

Tadi baju merah jawab kat TV 8.26 pm: kami buat sendiri tak ade tak ade dapat support dari mana mana!

Semalam aku nak upload gambar lain terupload gambar lain kay PC aku. Aku ikut naluri, klau aku rasa okey aku biar saje le. Maf sebab gambr tak berkaitan dengan artikel.

Saturday, December 26, 2009

Cari makan kat negeri lain

Tadi pi kenduri, tu yang syok pi kenduru tu banyak cerita boleh dapat. Itu pun sebab aku nak cepat kejar seberapa banyak jemputan yang boleh sebelum orang reda. Kalau dah reda orangnya segan le pulak nak datang kan. Antara story yang menarik tu yang jadi tajuk tu.

Kawan aku bercerita, dia ni kontraktor kecil, mewaris dari bapak dia yang dulunya Ketua kampong di sebuah kampong di Kuala Kangsar. Aku pun heran yang dia dok pi cerita kat aku apahal. Pasal aku ni tak jengok pun aktiviti Bee End, tapi aktiviti PR jangan, tak ada aral melintang aku jenguk habis. Tapi sebab aku tak banyak mulut jadi nampak cool kot.

Dia boleh cerita dia selalu berulang alik ke negeri lain. Tiap-tiap minggu berulang alik ke negeri tu, mahu 9 jam perjalanan. Aku tahu 9 jam jalan sebab pernah hantar anak aku ke Universiti negeri tu. Aku tanya le kenapa berulang alik sana. Sambil lawat anak kat Universiti yang sama dengan anak aku sambil cari projek kat sana. Ada projek sana le. Ada le. Kat sini kenapa pula, masa PR memerintah dahulu mana ada projek. Jadi sekarang ni dah ada ke. Oh sekarang ni boleh le, kalau dulu lansung tak ada.

Padan le dia punya sokong bagai nak rak. Asyik tak lekang dengan baju AMNOnye, siap pelekat DAULAT TUANKU lagi. cadang nak kabokan tangal le pelekat tu. Kemudian baru aku perasan iaitu yang beria pakai pelekat DAULAT TUANKU ni rupa-rupanya adalah kontraktor-kotraktor AMNO. Kontraktor MIIC dan MCCA tak peduli pun.

Jadi amat ketara mereka yang sokong Bee End ni sebab nak cover pulus mereka. Tak lah sokongan sejati kerana memperjuangkan Melayu. Agama apatah lagi tak berapa nak harap. Tapi para pencacai ni ada masyuk, ni orang kampongb totok ni apahal entah sokong beria benar. Aku tengok sengkeke juga, nyemedang kapcai ke hulu ke hilir. Apa ke jadah makmurnya rakyat AMNO sekali pun. Aku tengok rakyat PAS lagi siap boleh buat Sekolah, dewan dan apa yang mampu diberi.

Friday, December 25, 2009

Kerajaan hilang.

Aya ! apa mikin kerajaan pun moleh ilang. Hidup susah, mati pun susah. Alias Congo pun tentu heran walaupun dia kat dalam filem Madu 3. Bayangkan bab cerita hilang memanjang tahun ada. Senang benar le pulak hilangnya. Tuya hilang, jet hilang, perdana hilang. Itu yang kita tahu, bagaimana pulak yang kita tak tahu. Sebab mengikut kajian dalam 5 yang hilang hanya 1 yang diketahui hilang manakala 4 yang lain tu tak di sedari hilangnya.

Itu kajian bagi manusia yang normal, maksud saya kajian b agi manusia yang normal. bagaimana pula hilang bagi manusia yang tak berapa normal dan manusia yang gila, ish ngeri aku ngenangkannya. kalau hilang dari segi kategori gerombiolan aku rasa nisbah kehilangan itu adalah bukan 1:5 tetapi beri le kecik je 1:10. Besar ke tu okey aku turun 1: 8. kalau besar juga ko buat le nisbah sendiri. Aku bukan reti nisbah bab gerombiolan ni. Aku agak je.

Tuya hilang dah tau kena C4, Bala hilang dah timbul balik tapi lain sikit bunyinya, jet hilang ingatkan satu rupanya 2, tapi kalau baca blogger (Aku lupa dah le) mengikut bekas pegawai tenteranya yang hilang bukan itu sahaja bahkan lebih. ish, ish cuba bayangkan. Perdana V6 kata ganu dan jengakaut pun siapa le pulak yang mengautnya. Wuit, kalau dara yang hilang macammana pulak? Lagi le banyakkan, sebab aku hanya berjaya menghilangkan satu je dara itu pun sebab dia dah jadi bini aku. satu bala lagi ni.

Moh kita tunggu dan lihat apa lagi yang hilang. Mari kita lihat siapa yang kena.(Ibrahim Pendek pun tengah memikirkan dalam Ali Baba dana 40 orang penyaamun). Siapalah pulak yang bakal hilang apa saja benda kat Melayusia ni. Tapi yng aku amat pasti sebab hidup ini bagai roda AMNO akan menamatkan pemerintahannya di Melayusia ini kerana mengikut Hipotesis RAHMAN, N yang akhir itun ialah Najib. maka selepas Najib akan berkuburlah pemerintahan AMNO di Melayusia. selepas itu akan adalah satu parti pemerintah yang baru yang mendapat mandat baru rakyat. Di antara PAS, PKR saja yang akan diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong(YDP). Entah le kalau Karpal Singh atau Lim Kit Siang masuk Islam harus YDA terima kot.

Sebelum kerajaan Malaysia hilang sepenuhnya, marilah kita megubah arah ke kerajaan PR yang nampak makin berwibawa untuk memacu negara kearah negara yang aman dan makmur. Bukan seperti slogan kerajaan yang ada, tak aman dan tak makmur (makmur vkat dia ada la).


Kerajaan hilang.

Thursday, December 24, 2009

Tanggalkan le sticker DAULAT TUANKU tu!

Kata orang tempat teman tanggalkan le sticker DAULAT TUANKU tu, getik aku nengoknye. Bukan mereka getik kat Sultan Perak atau pemangkunya. Tapi harap lambang je letak kat kereta tapi perbuatan tu tak melambangkan sticker yang dilekat kat cermin kereta tu.

Kalau PR yang buat tentu pihak gerombiolan (kali ke 3 aku mengatakan bahawa ejaannya adalah benar) mengatakan bahawa mereka dah derhaka pada Sultan Perak. Tapi kami sebagai rakyat yang memahami bahasa istana menyedari bahawa itu sekadar SEMBAH DERHAKA sebagaimana DSNJ lakukan semasa kecoh kes rampasan kerajaan Perak dahulu. Ni aku cerita tentang ADUN yang menentang senarai JK Masjid tu. Kan apa yang dilakukan itu adalah SEMBAH DERHAKA sama seperti DSNJ lakukan semasa kecoh dulu tu. Beza, cuma bezanya DSNJ merafakkan sembah tu ada adab. Akan tetapi cara gerombiolan itu merafakkan sembah, masyallah, lu fikir le sendiri.



