LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 29, 2010

AMNO PR Cari Ongkos (APCO)


Isu ni dah lama tapi sebab aku perati golongan APCO ni asyik dok menyalak beria ria kemudian ni. Siapa golongan APCO ni. Nak kata mereka PR cakap macam AMNO, ni yang aku gelar mereka APCO. Golongan ini pulak kat media cetak dan elektronik diberikan liputan yang luas seolah olah mereka ialah ahli Be End.

Gini la. Pada dasarnya mereka ini adalah golongan ahli PR tapi mereka menyalak kat media macam mereka ini ialah ahli AMNO. Aku heran le pulak , ish mereka ni AMNO ke PR.
Kalau betul hati dan perasaan APCO itu pada PR aku rasa tak sepatutnya mereka menyalak kat media memberi bola tanggung kat AMNO. Kalau sudah memberi bola tanggung kat AMNO maknanya APCO tak peduli, asal hajat mereka terpenuh lantak le PR tu hancur kena libas oleh bola tanggung tadi.

Bila sikap APCO tu begitu, hati saya lagi tertanya-tanya, apakah agenda mereka untuk PR atau AMNO. Kalau betul golongan APCO ni sayangkan PR tentu mereka takkan biarkan PR dilibas oleh bola tanggung yang golongan APCO ni sendiri beri. Jadi tentu hati aku berkata-kata iaitu golongan APCO ini adalah sebenarnya ahli AMNO yang menyamar dan menyerap masuk ke dalam PR untuk menghancurkan PR.

Bila berlaku kes bola tanggong ni juga hati aku tak kan berkata sekadar satu sebab. Jadi di sini aku nyatakan sebab yg kedua. Adakah golongan APCO ini adalah sememangnya ahli PR tapi mereka telah di sumbat dengan ongkos yang sangat menggecurkan air liur. Kalau letak depan mamat atau minah APCO ni moh RM 1 000 000 terliur mereka tu kan.

Tapi kepala otak aku ni terfikir lagi satu sebab yang paling benar aku rasa. Aku rasa sebab yang paling masuk dek akal ialah mereka ini adalah bodoh, tak pun bangang, tak pun tenging atau sewaktu dengannya. Sudah tau media akan menggunakan segala isu yang mungkin untuk memporak perandakan PR. Akan tetapi para APCO ni menggunakan media untuk menyuarakan isi hati terhadap PR. takkan media nak beri peluang untuk kasi political mileage kepada PR. Ini pun susah nak faham ke. Ish terasa kejahilan golongan APCO ni.

Wednesday, December 22, 2010

100 beautiful faces 2010

Wednesday, December 15, 2010

Aku rasa la.......

Mukaddimah ni biasa la bagi aku. Agak-agaknya faham tak orang AMNO apa yang aku cuba posting kan ni. Sebab dah jenoh dah orang bagi maklumat baik punya. Tapi serupa itu juga mereka (Di baca AMNO).

Walaupun AMNO sukar nak faham aku balun kan juga di sini , mana le tau kot Allah izinkan kot mereka akan faham. Kerja nak faham ni bukan kerja kita tapi kerja Allah kita cuma usaha bagi tau sebaik dan semampu boleh. Kan gitu.

Gini la. Masih ramai orang yang kena gantung kerana mengedar dadah, walau pun semua orang tahu bahawa mengedar dadah melebihi had ( ada had la pulak) akan digantung mandatori. Namun begitu (mulanya nak N3: akan tetapi) macam tak ada sudahnya hukuman gantung mandatori ni pada pesalah dadah di Malaysia. Persoalannya kenapa ini berlaku di Malaysia. Sedangkan hukuman yang paling berat ialah mati siap gantung lagi. Logik manusia tentu kata , hai takut la nak edar dadah, nanti kena gantung sampai mati. Tapi seolah-olah para pengedar merasakan apah tak hajab ( tak peduli) pada hukuman yang dikira berat itu.

Jadi aku rasa dalam persoalan manusia ini bukan akal manusia yang boleh digunakan untuk mencegah atau memandai menentukan apa hukuman yang wajar dikenakan atas sesuatu kesalahan. Hukuman untuk manusia sepatutnya diberikan kepada pembuat manusia itu sendiri yakni Allah SWT. Hanya Alah yang mengenal siapakah makhluk ciptaannya itu. Itu logiknya kan. Maka sepatutnya kita akan mengikut apa cadangan (manual ) dari Allah tentang apa hukuman yang sepatutnya diberikan jika melakukan sesuatu.

Tentang mengedar dadah dadah maaf saya akui tidak tahu apa yang sepatutnya hukuman yang sewajarnya dalam Islam ( akan tetapi ini boleh dirujuk pada para ulama yang berpandukan Al Quran :manual manusia). Yang ni aku tau: kalau berzina maka kena sebat dengan rotan 100 x kalau belum kahwin, kalau kahwin dah, kena rejam sampai mati. Bila Allah kenal apa yang diciptanya maka sewajarnya hukuman ini adalah amat tepat dan wajar dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah ini. Bukan dengan mencipta pengubatannya (konon) iaitu menyediakan Sekolah Budak Hamil kah , kondom edarkan kah dan yang sewaktu dengannya iaitu tidak berpandukan Al Quran dan Sunnah. Jelas sekali bila undang-undang itu di amalkan sudah pasti ia akan membantu mencegah masalah itu.

Ia kah mencegah? Misalnya di Mekah kedai ditinggalkan tanpa tutup atau kunci, adakah sesiapa yang berani ambil barang barang jualan walaupun sipekedai meninggalkan untuk bersolat. Tidak sesiap yang berani kerana si pencuri akan dipotong tangannya. Kenapa ini berlaku kerana Al Quran diikuti sebagai panduan.

Jadi kenapa AMNO masih tidak mahu hukum Islam dilaksanakan di Mesia, aku rasa la dikalangan mereka terlampau ramai pencuri, penzina, peminum arak. Amacam betui tak AMNO

Saturday, December 04, 2010

3 Strategi AMNO ( BN ) sebelum PRU13


Kalau saya seorang perangka strategi serangan politik AMNO. Ini lah strategi saya.

Strategi 1
Strateginya ialah sbelum ini saya telah menyusupkan berapa ekor kuda trojan dalam beberape kubu PR . Kuda ini tugasnya ialah meyakinkan para peyokong Pr setempat dan akhirnya beliau terpilih sebagai orang penting cabang, ranting tak maen le kecuali kawasan strategik.

Biasa le dalam kuda trojan itu ada diletak beberapa orang yang bekerjasama untuk tujuan itu. Bila mana masa yang sesuai nanti maka akan di lepaskan orang dalam kuda trojan nanti untuk menyerang PR. Sudah semestinya AMNO gayat melihat situasi PRU12 dan pasti pada PRU13 nanti akan banyak kuda trojan di lepaskan agar PR dilihat begitu lemah untuk menghadapi PRU13.

Maka para ahli mesti cuba menyiasat siapakah para torjan itu agar dapat ditebas sebelum PRU13. saya juga nampak bahawa DSAI dan kuncunya amat menyedari tentang kehadiran para trojan ini. Maka tindakan yang mereka buat ini ketika ini adalah untuk menyekat para trojan ini. Walaupun tindakan ini didapati tidak popular. Kalau benar ini teruskan wahai DSAI dan kuncunya. Akan tetapi jika sekadar mewaris kebobrokan AMNO ingat kami di sini ada sentiasa untuk menilainya.

Strategi 2

Akan saya sediakan beberapa orang katak yang sedia untuk melompat pada masa yang sangat sesuai. Masa ini beberapa orang ejen tentu sedang berusaha untuk menggoda beberapa orang yang di kalangan PR untuk dijadikan katak. Jika didapati katak ini begitu cekal maka pelan B nya ialah menggoda katak agar berada di situasi yang akan menyebabkan mereka akan berhadapan dengan mahkamah. Maka ini pasti akan menyebabkan mereka akan terpaksa melompat bila dicucuk ekornya nanti. Khasnya bila PRU 13 nanti agar PR kelihatan sangat lemah ketika itu.

Para penyokong PR sayugia diingatkan mesti memantau YB atau pemimpin yang kelihatan begitu lemah dan rapat dengan kalangan BN. Buatlah sesuatu dengan menyediakan bukti yang dapat menangkis serangan itu nanti. Kita tak mampu nak menuduh sesiapoa waktu ini, tapi kita boleh buat persediaaan bila melihat gelagat yang tak begitu selari dengan PR

Strategi 3.

Walaupun strategi ini dikatakan lapok akan tetapi. Ia amat berkesan apabila ia digandingkan dengan strategi 1 dan strategi 2. Bila PR kelihatan lemah maka bila dilancarkan strategi 3 iaitu pengumumamn Tv iaitu penyokong Pr keluar dari Pr akan domomokkan di kaca TV. Maka lengkaplah keprcayaan rakyat bahawa PR tak mampu kerana begitu ramai telah keuar.

Kemaskinikan senarai ahli agar kita dapat menjawab dengan segera akan kononnya penyokong yang keluar itu. Kerana selama ini penyokong yang keluar itu sebenarnya ialah bukan ahli PR sebenarnya.

Friday, December 03, 2010

Syabas LGE, bravo!


Nak tau berikut nye baca ni:
http://motherof3mohd.blogspot.com/2010/12/hantu-cina-buat-hal-lagi.html

Kalau Bijan sebagai induk kepada negeri iaitu negara(Persekutuan) tak lawan angka nih . Ish mana nak sorok muka weh.
Konon Tranformasi Ekonomani le ish.
Konon One Mesia le.

Cit Poorah buktikan lawan angka LGE nih. cit.

Thursday, December 02, 2010

Wanita PERKOSA

Sayang rupa ketua wanita PERKOSA comel, tapi otak tak comel.
Cuba tengok balik senarai yang mengkhianati Melayu.
Tu la dudok dibawah tempurung akan Raja Katak SeMalayasia ni sapa pun jadi bengap juga.
Sebenarnya DSAI memang nak menghancurkan Melayu dan menaikkan Melayu.

Melayu yang nak dihancurkan ialah Melayu AMNO yang sangat terang sudah banyak mengkhianati Melayu.
Akan tetapi DSAI juga sedang menaikkan Melayu yang akan menggantikan Melayu AMNO dan akan menjadi Melayu yang lebih berupaya mencorakkan viisi dan misi Melayu pada masa hadapan.

Patut ketua wanita PERKOSA halakan serangan kepada Melayu AMNO yang selama ini hanyan mengguk akan segala perbuatan AMNO yang mengkhianati Melayau.
Cuba tengok selama AMNO memerintah di tanah Melayu berapa hebat kedudukan Melayu sekrang adakah lebih hebat dari kaum lain di Malaysia.

Tuesday, November 16, 2010

Luahan perasaan penyokong PKR...

Setiap kali ada meeting kat PKR kat tempat aku aku pegi. Setiap kali perjumpaan aku pergi tambahan pula dekat rumah aku. Namun begitu aku bukan memana ahli dalam PR. Bahkan aku msaih diletak sebagai ahli AMNO walau pun aku tak pernah bayar yuran dan dah lama mufarakah dengan AMNO. Bahkan semasa dengan AMNO pun aku selalu rasa tak selesa dengan ap a yang di anut oleh AMNO. Tapi kerana aku taat dengan bapak aku, jadi aku ikut tanpa kerelaan. Tapi dalam meeting apa saje aku balun mana yang boleh dalam erti kata lain rambut tak putus tepong tak selerak. Sampai kan semua rakan PKR ingat aku ahli PKR dan mereka menawarkan aku jawatan dalam PKR. Bukan koman koman jawatan kerana aku ditawarkan ke cabang PKR daerah aku. Rengkasnya aku menolak.

Jadi bila sahaja ahli PKR terkini berusaha bersungguh-sungguh dalam menempatkan diri mereka dalam ranting, cabang atau negeri atau pusat PKR aku rasa ada sesuatu yang tak sedap di hati aku. Aku menolak mereka berebut. Sedangkan prospek aku dalam PKR kalau PRU13 menang nanti akan lebih cerah, tambahan pula kalau aku mahu lebih serius. Darah daging keluarrga kami memang ada begitu. Ini bukan soal sombong tapi sekadar penceritaan (dijauhkan aku dari sifat sombong)

Bile mula saja katak-katak bertempiaran dari PKR aku masih ada hati kat PKR dan masih bersama dan membantu di mana perlu. Akan tetapi aku manusia biasa bile disentak dengan beberapa ujian ke atas PKR aku terasa sesuatu. Peristiwa 16 Sept DSAI, lompatan katak di Perak negeri ku yang menyaksikan sejarah untuk dunia politik dll. Mutakhir ini bila Zaid keluar aku dapat memahami sesuatu iaitu ada pihak yang sedang berusaha sesungguh agar PKR terus hancur luluh. Agenda mereka makin terancang kerana mereka makin mehami PKR adalah teras dalam PR. Walau DAP dan PAS adalah dominan dalam politik memasing . Akan tetapi PKR lebih mendominasi PR. DSAI dilihat sebagai mastermind yang sangat berupaya menyatukan PR dan sedang diusahakan kejatuhannya. Dilihat skrip dari Mahadet tak berjaya menjatuhkan mereka menggunakan skrip Sayfool Bukeri dan bila dilihat skrip itu juga sumbang maka mereka memula kan skrip Rahimie Osmang pula agar perkataan liwat itu kekal di kepala para audien media.