Banyak kes yang sepatutnya gerombiolan tak layak melekatkan sticker pada cermin kereta mereka. Kita undur sikit kat Terengganu masih kes Ahmad Said menentang Idris Jusoh. Tentu kawan-kawan ingat perkataan MENATE. Itu bukan SEMBAH DERHAKA tu tapi memang DERHAKA mutlak tu. kalau dia rakyat negeri Tranungkite, patut kena buang negeri tu. Tapi pasal mereka adalah gerombiolan maka apa ncerita pun tak tau kita, senyap je.


Undur masa jauh lagi yang menjatuhkan martabat Sultan bahkan agong siapa kalau tidak gerombiolan, yang mana menyebabkan kuasa Sultan makin kureng karana gerombiolan. Tapi memasang sticker DAULAT TUANKU seolah-olah menjunjung duli.



Di Perak kalau ada sticker DAULAT TUANKU dipasang pada cermin kereta, kita amat memahami bahawa mereka amat menyokong kerja ketua gerombiolan yang berjaya merampas negeri Perak secara katak-katak. Jadi sticker DAULAT TUANKU adalah bermaksud yeeeee, kami berjaya merampas Perak secara katak-katak.

Wednesday, December 23, 2009

Berkuburlah semangat Jihad

Berkatalah seorang Pak Menteri dan kuncu-kuncunya bahawa sanya jihad utama ialah jihad ekonomi sahaja, sekarang tak perlu jihad yang lain-lain.
Uwekk, loya le pulak. Kalau jihad ekonomi tu menaiktarafkan ekonomi Islam tak apa le juga. tapi jihad ekonominya pergi menaikkan ekonomi kapitalis. Jihad apa jadahnya tu. Tu yang aku rasa bertuah sangat orang Palestin, Iraq, Afghanistan dan yang lain-lain. Maka berkatalah mereka bahawa itu Jihad perang sahaja. mana ada Jihad ekonominya, mana ada Jihad ilmunya dan jihad-jihad yang lain.

Rasa-rasanya kalau nak pi Jihad perang ni, tak perlu ilmu ke, nak pi jihad perang ni tak perlu ekonomi ke untuk memantapkan peralatan peperangan dan meneruskan perjuangan. Takkan nak pi Perang Jihad Fisabilillah terus mendadak je pergi. Takkan jihad iman tak ada di dalam dada. Jelas bila kita pergi berjuang fisabilillah segala jihad yang ada dalam Islam perlu dilaksanakan agar Jihad perang itu dapat dilaksanakan. Itu yang berlaku kat Lubnan yang dipelopori oleh pemimpin Hisbullah iaiitu Sheikh Hassan Nasrallah yang berjaya mengalahkan Israel dalam perang Israel dengan Lubnan baru-baru ini.

Dikatakan bahawa Hisbullah akan membayar ganti rugi bagi rumah sesiapa sahaja yang dibedil oleh Israel. Nak ganti dengan apa melainkan selama ini mereka mengamalkan jihad ekonomi. Kemudian kalau serangan ke atas wilayah Israel dengarnya, peluru berpandu yang dilancar oleh pihak Hisbullah punya le taktikal dan banyak hingga tak mampu pihak Israel menangkisnya. Agaknya guna jihad ape tu jihad ekonomi sajakah?. Seorang Doktor dari malaysia membuat lawatan ke Lubnan selepas peperangan itu selesai kerana Israel minta perdamaian. Beliau mendapati bahawa sepanjang perjalanan beliau lihat banyak, saya ulang banyak kenderaan perang Israel ranap seperti kereta kebal, jeep, kapal terbang, jet, helikopter dan lain lain. Agaknya serangan yang begitu hanya guna jihad ekonomi kapitalis sahajakah? Tentu jihad akidah mereka tu sangat mendalam dan bergerak secara teratur.

Tapi yang menariknya kat Melayusia ni, didalam buku pendidikan Islam tajuk Jihad pun telah dibuang dari buku baru sukatan. Ini mengikut cerita dari rakan aku yang juga seorang ustaz di sebeuah sekolah menengah dan disahkan oleh rakan-rakan ustaz yang lain. Melayusia yang takut nak melancarkan jihad. Patutnya buat, supaya musuh Islam akan gentar. Kalau setakat jihad yang dilaksanakan oleh Melayusia , pakat gelak dek musuh Islam je le. Musuh Islam, tak musuh apahal aku nak musuh pulak, jadi jangan jadi musush Islam, macam gerombiolan (disahkan lagi ejaan ini adalah benar) AMNO.


Tuesday, December 22, 2009

SUK Perak mohon tukar ke KL ?

Ha... apa pasal.
Ha... tentu ada pasal.
Ha....atau cari pasal.
Ha.... atau elak kena pasal.

Kemungkinan 1:

Mahkamah yang menangguhkan keputusan DSNJ itu, mungkin ada berita baik bagi PR dan buruk bagi Bee End dan sekutu kuatnya iaitu SUK Perak. Mungkin kemenangan telah berpihak kepada DSNJ maka tentulah beliau takut kerana PR akan kembali menguasai Perak. Kalau Pr kembali menguaai Perak, maka dia punya kedudukan manyak mahaya lo.

Kate dek orang Perak: Tu le gate beno nunjuk sokongan macam nak rak, sekarang!

Kemungkinan 2:

Seperti keputusan mahkamah di atas. Maka untuk menjaga maruah Bee End yang tentunya amat tercalar dengan keputusan mahkamah nanti, maka DUN Perak akan dibubarkan. Jika DUN Perak dibubarkan maka Pilhanraya akan diadakan. SUK telah nampak bahawa PR akan sekali lagi menguasai Perak bahkan dengan penguasaan yang lebih hebat lagi. Bahkan majoriti juga akan meningkat.


Kemungkinan 2.5:

Ade pencacai AMNO bagi jawab dia naik pangkat, tu yang aku terpakse buka kemungkinan 2.5, pasal kemungkinan 3 dah aku bagi kat pengunjung.
Aku boss nak bagi terhormat sikit koje baik anak nbuah aku selama ini di samping nak menyelamatkan maruah anak buah aku. Apa aku akan buat?. Jadu aku rasa cara terbaik ialah pindahkan beliau dengan cara menaikkan pangkat ka. maruah selamat dan pangkat pun dapatkan.


Kemungkinan 3:


Wa jemput pasa pengunjung blog wa beri beberapa kemungkinan yang mungkin. Sebab wa pun bukan bijak benar menelah kemungkinan ini. Wa rasa para pengunjung dan rakan blogger mesti punya kemungkinan yang lebih mengancam dari gua. Silakan

Sunday, December 20, 2009

GST menambun duit.



YB Menambun : Hosni Hangsalah yang cakap macam ni:


Beliau berkata pelaksanna GST memberi kelebihan terutama kerajaan yang meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi melaksanakan projek-projek untuk manafaat seluruh rakyat.

Bila terbaca perkataan peojek je aku fobia betui le. Tambah pula perkataan projek itu didahulukan bukan perkataan rakyat. Seakali lagi le rakyat akan didihulukan dan pencapaian kroni diutamakkan.

Bila tulis projek dulu , amat jelas yang para kroni akan dapat isi manakala para rakyat akan mendapat sisa-sisanya. Tambahan pula GST ni meniru dari negara lain yang berideologikan kapitalis. Selagi ideologi kapitalis yang ditiru yang amat jelas yang mengaut keuntungan melampau amat pastilah para pengusaha atau para pemilik. Aku berani berkata mengaut keuntungan melampau kerana batang hidung sendiri amat jelas terkena. Gini: Aku beli sebuah kereta dari satu syarikat ala kroni harganya lebihkurang RM84 000 dua tahu selepas itu harga kereta itu turun kepada RM69 000. Bukan harga jereta saya tapi harga kereta jenis itu. Kiraannya menunjukkan saya kerugian sebanyak RM 15 000. RM15 000 ribu boleh beli satu kereta second hand yang orait juga la kan. Bukankah ini berkamna harga kereta itu lebih murah daripada itu dan ia masih untung bila dijual pada harga RM 69 000 itu.

Kalau taip jenis keretanya , orangnya karang mahu aku kena saman, mana aku nak bayar. Aku rakyat biasa yang merasa bahawa semua kenaikan ini walaupun GST adalah untuk mencekik rakyat semaunya kerana mereka memerlukan wang un tuk membeli hati rakyat. Maka duit rakyat untuk beli hati rakyat. Yang rakyat seronok le kena sembelih dek gerombiolan (ejaan ini dimaklumkan betul) ini.

http://pendikargunung.blogspot.com/2009/12/di-parlimen-cakap-berdegar-degar-di.html


Aku taip sundal dalam carian AOL yang keluar gamabar makanan sundal.
Sekali lagi aku guna tajuk yang aku link ke blog jiran blogger.

Pendapat tu dah lama aku dengar, rasa macam betul je. Mengikut kajian psikologi lebihkurang gitu le. Bila manusia di tekan di sesuatu tempat. Di tempat itu dia tak mampu berbuat apa apa maka dia akan meluahkan apa yang terbuku dihati pada tempat lain. Tambahan pula tempat itu adalah amat menarik hati wooi.

Apa ilmu pakai dek mereka ya. maksud aku ilmu sampai wanita boleh suka kat mereka. Kalau tengok rupa mereka pun ngaku aku tak hensem untuk layak menerima artis tu. Jadi rakyat mula le berkokok ala ada duti belambak suka benar le para artis tu, kata dek rakyat. Mana ada jawab dek artis. Maka orang pun menyenaraikan contoh-contoh para artis yang sudah dan akan beroperasi merebut segala jantan yang beruang (cop berwang). Tambahan pula yang masuk bidang seni tanpa peduli halal haram gaya lakonan, pakai balun je, kerana duit tawaran lakonan tu. Para pengarah dan penerbit kalau ada yang maho over tentu mereka ambil peluang itu kan.

Tapi lagi ilmu yang aku nampak le, maaf le biasanya terkena kat betina walau pun sebelum ini mereka ini perempuan. kalau ada lelaki yang pandai mengayat (bukan menggayat) cair hati perempuan tu dan bertukar lah mereka menjadi betina. Bila sudah cair , lama lama mula sedar diri, bila sedar diri mula menyalahkan yang jantan. jantan aje le mencari peluang gitu kan. Sebagai nlelaki yang normal sihat tentu dalam hati tu ada perasaan tu (inginn beristeri lebih dari satu dan sampai cukup kuota). Yang lebih daripada itu, aku berpendapat jantan tu dah mula ada pemakai yang lain , yang menyebabkan mereka berhantu terhadap betina. Kalau setakat lelaki normal 1 hingga 4 tu okey.

Aku tanya hanpa lelaki semua, aku tak tanya jantan (itu memang dasar dia). Aku ulangi aku tanya lelaki semua , hang pan nak ke nikah lagi?

Aku jawap dulu: Nak nak nak nak (jangan jadi Nang Nak dah le)

Saturday, December 19, 2009

Sekolah Budaya Rakyat

Tadi saudara Pyan Habib telah merasmikan Sekolah Budaya Rakyat di dalam bangunan UREKA semasa Tembang Kuale tadi. Tidaklah rugi aku rush balik dari kenduri nun jauh di utara kerana dapat bersantai bersama Tronoh Teater Shop, Space Gambus Experiment Raduan NOrdin, Meor Yusuf Aziddin dan perasmi utama Pyan Habib.

Begitu santai dan aku bawa bersama 2 orang anak aku untuk bersantai di Tembang Kuale, biar merekA mengenali satu lagi jenis hiburan yang tidask keterlaluan dan ada isi. Bermula persembahan pada pukul 9 dengan pukulan gendang entah apa nama (tak pakar ada 4 jenis gendang tadi) dan diikuti dengan nyanyian bergitar oleh Nik dan Mior. Selepas itu persembahan dari Tronoh Teater Shop diikuti balik denga nyanyian solo dengan lagu lembut dari Mior. Diikuti Kamal Sabran dengan persembahan Space Gambus Experiment. Juga dengan seorang lagi penyanyi bergitar (maaf saya tak berapa dengar tadi). Akhirnya saudar PyanHabib merasmikan Sekolah Budaya Rakyat(SBR) dengan gaya yang amat santai dan menarik perhatian kedua anak saya.

Syabas Perak Ekspress keran berjaya mengembangkan lagi sayap UREKA kepada SBR. Semoga usaha ini akan memaksimumkan keuapayaan PR dalam melonjakkan orang muda dalam PR.
Cuma pandangan peribadi saya dari dahulu dah ni. Iaitu hati saya pasti akan berkata-kata bila melihat pemuda Melayu dengan gitarnya.. Seolah-olah orang muda Melayu mesti dengan gitarnya. Jika kita lihat kalau sebelah malam ditepi jalan kalau ada anak muda berlonggok mestilah gitar ada di situ. Kita lihat pula kalau pergi berkelah pastilah gitar yang diusung ke tempat berkelah tu. Ini di SBR pun saya masih melihat 3 buah gitar. Bukan saya anti dengan gitar tapi berapa banyak punya gitar da. Teringin saya melihat alatg muzik lain yang di dendangkan oleh anak muda Melayu. Misalnya biola, gambus, saksafon dan yang sewaktu dengannya mekainkan gitar.