Saya mengambil sikap lebih efektif dengan banyak mencari maklumat tanpa selektif. Ini dengan harapan agar saya dapat memahami sesuatu. Akhirnya direngkaskan cerita saya dengan ini mengesyorkan agar kita mengadakan persediaaan agar DSAI digantikan satu sosok yang berwibawa agar beliau mula dijadikan taruhan demi memprjuangkan PR agar lebih berupaya menongkah arus. Juga sosok itu mesti dilatih oleh kita agar dia lebih bersedia untuk di serang seperti DSAI. Bukan kerana saya hilang kepercayaan kepada DSAI akan tetapi, agar momentum yang di bawa oleh DSAI akan dapat diteruskan oleh sosok yang dapat bingkas dan relevan dengan situasi olitik Malaysia yang menuntut sesuatu.

Maaf kalau sosok ini tidak disenangi oleh sesiapa yang berjuang atas sesuatu. Sosok yang saya syorkan patut ditonjolkan agar meneruskan momentum DSAI ini ialah DS Nizar Jamaluddin.

Mari kita ketengahkan sosok kita dan rasionalkan.

Sunday, October 31, 2010

Democracy AMNO

Salah satu budaya baru yang asing bagi AMNO.
Lawan democrazy AMNO ialah demokrasi politik baru budaya baru (baca rupa ini kalau tidak AMNO akan putarbelitkan) oleh PKR. Selama ni memang kita dilagangkan dengan satu lelucon politik oleh AMNO dikalangan ahlinya sebagai demokrasi ala AMNO atau yang sebetulnya ialah democrazy. Bahkan ada yang menyebut demo tak kasi. Apa yang berlaku pada AMNO ini adalah berintipatikan dari democarzy yang mereka lakukan. Mudah sahaja nak mengenalpastinya. Rasuah dikatakan politik wang, itu memang jelas sekali memang crazy. Lagi: Yang terlibat dengan politik wang (rasuah) masih berlegar di persada maya AMNO bahkan pak polisi masih senyum melihat meraka tanpa curiga. Ishhhhh.

Sedangkan PR dalam proses mengamalkan politik baru , budaya baru (BBPB). Maka sebutan asasnya pun baru tentu lah belum menemui kematangannya. Kerana selama ini para ahli PKR pun adalah dari ranting AMNO juga maka timbul kegelisahan dengan budaya baru politik baru. PR memamng le gelisah, tapi sebenarnya para gerombiolan AMNO lagi gelisah kerana takut para perwakilan akan meniru budaya baru politik baru PR ini dlam melaksanakan pemilihan pemimpin parti masa depan yang bakal merosakkan budaya bobrok mereka selama ini.

Dalam proses BBPB ini memang jelas masih terdapat amalan dari sisa-sisa amalan AMNO dalam pemilihan PKR. Tidak perlu kita malu nak menafikannya. Budaya ini sangat asing bagi bekas ahli AMNO yang selama ini bergelumang dengan democrazy mereka. Masih terdapat kepincangan yang perlu di beri perhatian dalam membentuk BBPB ini agar dia tidak mendarah daging dalam diri ahli PKR dan PR umumnya.

Yang penting para penyokong PKR khasnya dan PR umumnya akan menolak budaya dari Democrazy AMNO ini . Bahkan jika ada penyokong yang berbuat seperti AMNO maka wajib kita menolaknya bersama. Biarkan dia menggayakan apa yang AMNO lakukan selama ini, tapi yang sangat penting kita tolak budaya lapok ini. Budaya lama AMNO lah yang menjadi barah yang merosakkan AMNO yang bergerak menuju kehancuran ini. Ini memang sangat pasti kerana biar bagaimana dipertahankan oleh ahli AMNO akan AMNO dengan segala kekuatan, yang pasti AMNO akan hancur musnah samada pembaikan dibuat dari sekarang.

Kenapa pulak AMNO akan hancur, kerana jelas itu dipanggil resam dunia. Dunia umpama bola. Sekali kita di atas dan sekali kita di bawah. Jadi Amno sekarang yang pasti sedang bergerak ke bawah dan sedang diambil alih oleh BUDAYA BARU, POLITIK BARU.

Thursday, October 21, 2010

Shhhhhh....kawan aku kata.


Tadi bergebang dengan seorang kawan. Kami sedang membincangkan isu seorang rakan (rakan bukan kawan) kami yang telah dicop sebagai gatal. Dengarkan cakapdia ish macam dia okey belaka tambah dia ada link ngan satu parti yang kononnya memperjuangkan hak Melayu. Sedangkan hak Melayu dibawah perjuanagn parti tu lingkup satu persatu. Rakan kita memang kuat sangat kat parti tu. Mana tak gatalnya bila dia marah kat budak perempuan dia siap cubit perut budak perempuan tu. Aku menemui beberapa mangsa dan rakan mangsa bertanya kan kesohehannya.
Kesimpulannya dia kata rakan kami tu gatal dengan beberapa kaedah lain menunjukkan kegatalannya.

Sudahnya kawan saya membuat kesimpulan yang membuat aku ngekek dalam hati. nak tau apa kata kawan aku tu. Dia kata orang AMNO tak le percaya. Kalau orang AMNO jangan le percaya. kalau kau buat kerjasama ada yang kena tipu. Itu kata kawan aku tu. Tentu kau pernah berurusan dan terkena dengan orang AMNO tu kot. Tentu la katanya.

Aku tak mengiakan nya pun susah. Orang AMNO sekeliling aku biasanya ada je something wrong mereka tu. Koman -koman pun gila betina. kalau orang perempuan tak suka kat mereka pun, tapi sebab betina. Sementelah betina begitu ramai kat Puteri AMNO tu. Ni masa bersidang ni rasanya jenoh mereka melayan betina-betina AMNO dari kalangan puteri ni, tak main la wanita AMNO (ya makcik-makcik AMNO).

hari ini aku nak bentang satu isu yang aku rasa lagi gila dan biul dari kalangan pemimpin AMNO:
Kenyataan Datuk Seri Bijan yang menyatakan beliau tidak mengarahkan membina Menarang Warisang sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Saham Mesia adalah alasan Pak Pandir.

“Ini adalah alasan ‘Pak Pandir’ dan melucukan daripada seorang Menteri Perdana,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Baginya, kenyataan itu seolah-oleh hendak melepaskan bebanan kepada PSM, bukannya kepada Bijan sendiri.

Ini, menurutnya kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak.

Tambahnya, wang sebanyak RM5 bilion untuk membina menara setinggi 100 tingkat itu mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.

Cammana tu?

Friday, October 15, 2010

Singapura + Malaysia = ?