Okey itu saja malam ni chow...

Puss semangat.

Maaf le yang melawat. Itu le kerja nya minta maaf, minta maaf. Aku out station danbusy sikit. Aku rush juga balik ni pasal nak cuba kejar menikmati acara santai Tembang Kuale di UREKA.
Alhamdulillah lagi 2 jam akan bersantai dengan Tembang Kuale.

Kita lupakan kejap lebanglibu politik, moh kita bersantai dengan realiti hati nurani masyarakat yang memerlukan satu perubahan yang besar mahupun yang kecil. Selalunya masyarakat di dendangkan ndengan sesuatu yang gah-gah, perdana, grand. Tapi lupa bahawa ada dalam diri seseorang yang ramai mahukan yang biasa-biasa je. Jadi Tembang Kuale saya rasa satu wadah untuk masyarakat yang amat menarik untuk tidak berlebih-lebih tetapi amat menghiburkan dalam suasana yang santai.
Cadang nak cakap santai, tapi tiba mengulas kehidupan ni, payah kita nak mengulas secara santai, kerana ia satu ibadah juga yang akan dipersoalkan nanti. Macam nak menulis ini ada yang mengharapkan kita menulis mengikut cita rasa dan law penulisan. Tapi inilah kelebihan media blogger yang tak memerlukan satu wacana yang khas untuk dipaparkan. Apa saja yang terfikir oleh tuan punya blog, itu dia punya hal le. Kalau suka orang akan lawat lagi, kalau tak suka orang akan bye-bye. Manakala ranking blog akan sentiasa bergerak turun naik.

Macam kenduri kawin kat Melayusia ni di kalangan orang Islam ni aku makin takut. Sebab aku punya 4 orang anak lelaki yang akan meminang anak dara (harap dara le), tapi belanjanya sekarang koman-koman RM8000 itu hantaran buat pengantin perempuan (tempat aku dipanggil belanja hangus). Macammana pulak belanja rumah sang teruna sendiri (harap-harap teruna le) tentu lebihkurang tu juga kan. Aku nampak masyarakat Melayusia dah makin berlebih-lebih. Khemah pengantinnya kalau tak ada langsir berwarna-warni tak sah. Kalau dahulu cukup bawak telur sebiji pulang (kalau orang lelaki termasuk milik dia le). Tapi sekarang
ni kalau tak penuh beg kertas mini tu tak sah. Kan berlebih tu.

Ada pula jawapannya, mereka mampu! Pada saya belanja akan makin rendah kalau semua acara berlebih itu diketepikan. Belum lagi perlu hulur lauk pauk kat para tetamu.kalau lagi kaya orang tu pulak , kalau meminang lagi nak sedia tinggi hantarannya. Patut dah kaya lagi nak amalkan sunah yang mengatakan bahawa:

Perempuan yang berkat itu murah mas kahwinnya
cepat kahwinnya dan
banyak anaknya.

Check ada ka itu semua, kalau tak ada tak berkat kot, jangan marah ada faktor lain lagi kan.

Tadi aku merasa menu yang ganjil, daging masak kari dengan umbut pisang. kalau umbut lain aku dah cuba le , tadi mencuba pulak umbut pisang.


Thursday, December 17, 2009

Aku tak hamil apa pasal loya ni!


Aku rasa sebenarnya politk ni sentiasa membara ibarat api dalam sekam aje atau ibarat gunung berapi yang aktif. Rakyat sedang amat muak amat sampai muntah-monggek menengok kesah politik negara. Apa yang aku taip ni sebab itu yang aku rasa. Rasa mual segala isi perut bila menyebut politik negara Melayusia.


Kalau dilihat situasi negar tengah ini pun segala lebanglibu dan refleks dari lebabglibu itu itu menunjukkan akan kadar keloyaan yang berlaku. Kalau baca blog House PK, Panglima Perang Cyber, Pisau, Taiping Mali dan rerakan dari Bee End semua menunujukkan ciri-ciri itu. Yang dia orang muntah bukan saja melihat PR bahkan Bee End. Manakala para bloggers PR pun nampaknya begitu melihat dengan rasa lebanglibu dengan apa yang berlaku dalam PR apatah lagi melihat kepimpinan negar yang haru-biru.


Sampai Bung Mokter pun macam ada skandal dengan Ziziee ye ke? Itu semua ciri-ciri keloyaan dengan apa yang dipaparkan oleh para pendukung politik. Kalau betul kisah 5 bersaudara MP PAS yang minat kat UG muak betul juge orang PAS, belum kesah ArifAhmi menantu dan yang sewaktu dengannya. PKR yang paling ramai katak yang diketuai oleh Brahim Aley(Raja Katak) juga memeningkan. BN pulak keliru dengan Che Duit dan Nazre belum lagi berebut segala projek yang tak terfikirkan kita yang biasa-biasa ni.


Tapi aku rasa semua itu bagus juga kerana pada PRU13 nanti baru tahu langit tinggi ke rendah oleh para pendukung politik. Kerana rakyat sedang memerhati dan meninjau dari jauh dan mereka sedang memikirkan kecuali yang otak beku betui (harap bukan ko) apa aku nak buat kat mereka nanti. Tunggu sajalah natijah nanti. Sebab rakyat Makaysia ni tak suka heboh-heboh tapi mereka akan tunjukkan satu ketika nanti yakni PRU13. Tu nak tak nak cara Rosemah tu, iaitu tak peduli apa orang kata betul juga.


Walau bagaimanapun syabas kat media IT khasnya kerana berjaya membawa satu wabak baru dalam minda masyarakat Malaysia. Yang amat pasti, wabak baru ini akan melanda dengan amat kuat dalam PRU13 nanti. Go blogger go!

Wednesday, December 16, 2009

TGNA maksum....


Yang aku tahu, kat dunia ni yang maksum ialah rasul-rasul termasuk le rasul besar junjungan kita nabi Mohd SAW. Ada ka orang lain yang maksum, aku tanya kali ini memang aku nakkan jawapannya. Kalau ada, apa yang bakal aku kata ni salah le. Soalan lagi ada ka Wali Allah tu maksum, cerita bab Wali ni orang AMNO percaya ke. Jadi aku berpendapat kat dunia sekarang ni, dulu kini dan selamanya (bahasa ni orang AMNO suka le) tak ada orang yang boleh mengaku tak buat silap atau tak berdosa. Jadi kesimpulannya TGNA tidak maksum.

Jika TGNA tidak maksum maka ia mampu berbuat silap, betul begitu juga sakalian ulama PAS apatah lagi ulamak AMNO. Kalau ulama sekali pun tidak maksum bagaimana pula dengan pimpinan negara Melayusia ni. Adakah mereka itu maksum sampai apa yang mereka katakan adalah perlu menjadi satu kitab buat turutan kita semua? Letih benar aku bertanya ni. Sebab yang ni aku sendiri juga kena jawab. Sendiri tanya, sendiri jawab macam orang gila le pulak. Tapi aku pasti aku masih waras, Insyallah.

Jika Nabi Mohd SAW berkata bahawa para sahabat adalah bintang yang sepatutnya menjadi panduan seluruh alam. Maka yang berusaha mencuba seperti para sahabat kalau mampu adakah mereka salah pembawaannya (tapi perlu diingat mereka bukan maksum).

Adakah sabda laki Najeeb yang mengembang rambutnya dapat menjadi pedoman bagi kita semua agar kita semua selamat? Tanya lagi, ish ish. Atau kita mahu menjadikan Noor Kumalasari sekarang sebagai pedoman (maaf, Puan Noor aku guna nama hang sebab aku respect kat hang yang istiqomah sejak hang berubah). Kalau Ogiii pulak setakat ini hilang le respect aku, insyallah kalau dah bersuami balik tu , berubah balik kot.

Berbalik kepada TGNA dan para ulama PAS bukan maksum maka mereka perlukan musyawarah yang amat telus dan berani menerima kenyataan. kalau benar ada sesuatu yang amat tak kena dalam PAS, mereka perlu tolak orang-orang jika terbukti kesalahannya itu, kerana kemenangan bukan kerana ramai walaupun demokrasi memerlukan majoriti. Tapi kemenangan kerana kita perlukan keberkatan seperti dalam peperangan Islam yang pertama 300 muslim yang berkah melawan seribu kafir yang nak merosakkan Islam.

Kenyataan para blogger perlu diteliti keran mereka juga mempunya asas dalam mengatakan apa yang mereka kata. Atau dalam kata lain masakan ada aurora kalau tak kat kutub. Boring guna peribahasa lama angin, angin. Try peribahasa baru pulak.

Tuesday, December 15, 2009

Jemput ke Kuala Kangsar

Ini posternya kalo tak jelas lagi klik le kat gambarnya.


Ini pelan lokasinya dekat aje dengan Jambatan Sayong tu (Jambatan Sultan Abdul Jalil)

Sayangnya aku berada di Kedah masa tu , Insyallah

Tuhan alam.

Tuhan yang bagaimana yang mampu mentadbir alam?
Meh kita tengok alam ini macamana. Yang dah sekolah sampai tingkatan 3 masa sukatan sains dalam Bahasa Melayu banyak maklumat tentang alam berbanding dalam PPSMI. Tapi yang rajin explore internet lain la, lagi banyak maklumat.

Macammana nak mula ya. Kalau lukis pun tak cukup ruang kalau taip pun mungkin kita boleh cuba nak gambarkan.
Bumi ni terletak dalam sistem bintang matahari (ada 9 planetnya).
Matahari tu ialah bintang yang terletak dalam Galaksi Bima Sakti. (jarak antara stiap matahari sangat jauh yang paling dekat bintang Proxima Centauri jaraknya kalau tak salah 40 juta juta km).
Di alam ni ada baaaaanyak galaksi, setakat bacaan saya hari tu dah ditemui 100 000 galaksi.
(Kita ni galaksi Bima Sakti jadi terdapat 99 999 galaksi yang lain sedang berputar).

Persoalannya Tuhan Alam yang bagaimana yang mampu menjaga alam ini?
Maaf takkan setakat Jesus dan 2 tuhan yang dikatakan satu pulak tu.
Maaf takkan setakat Lembu yang menjaga alam ini walaupun lembu dianggap ibu manusia.
Maaf takkan setakat dewa monyet yang menjaga alam ini.
Macamana tuhan yang lain......

Saya mengesyorkan pengikut agama yang lain membaca sifat 20 dalam Islam untuk memahami Tuhan alam yang saya fahami.

Ustaz ustazah bantu saya kalau saya tersilap menggunakan bahasa..........

Monday, December 14, 2009

Jawapan kepada Ceramah2 BTN oleh bekas ahli AMNO.

Aku ingin bertanya satu soalan.
Semasa mereka berceramah mereka berceramah dibawah payong apa?

Di bawah payong PAS kah?
DAP kah?
PKR kah?
AMNO kah?
MIC kah?
MCA kah?
Berapa banyak punya kah da....

Dah bertanya aku jawab sendiri......kah kah kah......
Tentulah Anwar Ibrahim yang ko kata dan Khalid Ibrahim juga yang ko kata dan rakan rakan yang sewaktu dengannya itu berucap , semasa di bawah payong AMNO?

Bukak pekong sendiri ( klik) nampak kah kah kah... tiru blogger Ikut Suka Aku gaya aku.

Mereka berceramah tu , itu isu lama, lama dulu, tambahan pula ko tunjuk gambar Khalid Ibrahim masa muda dulu. Itu dulu. Kalau gambar Anwar Ibrahim ni pasal aku nampak dia ni awet muda jadi macam serupa je dulu dan sekarang ni . DSAI belanja mamam aku puji ni.

Kan dulu mereka dan kini adalah berbeza. Dalam kata lain dulu lain sekarang lain kata SM Salim ko kene ke.? Atau dalam kata lain mereka dah bertaubat dari AMNO. Itu pun tak faham ke kah kah kah... erkkkkkk sendawa panjang le pulak aku banyak gelak ni.

Bila mereka memasuki era baru dalam Pakatan Rakyat (PR) bermakna mereka mempunyai satu pandangan baru ,gagasan baru hatta wawasan bukan 2020 yang ko orang ikut dulu kini dan selamanya. Jap, dulu kini boleh juga pegang tapi selamanya kalo Islam boleh le kalo AMNO boleh ke. Sedangkan PAS pun aku berani pegang dulu, kini tapi selamanya aku tak berani pasal kalau PAS ubah arah aku yang akan balun mereka.

Jadi bila membawa hujag BTN tu hati hati ye , kan dah buka pekong ih nak gelak lagi le kah kah kah kah kah kah koh koh koh batuk le pulak ko punya pasal le.

Sunday, December 13, 2009

Kalau tak percaya mari sini: Isu Perkauman.