Sukan Komanwel sudah melabuhkan tirainya. Malaysia diwar-warkan telah melepasi matlamat 10 pingat emas dan telah memiliki 12 pingat emas.


Tengah terbaca kalaulah Perdana Menteri Malaysia tak melapskan Singapura dari Malaysia maka kutipan pingat emas Mlaysia + Singapura ialah 23 pingat emas. Itu kalau mengikut ilmu logik, kan begitu. Akan tetapi andainya Singapura masih berada di dalam Malaysia adakah gabunag kedua-dua negar ini akan mendapat kutipan pingat emas sebanyak 23 pingat emas.


Saya dengan penuh yakin bahawa dengan ini menyatakan bahawa kutipan pingat emas di Sukan Komanwel New Delhi 2010 tidaklah mencapai 23 pingat emas. Saya pasti anda semua bersetuju dengan saya. Kalau Singapura negara yang begitu kecil dan bilangan penduduknya 3.77 juta tak le seramai Malaysia. Akan tetapi pengurusan yang bijak oleh kerajaan Singapura membolehkan negara itu menyaingi Malaysia, dengan mengikuti rapat malaysia yang penduduknya ramai menghampiri 30 juta.


Ada yang berkata Singapura mengamalkan import pemain yang diwarganegarakan. Mak ini memungkinkan kejayaan ini tercapai.


Apa pedapat anda?

Saturday, October 09, 2010

Jawapan untuk Penyokong Say Fool.......

Lawan tetap lawan.
Aku tak mahu le ngaku ni hak aku.
Jadi aku bagi link sebab jawapannya tersangat le bagusnya.
Aku rasa dengan hujah ini semua para penyokong Say Fool dan kawan terbarunya yakni Uterus (istilah sains baru bagi Rahim +i) mesti menolak sama sekali tuduhan terhadap DSAI tu.
Kalau tuduhan itu masih ko lakukan maknanya memang le ko orang tak faham ape yang dibaca samada tersurat atau tersirat.

http://kulupsakah.blogspot.com/2010/10/ayu-karan-dan-fitnah.html

Tapi aku masih percaya bahawa para gerombiolan AMNO dan para penyokong Say Fool takkan faham semua yang ditulisnya itu. Sebab amat aku faham bahawa IQ mereka sangat rendah.

Last sekali aku nak ucap terima kasih buat Kulup Sakah kerana menemui jawapan yang amat baik dan relevan untuk persoalan ini. Keep it up.

Saturday, October 02, 2010

Tau kenapa aku cakap tahap rendah........?

Berok ni pun pandai , pandai hisap rokok le.
Aku menulis blog supaya para pencacai AMNO dapat mencerna apa yang aku tulis. Sememang seantero dunia tahu bahawa ahli AMNO ni kureng sikit tahap ilmunya hatta ketua cawangan atau ketua pemudanya. Kalau berilmu pun ilmu nya agak menyimpang dari ajaran agama.

Atas dasar itulah aku menulis blog dengan menggunakan tahap bacaan yang rendah agar mudah dicerna oleh para pencacai AMNO. Andaikata aku menulis dengan tahap yang sangat tinggi, aku rasa sepatah haram pun mereka tak faham nanti. Jadi biarlah blog aku dilevel sebagai blog tahap rendah kerana blog aku ni dituju kan kepada para pencacai AMNO yang sangat diketahui ber IQ rendah. Orang PR tak usah le datang nanti boring kan.

Habis macammana dengan diploma, ijazah yang mereka ada tu. Mudah je, yang agak tinggi pelajarnnya tu tak ramai. Ini keran kalau ramai tak boleh lah mereka mempergunakan akan kekurangan ilmu para pendokong AMNO tu. Mereka yang agak berpelajaran tinnggi tu pulak mahu menggunakan kebodohan para pendokong AMNO untuk kepentingan mereka. Mereka ada kepentingan sahaja yang berada di AMNO tu. Yang lain tu kureng.

Kalau aku masokkan segala bahasa bombastik pun cukup lah untuk aku membuat mereka ternganga dan meleleh air liurnya. Jadi untuk mengelakkan lalat memasuki mulut mereka. Aku terpaksa turunkan tahap ketinggian bahasa aku. Silap-silap mereka ingat nanti yang lalat memasuki mulut mereka ialah rezeki datang melayang dan terus mereka menikmatinya tanpa ragu dan was-was kecuali duit judi (kate dek deme) kat Penang.

Sunday, September 26, 2010

Cara AMNO tarik para katak.


Terus ke poin aje le:

1. Bawak pegi Siam selalu, buat ape aku tak tau.

2. Sesekali pegi Ke Bali, buat ape aku tak tau.

3. Kadang-kadang bawak ke negeri Cina, buat ape aku tak tau.

4. Ade juga program bawak ke Langkawi seluruh famili, buat ape aku tak tau.

Rasa-rasa mengkome, kalau kene pegi melawat selalu FREE pulak tu , amacam?

Tau tak , aku bukan cakap kosong, dulu darah daging aku menghidupkan PKR tempat aku, tetapi dah kene sogok rope tu . Habis berubah hati perutnya. Dulu dia masih kata, aku pindah ni sebab nak betuikan tong taik AMNO ni. Tapi sekarang ni dia pulak yang bergelumang habis dengan taik. bahkan dia ajak habis familinya masok AMNO.

Sunday, September 19, 2010

Pokok Vs AMNO


Pokok pun boleh dibentuk.
Tapi AMNO rasanya boleh ke dibentuk.
Yang amat pasti apa yang dibuat oleh para pencacai dan penguasa AMNO sekarang akan membuatkan AMNO akan hancur dan pupus dari politik tanahair.
Kita lihat segala fitnah jahat dari puak pencacai (cari le sendiri) puak AMNO terhadap PR pun akhir-akhir ini memakan diri.
Itu belum apa yang mereka lakukan dalam usha kononnya membangunkan negara khasnya bangsa Melayu. Lagi la meracau agendanya. Kalau agenda menggunakan seluruh akal manusia bijak pandai manusia seluruh dunia tapi tidak berpandu kepada Al Quran dan sunnah. Mintak maaf la akan hancur segala agenda akal manusia itu.
Melainkan AMNO membuat perubahan drastik dengan kembali kepada Al Quran dan Sunnah. Tapi orang yang dah biasa menggunakan akal dalam segala hal, susah hati perutnya nak menerima Al Quran dan Sunnah sebagai jawapan kepada permasalahan seluruh umat manusia maya ini. Kalau AMNO berubah berpandu kepada Al Quran dan Hadis insyallah tentu war war perpaduan akan menjadi kenyataan. Akan tetapi kerana pernah terjadi khianat dahulu, maka andai terjadi perpaduan sekali pun , pihak bukan AMNO pastinya akan mengambil sikap berhati-hati. Kecuali la puak-puak UG totok. Puak tu tak boleh pakai kerana nampak mereka dah ke hala duniawi kan kan.