Akulah Penyair
Yang Turun Dari Gunung
Beratus tahun telah duduk di situ
Beratus-ratus tahun

Ingin kuturun kelembah
Melihat manusia
Kecil miskin lagi hina
Hidup mereka melata-lata

Tanganmu kugenggam
Kujulang ke udara
Akan kujerit bagaikan halilintar
Kebebasan abadi

Masih ada dalam ingatan aku lagu tu, mungkin ada silap di mana mana. Agak anda siapakah yang melagangkan lagu itu dalam kursus-kursus nya suatu waktu dahulu.

Aku dapat lagu ni masa kursus AMNO di Kg Kubu Gajah, Bruas (alamat tak begitu pasti). Itu baru satu lagi. Macamana lagu Anak Kecil Main Api. Rasanya semua kursus AMNO akan melibatkan lagu lagu itu pada masa saya muda-muda dulu. Ini kerana masa dahulu aku ikut bapak aku orang kuat walaupun satu undi pun AMNO tak dapat dari aku sejak layak mengundi.

Bukankah semua ini dari AMNO bahkan aku pernah ikut kursus penceramah AMNO di Changkat Tin, Tg Tualang. Pun begitu aku didedahkan dengan isu perkauman. Sepanjang kursus 3 hari 2 malam itu kami diasak dengan isu itu sahaja. Ada sekali dalam satu sessi tu aku kemuka satu isu agama, tapi aku terkejut kerana isu itu mereka pandang sepi je, terdiam aku dan rasa kehairanan. sedangkan aku dipilih kesitu kerana menjadi johan ceramah belia KKangsar anjuran mereka yang ada membicarakan isu itu.

Kesimpulannya, AMNO lah yang mengamalkan isu perkauman dan mereka boleh bertahan sampai sekarang kerana isu itu. Kalaulah isu kaum tidak didendangkan, amat pasti hancur leburlah mereka. Bayangkan mereka juga yang menyebabkan orang bukan Islam takut kepada agama Islam. Misalnya boleh mereka kata masa musim pilihnraya, oi, kalau PAS memerintah, kene potong lancau o.(maaf le aku taip juga kata tu)

Saturday, December 12, 2009

http://screwkuat69.blogspot.com/2009/12/skandal-seks-pemimpin-pas-part-v.html

Saja aku ambil tajuk dari satu laman blog yang aku jumpa dalam laman blog parpukari house. Maknanya parpukari cilok dari laman blog screwmuat69.blogspot.com. Niat cilok ini jelas untuk menjatuhkan pimpinan PAS itu.

Mudah sangat bagi saya sebagai peminat PR khasnya PAS:

KALAU BENARLAH YB DUN PAS ITU SEPERTI MANA YANG ANDA TELAH POSTINGKAN DALAM LAMAN BLOG ANDA. SAYA DENGAN INI MENGESYORKAN AGAR BELIAU DITAHAN DAN DIHUKUM MENGIKUT PERUNDANGAN ISLAM IAITU DI REJAM DENGAN BATU.

SAYA DAN PENGIKUT PAS RASANYA TAKKAN BERSEKONGKOL DENGAN ORANG SEBEGITU DAN KAMI RELA KEHILANGAN SATU KERUSI KERANA ORANG YANG SEBEGITU. KERANA KAMI AMAT PASTI BAHAWA ORANG SEBEGINI KALAU BENAR SEPERTI YANG ANDA DAKWA AKAN MEROSAKKAN ISLAM YANG KAMI DUKUNG.
KAMI TIDAK MAHU SEPERTI SEBUAH PARTI ITU YANG MASIH MENJULANG NAIK PEMIMPIN YANG ADA REKOD BEGITU DAN YANG SEWAKTU DENGAN NYA.

TAPI ANDA MESTI INGAT JIKA APA YANG ANDA KATA ITU TIDAK BENAR DAN ANDA TIDAK MAMPU MEMBAWA 4 ORANG SAKSI, ANDA PATUT MERELAKAN ANDA DIHUKUM DENGAN HUKUMAN DUNIA IAITU 80 KALI SEBAT.

INGAT KAMI BUKAN GOLONGAN YANG AKAN MENGANGKAT PEMIMPIN YANG SEBEGITU. AKAN TETAPI KAMI JUGA AMAT PASTI BAHAWA TERDAPAT ORANG YANG TAK MAMPU MENGAWAL NAFSU MEREKA DAN MEREKA TERGODA UNTUK MELAKUKAN SEBEGITU KERANA KITA SEMUA ADALAH MANUSIA BIASA.

KALAU BENAR DAKWAAN ANDA ITU SAYA YANG AKAN MENGUCAPKAN TERIMA KSAIH KERANA PADA SAYA ITU ADALAH SATU PEMBERSIHAN AGAR PARTI PAS AKAN MAKIN BERSIH UNTUK MENEMPUH ERA PRU 13 NANTI. BONGKARKAN KEBOBROKAN ITU JIKA BENAR. JADI PEMBUKTIAN BENAR KENAPA TERTANGGUH-TANGGUH DAN KENAPA TAKUT UNTUK TAMPIL MENYATAKAN KEBENARAN.KERANA SAYA PASTI PIHAK ANDA PERLU YB SEBEGINI YANG DIKATAKAN AKAN MELEMAHKAN PARTI PAS. SEDANGKAN PADA KAMI IA BAKAL MENGUATKAN KERANA BERLAKU PEMBERSIHAn.

SEBAGAIMANA PANGLIMA PERANG SALAHUDIN AL AYUBI DALAM PEPERANGAN SALIB YANG SANGGUP TIDAK MEMBAWA ORANG YANG TIDAK BANGUN MALAM UNTUK BERJUANG. KERANA BELIAU AMAT PASTI BAHAWA ORANG SEBEGITU AKAN MEROSAKKAN PERJUANGAN JIHAD FI SABILILLAH. MAKA KALAU BENAR TERUSKAN PEMBONGKARAN ANDA, KERANA SAYA JUGA AMAT SUKA.

Friday, December 11, 2009

Beli hati rakyat lagi......


Petang tadi lepas solat Jumaat di kampong halaman aku di Kuala Kangsar, aku pergi mewakilkan orang kerana dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Macam-macam bantuan yang di beri bantuan untuk orang cacat, bantuan untuk orang terlantar, bantuan untuk orang tua (lama) dan bantuan untuk kanak kanak sekolah. Sumbangan itu semua dari JKM yang akan bermakna penerima bantuan akan dapat bantuan bulanan dari JKM. Bagi yang aku wakil gayanya dia dapat rm300 ringgit sebulan. Orait le kan. Syabas dan tahniah kepada JKM yang berusaha memberi bantuan kepada yang boleh.


Tapi yang tak sodap mata memandang AMNO tumpang tui seolah dari merekalah semua ini untuk rakyat yang didihulukan dan pencapaian ditamakkan. Bunyi ucapannya seolah-olah hanya Bee End yang mampu memberi duit tu. Kau orang rasa kalau PR memerintah dia orang tak bagi ke.

Ucapan dia orang memang nampak berhati-hati dalam usaha membeli hati rakyat. Tapi bila usaha begitu memang tersasul dan nampak ada udang di sebalik mee nya.

Siap ada lambang dacing biru kat sampul surat tu. Jadi usaha itu berjayalah mereka membeli hati rakyat untuk didihulukan dan pencapaian ditamakkan. Oleh kerana on the way aku balik tak ade mesin photostat dan lupa bawak handset maka tak dapat le aku rakamkan gambar envelope tu untuk di upload kat blog ni.

Bagi aku usaha ini macam beri ikan je, bukan beri kail. Kalau yang lumpuh tu kan lagi baik diberi peluang perubatan agar dia boleh sembuh sepenuhnya. Atau beli peralatan yang boleh digunakan untuk seluruh rakyat setempat. Misalnya kat tempat aku popular Alpha One mesin bernilai RM16K kalau satu kampong satu mesin kan bagus dan pengguna diminta bayar kembali untuk tabung JKKK. Ini JKKK tau tadah je, bila le tau nak cari sumber sendiri. JKKK AMNO le katakan manja, tak kreatif, menadah memanjang dan yang penting mereka tu yes man. Kan betui aku cakap.

Mereka boleh.......Kita akan boleh.......


Mereka boleh


Apa yang mereka boleh;


1. Rasuah boleh pasal mereka tukar dengan Politik Wang


2. Tak pakai Tudung (tak tutup aurat) pasal itu hak asasi manusia


3. Demo pasal kerana mereka ingat ini negara bapak mereka.


4. Rakyat didahulukan pasal rakyat telah diperbodoh dan rela diperbodoh


5. Rampas negeri Perak 53% pilihan rakyat pasal ada katak oink, oink.....oink, oink....


6. Matlamat menghalalkan cara pasal mufti tertidor masa rancangan pelaksanaan


7. Putar belit media pasal ade media seperti Berita hairan, Utusan Meloya dan yang sewaktu

dengannya.


8. Rumah nilai berjuta pasal duit gaji ADUN cukup tinggggggiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.


9. Minum arak pasal serupa tea je.


10.Boleh pilih bulu pasal ada EsPiReM. Baca lebih lanjut


Kita akan boleh


Tidak buat seperti itu selepas PRU13, Insyallah.

Wednesday, December 09, 2009

Takut mereka dgn DOA TGNA......


Yea .....Yea..... takut kat doa.

Yea .....Yea......takut kat doa.


Bukan aku nak bincang bab bagaimana doa TGNA tu. Tapi yang aku nak perkatakan ialah terdapat satu golongan manusia khasnya kat Mesia ni takut dengan doa TGNA,ersoalannya kenapa?

Tanya sendiri sendiri juga jawab.

Saya berpendapat golongan itu merasakan bahawa doa dari TGNA itu amat besar pengaruhnya. Mereka juga berkeyakinan terhadap doa TGNA ni. Mereka amat risau doa TGNA ni akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Kerana apa mereka risau, kerana mereka tetap juga merasa bahawa kalau dibandingkan doa Najeeb dengan TGNA tentu ada satu perbezaan yang amat ketara keberkesanannya.

Sayangnya keyakinan mereka atau kerisauan mereka akan kemakbulan doa TGNA ini tidak menjadikan mereka yakin pada perjuangan PAS yang didokong oleh TGNA. walau dalam hati mereka , ada terdetik rasa kehebatan doa TGNA tapi hati mereka keras macam batu (tapi kalau kat makmal bukan batu yang paling keras) untuk mempercayai perjuangan TGNA walaupun TGNA punya doa mereka amat yakin.


Siapakah mereka-mereka itu yang begitu gelap hatinya itu?

Agak nya deme makan babi kot, ihs marah benar mereka bila di kata begitu kan?

Okey mereka tak makan babi, cuma mereka makan politik wang je........ ada betui ka?

Tuesday, December 08, 2009

Karaoke.......Kiraoke,,,,,,,,,,,


Karaoke ni aku rasa program sunat muakad dalam program AMNO. Kalau program AMNO takade karaoke kira tara oke le kan. Alasan untuk menarik golongan muda. Tapi yang aku pakat gelak dan ketawa terguling guling (saja melebih cerita je), pasal yang menyanyi lagu karaoke hampir semuanya yang bukan muda dah. Yang uban berterabur pun kiraoke juga( Aku lain le memang uban sejak muda lagi).


Kalau kat kampong yang ada set karaoke amat pasti tentu orang AMNO. Itu belum kira penganjuran program-program AMNO. Bahkan kat tempat aku, kampong tu bukan kat pekan, pun ada satu pusat karaoke apa. Siapa penganjurnya, tak lain tak bukan ialah ahli AMNOOOOOOOOO........ Boleh siap cakap lagi apa salahnya orang muda. rasa-rasanya ada ke penyanyi karaoke akan menyanyi Nasyiddddd. kalau ada aku tabik kat depa ni.


Seingat saya le penganjuran karaoke ni kelansongan dari kugiran tahun 60 an dahulu. Aku teringat masa kecik dulu selalu le aku main kugiran malamnya selepas uoacara perkahwinan siangnya. Kemudian upacara itu beransur hilang pada era 80 an hinggalah ke era 90 an. dan era lewat 90 an kugiran main balik selepas kenduri kahwin. kalau dulu tuan rumah yang sponsor tapi la ni geng AMNO yang collect duit, bagi "menghidupkan" malam.


Aku pernah pergi beberapa kenduri yang DJ nya atau karaokenya berunsurkan Islam. Yang aku jeles, pasal setakat ini aku tengok semuanya kat Selangor. Mungkin sebab line aku kat situ. Rasanya tempat lain ada kot.


Amacam ada betul ka aku cakap. Tempat kau orang pulak macammana?

Monday, December 07, 2009

Baik bogel.

Surah Al Ahzab : Ayat 59

Hai Nabi, katalah kepada isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan mukmin. Labuhkanlah jilbabmu agar engkau dikenal dan tidak diganggu.

Cuba kita tanya kepada orang AMNO dan yang sewaktu dengannya. Apa ke maksudnya ayat Al Quran itu? Baik kita tengok katalah kepada isterimu, itu isteri Nabi bukan keme (kita kata orang Perak). Dan anak-anak perempuanmu, itu anak perempuan Nabi bukan keme. Kalau itu semua bukan keme, habis yang berikutnya serta perempuan-perempuan mukmin . Agaknya siapa pulak le perempuan mukmin tu.?