Friday, September 17, 2010

Uri, Tembuni, Mentuban dan Tali Pusat.(4)




Siapa yang dah jadi bapa, tahu lah mereka akan apa gerangan benda yang aku sebut kat atas tu. kalau masih tak tahu apa benda yang aku katakan tadi dua je, samada belum kahwin atau dah berkahwin tapi jantan tak bertanggungjawab.

Sepatutnya para bidan kampong tahu sesuatu tentang ilmu (4) perkara di atas tu. Bidan kampong yang lengkap menuntut ilmunya sememangnya tahu. Mereka mesti tahu apa pertalian antara ke (4) benda itu. Sebelum, semasa dan selapas bersalin tentu benda itu mempunyai sesuatu nilai yang amat penting dalam kehidupan manusia yang dilahirkan. Oleh kerana pentingnya benda itu pasti ada sesuatu yang amat hebat dan amat perlua kita tahu dan buat sesuatu ke atas (4) benda Allah tu.

Tapi syang seribu kali sayang, realitinya memang ramai tidak mengetahui ilmu (4) itu dengan baik termasuk aku sekali. Bahkan mengikut maklumat yang aku dapat sedikit ni, benda (4) ni adalah perlu dilakukan sesuatu agar setia kelahiran boleh menghasilkan sesuatu insan yang insyallah sempurna. Tapi ilimu (4) itu sangat diisimpan hinggalah bidan itu sendiri mungkin terlupa untuk mengamalkan dan mengajarkan kepada orang ramai, atau ilmu itu semakin pupus. Hinggalah begitu sedikit orang yang mengetahui manafaat (4) itu.

Saya utarakan diblgini untuk diperbincangkan dan diketenaghkan agar dapat dibuat sesuatu terhadap ilmu (4) ini. Semoga ilmu (4) ini akan dapat membantu melahirkan insan yang dapat bermanafaat kepada negara. bagi sesiapa yang masih ada ilmu itu atau ada kerabat yang mengetahui ilmu(4) itu . Sudi apa kiranya berkongsi maklumat dengan kami semua samada melalui komen atau e mail saya. Tapi kalau e mail tolong shout agar saya tengok, kerana saya jarang buka e mail kerana terlalu banyak sampah.

sedikit link:
http://www.adrysabry.com/religion/islam/tembuni-dan-cara-mengurusnya.html

Tuesday, September 14, 2010

Gumbira merompak......


Silalah baca disini bagaimana kegiatan merompak dijalankan dengan gumbiranya mengikut pendapat tulang besi.
http://bloglistpolitik.blogspot.com/2010/09/umno-rompak-felda-mas-plus-proton.html

Monday, September 06, 2010

Dengokan labun.....

Dengokan labun deme lagi le.
Memang macam tu yang selalu dikatakan kat AMNO masa ni. Dengo kan labun: kata ni orang Perak menyindir kat orang bercakap berdegar-degar tapi apa pun tidak. Kan banyak AMNO cakap macam tu, tapi sebenarnya apa pun tidak, bahkan balik ke batang hidung AMNO balik.

Bulan puasa ni apa isu yang tak dibuat dek AMNO hingga terkini macam macam dah. Hal agama, hal kaum, hal mufti , hal iklan, hal lembu Lim Guan Eng, hal surau, hal masjid. Hal tempat ibadat pun ada dua kali ni dengan isu beri sumbangan di surau dan doa kat Lim Guan Eng. Dahsyat serangan AMNO kat PR dalam bulan Puasa je. Macam le orang kafir Musyrikin menyerang tentera Islam dalam Perang Badar kononnya minda orang Islam lemah dalam bulan Puasa ni. Perpektif mereka sama dengan orang kafir Makkah. Sebenarnya itulah minda orang AMNO iaitu amalan Islam adalah melemahkan orang Islam. Puasa melemahkan tak boleh berlatih bola. Qiamullail menyebabkan orang Islam mengantuk dan tak produktif. Pakai serban menyebabkan kepala panas. Minda yang tak mempercayai apa yang Islam buat tapi percaya kat APCO,,,, aik, ish ish.

Dengokan Labun: marilah kita menjadi seorang yang menjalankan Islam dengan baik. Tapi mereka sendiri tak percaya apa yang mereka ajak. PAS nak ajak buat HUDUD , mereka juga yang menolak. Sudah le tu mereka pulak menuduh PAS tak mampu melakukan HUDUD kerana tunduk kepada DAP. Sedangkan kuasa masih pada persekutuan dan bila hudud dibentang, mereka pulak yang menentang hudud atas dasar kata mereka kita negara majmuk. Sedangkan perlembagaan Madinah pun di buat dalam negara yang majmuk. Dengokan labun AMNO ish, mereka le juara agama, juara bangsa, tapi realitinya merekalah menghancurkan agama Islam dan bangsa Melayu.

Carilah sendiri apa yang mereka (dibaca AMNO) buat huru hara kat Islam dan Melayu.
DENGO KAN LABUN...............

Saturday, September 04, 2010

756 ish getik aku.

Tengok kaki dah tau dah.

Aku getik sebab sebut pun aku susoh nak percaya.

Kalau 7 - 5 iaitu 2 orang iaitu Mat Arop dan isterinya sahaja aku percaya.

Ni nak cover cerita lain ni.

Baik orang belah Larut Tepen cari cerita lain nak cover tu.

Aku belah Kuala kangsar malah le nak korek kat sana.

Kalau tau cerita sebaliknya bagi tau kat aku okey .

Aku blah dulu nanti bau cekam, busuk oiiiiiii.

Wednesday, September 01, 2010

Short cut ke SYURGA


Tolong bagi tahu , samada aku betul atau salah.

UNTUK SHORT CUT KE SYURGA CARANYA IALAH KITA BERJUAN FISABILILLAH DAN KITA MATI SYAHID.
SEKARANG INI PELUANG SHORT CUT KE SYURGA IALAH berjuang fisabilillah DI AFGHANISTAN, IRAQ, PALESTIN DLL.

Monday, August 30, 2010

Terpesona aku.....

YB Hannah Yeo, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Subang Jaya.
Terpesona aku denga aksi beliau ini.
Adakah ini yang dimarah oleh AMNO. Pelik betul aku.
Bahkan aku rasa lebih baik dari sesetengah puak betina AMNO.
Gambar menceritakan segalanya:

Saturday, August 28, 2010

Wahai ahli AMNO baik keluar sekarang kalau tak ....


Bayangkan dah merata alam (cop kat Mesia je) dah semua parti nampak gelombang gerakan PRUnya. Misalnya kawan aku dah beritahu mesyuarat PKR untuk PRU dari tahun lepas dah, dan la ni makin kerap.