Bukankah isteri kita orang Islam tu perempuan mukmin, bukankah anak-anak perempuan kita ialah perempuan mukmin. Bukankah emak kita permepuan mukmin, kakak kita juga adalahn perempuan mukmin dan juga adik kita adalah amat jelas adalah perempuan mukmin. Jadi yang amat aku hairan kalau sudah kita semua itu adalah perempuan mukmin, mengapa tak melabuhkan jilbabnya. Mengapa pulak kita melebuhkan jilbab kita.

Melabuhkan jilbab tu macammana? Bukankah melabuhkan jilbab tu maksudnya menutup aurat. Atau adakah isteri pemimpin tidak perlu melabuhkan jilbabnya macam Mah C4, Tak Faedah Aziz dan yang sewaktu dengannya (Di baca ramai ahli wanita dan puteri AMNO).Labuh tu pula had mana.? Jangan bagi nampak bentuk payu dara tu, jangan nampak bentuk ponggong tu, jangan bagi nampak bentuk peha, jangan bagi nampak kaki (itu mazhab Shafie yang kata, kan kita mazhab Shafie), jangan bagi nampak rambut. Mudah cakap jangan bagi laelaki naik syok.

Sunday, December 06, 2009

Kita balun Mamat Afrika ........okey.

Ingatkan bila polis dah ambil tindakan kat Mat Afrika, settle dah masalah tu. Tapi aku terdengar pulak masih ada lagi maslah “Black Money” ni. Siap dah berjuta duitnya aku aku dengar berita ni. Ye ke tidak tidak le aku maklum. Tak berani aku siasat, nanti belankong nya aku nanti. Orang dapat duit aku dapat telor kat dahi. Tu kira okey juga kot keratnya telor aku, apa he bini aku.

Mat Mat Afrika kat Malaysia ni macam menimbulkan masalah aje aku dengarnya. Apahal ni!. Ada pulak satu kenyataan dalam suratkhabar dari pihak berwajib mengatakan masalah Mat Afrika ni masih kecil % nya. Haiya takakan nak tunggu 100% kot. Apa ni punya fikiran. Nak kata bodoh memang tengin pun punya fikiran macam ni. Benda benda buruk ni bergerak macam system pyramid MLM. Mula mula memang le kecil tapi makin lama makin membesar le. Kata bodoh marah tapi cakap tu macam bangan je.

Kawan aku dengar kes kat lif. Kawannya bawak isteri ronda KL dan semasa naik lif Mat Afrika pun ada. Boleh dia orang meraba isteri kawannya tu. Kawan tu marah le, tapi siap kena peluku dek Mat Afrika aje le. Nasib baik setakat meraba, tapi itu pasal sang suami marah. Kalau sang suami diam je takut macammana?

Orang tempat aku ada kawin dengan Mamat Afrika ni siap kena tingal dah . dah ada anak sorang dah. Ada pulak kawan aku berani tanggung risiko kawin bekas isteri Mat Afrika. Kira handal juga le kawan aku ni, kalau tak tak berani ambil bekas Mat Afrika ni.

JADI APA KITA NAK BUAT DENGAN MAT AFRIKA NI. KALAU IKUT YANG BERWAJIB % KECIL JE. KALAU ANAK BINI DIA KENA MACAMMANA?

Friday, December 04, 2009

Panjang, Tegap, Besar....

Aku tengok tiang letrok kat kampong aku elok lagi. Tapi yang aku heran pasal apa dah kena ganti tiang letrok baru..TieNBi tak membazir ke?

Kemudin tiang ganti tu nampok besat, tegap dan panjang. Pase ape ye?. Lori besar nak masuk kampong aku ke? Kalu pake yang lama harus tak muat, kalau pakai yang tinggi harus boleh lalu lori yang tinggi kot. Ke nak buat lapangan kapalterbang kat kampong aku ke?

Tu sangka baik, tapi aku manusia biasa mana boleh lepas dengan sangka buruk. Fikiran aku dah diajar tengok sesuatu tu dengan kritikal, jangan tengok yang tersurat je, tengok yang tersirat sekali. Mudah je bahasa nya. Nak Bagi Kroni ke?

Tuesday, December 01, 2009

Bertemu Azazil.


Maaf, cuti raye le kan. Selama ni tak pedulikan CC bila dah mula berblogging ni, baru tau betapa penting CC. Tapi malang pasal tempat saya beraya tu tak ada CC, lap top anak bawak, desk top kat umah so kantoi la.

Masa cuti raya ni aku bergebang dengan ipar duai aku orang Melaka. Antara topiknya kisah mistik la. Bila masuk bab mistik ni mahu tak mahu terkena juga la bab agama. Ya la kan ini berkaitan dengan kepercayaan dengan benda ghaib. Jadi kalau kita perati rukun iman pun tak lepas dari benda ghaib ni. Percaya pada Allah benda ghaib, percaya pada malaikat, benda ghaib, percaya pada Rasul dah lama ghaib, percaya kepada Al Quran, unsur dan sirahnya banyak berkaitan dengan ghaib, walaupun al Quran ada depan mata. Qiamat ,ghaib, qada, qadar pun ghaib juga.

Duai aku ni ada kawan dari Sarawak yang di panggil Sheikh. Sheikh ni banyak ilmunya dan kuat beramal. Mulut tak lekang dari zikir. Setakat 10 000 tu kacang je. Aku kata kacang pase aku sendiri bayangkan 10 000 tu alamak banyak benar tu.. Sheikh tu mendakwa pernah bertemu Azazil. Dalam pertemuan itu mereka berbicara, Perbicaraan yang menarik hati aku ni:

Azazil : “Kau tahu tak kenapa aku tak sujud kepada Adam.”

Sheikh: “Kau tu bongkak, angkuh”

Azazil: : “Bukan, sebenarnya aku hanya sujud pada Allah bukan pada manusia

seperti Adam”

Sheikh: “Itulah kesilapan engkau”

Azazil: “Apa pasal pulak”

Sheikh:”Kau sujud pada Allah tapi kau engkar perintahnya yang menyuruh engkau

sujud pada Nabi Adam AS.”

Azazil:”Aku hanya semata-mata Allah SWT.”

Sheikh:” Kau ingat balik semasa para malaikat meminta doa dari engkau agar

mereka diselamatkan, engkau Cuma berdoa agar mereka semua

diselamatkan tetapi terlupa mendoakan diri engkau sendiri.”

Azazil: (terdiam dan terus berlalu)

Bayangkanlah tipu daya Azazil (Bapa syaitan) yang dulunya Ketua Malaikat

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------

Blog Archive