Itu belum serangan AMNO yang diselaraskan kononnya Melayu di PR tak mahu berpadu sedangkan realitinya segala Melayu sedang meningkatkan perpaduan dalam PR dan beransur-ansur orang AMNO keluar dari Be End. Bila serangan gitu maksudnya dekat benar dah PRU.

Elok juga AMNO tak berapa nak sedar akan diri partinya, gitu, moh kita pulun hancurkan perjuangan AMNO yang amat zalim kepada bangsa Melayu khasnya Islam. AMNO masih bermimpi yang Melayu mesti bersatu di bawah ketiak perin AMNO. Sedangkan realiti yang sepatutnya berlaku kini ialah Melayu bersatu dalam PR.

Tapi dek kerana tekanan puak AMNO ni maka ramai yang masih dok menyimpan kuku dalam AMNO tu, dan bersedia nak mnghambur ke PR bila tamat riwayat AMNO nanti. Tapi aku rasa kalau gitu le ko orang, kau orang terlambat. Baik gerombolan AMNO keluar AMNO sekarang agar terus lumpuh AMNO dan spesisnya. Nanti kalau lambat kau orang juga yang menyesal. Nanti projek semua lepas dapat kat geng kami je (dibaca PR). Jadi jom kita pakat keluar.

Saturday, August 21, 2010

Operasi lalang untuk AMNO dan.....

Gambar sekadar hiasan.
Awas PR jangan terperangkap dengan ulasan para provokasi AMNO dan sekutunye. Ini kerana mereka sedang cuba memasang pernagkap sama seprti dulu iaitu sebelum pilihanraya mereka akan cuba menangkap seberapa banyak calon pembangkang, agar ia bisa melemahkan PR.

Dalam keadaan negara yang aman tenteram, ada pulak segala mamat AMNO dan sakalian gerombiolan pencacai AMNO bersiul menyanyikan lagu rasis tapi yang memang aku tak musykil TIADA TINDAKAN operasi lalang untuk mereka. Nampak macam mereka yang mahu menghuruharakan negara. Agaknya mereka ingat barisan PR tak belajar dari sejarah, tapi memang le ade seekor dua PR yang bangan macam tu. (2 x 5 dengan AMNO).

Itu adalah strategi biasa AMNO untuk menakutkan orang Melayu dan sehingga terkini sudah 2 orang pencacai AMNO disekolah (di baca Pengetua) yang menyalak lagu rasis ini. Agaknya setelah guru diberi berkenan berpolitik, mereka merasakan ini adalah peluang yang sangat baik untuk menyalak. Dan memang amat ketara sejak pengumumam guru dibenarkan berpolitik. Para guru geronbiolan (di baca pencacai AMNO) mula menyalak di sana sini di arena mereka. Akan tetapi mengikut maklumat rakan-rakan kalau di bilik guru habis menikus sakalian guru AMNO nih. (tau kenapa kan) Cuma mulut para pegawai kerajaan telah digari oleh gari Sijil Aku Janji maka terpaksa gerombolan guru PR mendiamkan diri.

Wahai kementerian dalam negeri , sila tangkap para penyalak yang sedang menyalak lagu rasis di seluruh Mesia. Ini kerana salakan itu walaupun bertujuan meraih kembali sokongan atas dasar menakutkan pengundi yang tidak mengerti. Tetapi salakan itu amat merbahaya kerana ia tetap meresap buat yang telah terlupa atau yang tak memahami 13 Mei, 1969. Saya tak mahu itu terjadi di negara tercinta. Saya cintakan perdamaian. Tapi saya sokong perdebatan.

Thursday, August 19, 2010

AMNO Melayu Global, cuba fikir......


Sangat jelas apabila kita memperjuangkan atas nama Melayu. Tentu sekali perjuangan itu akan tidak menjadi satu perjuangan yang global mahupun glokal. Berbeza kalau perjuangan itu atas nama Islam maka, sudah pasti perjuangan itu akan merentas bangsa. Bilamana ia sudah merentas bangsa tentu sekali perjuangannya akan bersifat global.

Ish cakap bahasa tinggi sikit macam ni faham ke dek AMNO ni?

Sampai mati pun takkan berjaya kita menanam ideologi Melayu dalam jiwa global. Kerana dengan bahasa sendiri pun dikalangan AMNO yang setuju ditukarkan dengan bahasa Inggeris masa PPSMI, dilaksanakan maka mana perjuangan Melayunya? Namun segelintir lagi yang tak setuju PPSMI dilaksanakan pula macam tak ade telor untuk menegor dan merancang untuk menolak atau mempertahankan Bahasa Melayu. Sekali lagi aku tanya mana perjuangan Melayu nya.

Itu aspek bahasa Melayu, cammana pulak dari aspek tanah rizab Melayu yang termaktub di perlembagaan yang sedikit demi sedikit hilang dibawah pimpinan AMNO. Bagaimana pula dengan Keretapi Tanah Melayu yang memiliki tanah di Singapura, alih alih dah tingal secalit di atas peta berhampiaran Tambak Johor.

Ish tak reti le aku, apa yang diperjuangkan oleh AMNO Melayu ni.
Dah la menyampah ai.

Friday, August 13, 2010

Kalau AMNO mampus....


N3 hari ini kasar bunyinya. Tapi sebenarnya bukan kasar tapi aku memikirkan jauh kedepan, tapi tak le berapa jauh, setakat kat kubur aje kot.

Begini aku perhatikan orang AMNO yang begitu taksub dengan AMNO iaitu perjuangan berdsasarkan bangsa Melayu. Sampai mereka ingat itu ialah perjuangan global le konon (patut dibaca glokal: saranan Bijan). Memang le sorakan tak lekang dengan sorakan Hidup Melayu nya. Itu belum dengan songkok hitamnya. Kalau lagi tinggi songkoknya lagi tinggi le makam Melayunya (dibaca lagi kuat pencacai Melayu nya).

Jadi fokus aku buat kali ini ialah pemakaian songkok oleh para pencacai, atau para penyokong atau fanatik Melayu. Yang sangat mudah pada aku ialah pakai kopiah, senang dibawa dan dilipat dalam poket je, tapi punya le fanatik Melayu tak ape susah asalkan pakai songkok. Sudah le songkok dari beli sampai tamat riwayat songkok tu yang amat pasti tak pernah berbasuh songkok itu. Itu pulak yang dibawak mengadap tuhan dimana-mana atau mengadap Bijan ke atau spesis yang sewaktu dengannya. Sedangkan kopiah boleh dibasuh dengan senang dan praktikal, tetapi tidak praktikal kalau songkok dibasuh kerana ia akan merosakkan songkok itu.

Dengan 3 hujah tu pun tak mampu jawab, aku tambah satu hujah maut punya. Memang le hujah maut sebab aku nak cerita bab maut. Kan bila kita mati maka kita akan dikapankan dengan kain putih dan yang menariknya akan dipakaikan kopiah kat kepala kita. Tak pernah aku tengok orang Melayu yang totok keMelayuannya memakai songkok masa dia dikapankan. Tapi kopiah juga jadi pilihan.

Maka disini aku mencadangkan bahawa sesiapa ahli AMNO yang totok keMelayuannya dan tak boleh lekang dengan songkoknya itu. Aku mengesyorkan masa dikapankan nanti berwasiatlah agar masa dikapankan nanti pakaikanlah songkok, jangan pakai kopiah tau. Ingat tu kan semangat Melayu boleh membantu kamu dikubur nanti. Ingat kau jangan pakai kopiah kerana kau kata itu ajaran sesat dan itu budaya Arab kan?

Dah la tu malas cakap dengan orang AMNO ni kannya mereka faham!

Saturday, August 07, 2010

Warning

Gambar tiada kaitan.
Apahal lak ni banyak blog yang cuba bukak dua tiga hari ni asyik timbul perkataan:

WARNING: VISITING THIS SITE MAY HARM YOUR COMPUTER

Ini biasanya berlaku semasa PRK atau PRU.

Atau ada HACKER yang digunakan untuk menggodam laman web pilihan ramai.

Biasanya semua IP pengunjung akan di halang untuk melawat laman blog itu.

Blog yang kene:
ISA ikut suka aku
Cina Islam.
Kedai Kopi Tepi Masjid
Dll.

Thursday, August 05, 2010

Penrasionalan subsidi...Deme dah buat dah!

Ada lagi satu perkataaan yang seiring dengan perkataan penrasionalan subsidi. Kalau perkataan penrasionalan pada aku , aku agak keliru maksudnya. Apa lagi kalau lagi satu perkataan itu, kalau tak salah ialah mitasi (dah tak berapa ingat).

Tau kat mana aku baca dan dengar masalah ini. Tak lain kat TV media utama kerajaan Be End.

Pada aku perkataan itu mudah saja sama sahaja fungsinya seperti penggunaaan perkataan selaras semasa mengumumkan kenaikan harga minyak tempohari. Satu bunyi perkataan yang agak baik tapi maksud tersangatlah haram bejadah akibatnya kepada rakyat yang kononnya didahulukan.

Dari sedikit huraian kat Tv hari itu, amat jelas sekali rakyat akan berdepan dengan beberapa subsidi lain yang akan ditari balik. Yakni akan menyebabkan banyak lagi senarai barang akan naik dan terus naik ( dibaca SELARAS DAN AKAN SELARAS). Ini bahasa deme guna bagi mengelirukan rakyat yang TIDAK diutamakan. Dengan penrasionalan harga gula sahaja kita menerima kenaikan kepada 25 sen dan ada yang 30 sen. Maka dengan penrasionalan subsidi ini, maka akan bertambah banyaklah barang akan naik . Syabas kepada AMNO khasnya dan Be End amnya kerana berjaya memelihara rakyat, PTUI ....

Kenapa terjadi penrasionalan subsidi, mudah naik (baca SELARAS) harga minyak maka semua barang yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar pengangkutannya akan menyebabkan barang terpaksa di naikkan. Itu belum lagi, diulangi itu BELUM LAGI penrasionalan subsidi dilaksanakan. Jika penrasioanalan dilaksanakan, maka amat pasti harga barang akan naik.

Thursday, July 29, 2010

Love bite 1......selingan.......Love bite 2.


Love bite 1:
Kemarin aku pergi ke Bank di pekan aku. Berdekatan denga kedai aku tu ada lah orang kampong aku kerja sebgai jurujual kat kedai di situ. Kami saling berteguran sebagaimana lumrah. Aku nampak kat tengkoknye ada tertampal 2 palster luka.
Gatal mulut aku, lantas aku bertanya kenapa tengkok tu. Luka, katanya. Kawan sebelahnya ketawa dan katanya Bedeahnya ......, lantas budak muda itu ketawa. Budak muda tu belum lah kahwin lagi. Masa kat sekolah dulu dia adalah seorang budak kelas bawahan. Rupa dia biasa aje. Lawa tak buruk pun tak juga.
Macammana dia boleh pikat wanita untuk kasi love bite kat dia.

Selingan:
Aku heran AMNO kata PAS ialah Parti Ajaran Sesat tapi tengah ni aku tengok AMNO terhegeh-hegeh mengajak Pati Ajaran Sesat tu berpadu dibawah payung Melayu. Mushkil aku.

Love bite 2:

Kat pintu pagar sekolah aku ternampak seorang budak lelaki yang hensem, Hensem tu tak aku heran sebab aku bukan Gay. Tapi sebab dia ni asyik nengok betina, mahupun perempuaan. Aku menghampiri budak hensem tu. Kamu anak sapa , dok kat mana dan tingkatan berapa. Ringkasnya: Anak Zul (bukan nama sebenar) , Senggang (bukan nama sebenar) dan Tingkatan 3 ( yang ini benar). Aku nampak kat tengkoknya love bite. Teus aku tanya direct aje. Kamu beromen dengan sapa. Ish tak Pakcik. Ish kamu tak usah tipu Pak Cik. Denga sapa kamu beromen. Tanpa dapat berselindung lagi terus dia bagi tahu nama budak perempuan tu dan bagi tahu tingakatan 2 lagi.

Cuba la kita fikirkan!


Tuesday, July 27, 2010

Gula...... Haram bejadah.

Maaf cakap banyak: Dulu suasah benar nak dapat gula, terpaksa aku pergi banyak kedai baru cukup keperluan.

Haram bejadahnya.

Sejak harga gula naik sebanyak 25 sen, berapa kilo nak angkat , taokeh kedai tak kesah pun.

Aku nak menyumpah lagi HARAM BEJADAH PUNYA KES.

Ptuiiii. rasa ada tangan lain lebih berkuasa dari Sang Penguasa kat Mesia ni PTUIIIII, PTUIIIII.
...............................................................................................Baik aku tengok senyum Rozita ada lebih manis dari gula. ish...................................................................................

Saturday, July 24, 2010

Kuasa Allah


Dalam kita mendengar ceramah tiba tiba kita datang rasa hati nak bertanya kat penceramah atau ustaz yang mengajar kat Masjid. Kita tanya macamana malaikat maut boleh mencabut nyawa di dua tempat (New York dan Kuala Kangsar) yang jauh dalam masa satu saat. Maka atas dasar kealiman ustaz itu maka menjawablah dia bahawa itu adalah Kuasa Allah.

Baik apa kah rasa anda atau jemaah yang mendengar ceramah itu tatkala mendengar jawapan begitu. Rasanya tentulah kita takkan berpuas hati menerima jawapan begitu. Walaupun kita tahu bahawa jawapan itu adalah tersangat benarnya. Maka sekarang ini kalau di sekolah para guru menjawab begitu tentulah akan diserang denagn soalan lain yang lebih sukar untuk dijawab dan pastinya ustaz atau guru itu takkan dihormati lagi.

Memang la ada beberapa soalan yang tak mampu dijawab melainkan menggunakan jawapan Kuasa Allah. Misalnya mengapakah roh seorang manusia berada di alam roh? Kita jawab dengan Kuasa Allah, tentu tidak akan memuaskan hati manusia. Sekurang-kurangnya berilah dalil Al Quran iaitu dalam Quran ada mengatakan bahawa persoalan roh itu serahlah pada Tuhan.
Atau ada yang gatal mulut nak bertanya macammanakah rupa tuhan? Kuasa Allah kah jawapan kita, tentu sekali tidak kerana kalau yang telah belajar sifat 20 Allah tentu ada jawapan yang boleh membantu.

Kenapa jawapan Kuasa Allah itu tidak sesuai? Beginilah kalau guru bertanya kepada murid kenapa lambat masuk kelas. Maka denga yakinnya murid itu menjawab Kuasa Allah cikgu. Macamamana cikgu tu nak menerimanya. Atau si bapak bertanya kepada anak dara nya yang termengandung. Siapa jantan yang buat kamu mengandung? Maka anak tak ada dara itu menjawab dengan Kuasa Allah bapa. rasanya tentu pengsa akan bapa anak tak ada dara itu bila itu jawapan yang di beri. Tapi kalau bapa tu cerdik sikit tentu dia akan buat begini. Pang ditamparnya anak tak ada dara itu denagn sekuat hatinya. Bila ditanya oleh anak tak ada dara kepada bapanya. Kenapa bapa tampar sya, Jawab bapaknya, Kuasa Allah.

Sunday, July 18, 2010

Aktivis Flotilla: Rupa-rupanya

Rupa-rupanya ada orang kampong saya yang aktivis 10 orang yang terlibat dalam misi bantuan ke Gaza hari itu. Tapi biasa la dek kerana Aktivis lebih jelas menunjukkan PRO kepada Pakartan Rakyat maka tidaklah kita temui dia di kaca TV.
Beliau anak watan Kg Rambai Tujuh, Kuala Kangsar, Perak.nama beliau biarlah dicari sendiri oleh pengunjung. Dalam ceramah beliau di Kg Menora bertempat di halaman rumah Ustaz Salleh, beliau menegaskan PR adalah mempunyai wadah untuk menaikkan kemanusian bukan saja di Malaysia akan tetapi seantero dunia. Syabas untuk anak Muda ini.
Antara ulasan lain tentang Gaza:

Gambar aktivitis:

Video gaza:

Sunday, July 11, 2010

Perak: GEMPOR---GEMPOR

Gambar tak kena mengena dengan posting, jangan buat pasal.
Kalau rajin melihat kat cermin belakang atau sisi setengah-setengah kereta di Perak atau masa mereka merayap keluar dari Perak, maka akan ternampaklah perkataan GEMPOR___GEMPOR. Biasanya kalau ada perkataan begitu tentu ada perkataan DAULAT TUANKU (klik untuk posting tentang ini). Kat kereta siapa yang ada pelekat ini. Apa lagi selain dari dari kereta Pemuda AMNO_APCO.


Jadi apa salah deme pakai begitu. Tak le salah apa nya. Cuma aku nak berkhabar saja kat kengkawan. iaitu para pemuda AMNO_APCO merasakan bahawa mereka sekarang sudah sangat terdesak dan mereka perlu menggempor para pejuang PR khasnya.


Meh aku lihat dari kontek bahasa khasnya loghat Perak. Bila aku tengok perkataan tu jadi aku terus menilai dari sudut loghat Perak pasal yang bawak ke hulu ke hilir pelekat tu ialah orang Perak. Perkataan itu kalau di jadikan loghat Kuale make ia adalah dari perkataaan GEMPAR dan perkataan ini bila di loghat Kuale kan ia menjadi GEMPOR. Jadi persepsi aku bila membaca perkataan ini ialah akan berlaku satu kegemparan yang amat besar di Perak sebab diulang 2 kali GEMPOR____GEMPOR. Kegemparan yang akan berlaku di Perak ialah Be End akan tumbang di Perak dengan lebih besar lagi dan mengikut kiraan mereka akan menjadi 2 kali ganda undi kalah dari dulu.


Manakala kalau dilihat dari sudut bahasa Malaysia perkataaan GEMPOR itu tak mahunya GEMPOR tapi perkataan bahasa Melayu ialah GEMPUR. Jadi perkataan itu bukanlah bermkasud AMNO mahu mengempor PR, akan tetapi hanya memberitahu bahawa akan berlaku kegemparan di Perak yang 2 kali lebih hebat dari dulu.


Atau mungkin juga memang mereka berhajat menggempur PR akan tetapi para pemikirnya tersalah bahasa kerana standard penyokong AMNO merangkap sekali pemikirnya adalah lulus SPM je. Kaluau ada pun yang tinggi sikit sikit ilmunya pun sebab mata dah dibutakan dengan nafsu tamak dan haloba. Jadi mesej yang diberi oleh pelekat para pemuda AMNO itu adalah salah sama sekali takkkanlah sekadar memberitahu GEMPAR__GEMPAR. Tentulah mesej mereka ialah GEMPUR____GEMPUR.

Tuesday, July 06, 2010

Cantik, rupanya tak...







Kalau anda cantik perlu apa anda mempamerkan selain dari ape yang perlu seperti ini:











Kalau anda cantik anda tak perlu sama sekali mempamerkan terlebih seperti ini:












Kalau anda cantik rasenye cukuplah anda seperti ini, kan manis juga dipandang.

Saturday, July 03, 2010

Menjawab solan ParpuKari House.




Baca blog atas ni terus aku rasa nak muntah dan terpanggil nak jawab ke sudut tajuk dia tu.

Yang Hang Pa menyondol -nyondol tak rente- renti apa hal.

lama dah aku tengok dok sondol-sondol sampai ada yang tersondol dek launagn perpaduan Melayu (kononnya tu).

Oi tak reti ke, kami dah belajar dari sejarah lampau iaitu AMNO menggunakan isu perpaduan seolah-olah kami tak berminat bersatu la ni. Tapi dulu setelah kami bersatu dengan kau orang dengan Presiden PAS kami yang dulu dulu tu le.

Rupanya kami sekadar digunakan untuk menaikkan imej AMNO semata-mata. Bila keadaan stabil, yakni imej ko orang dah okey. Maka dengan selambanya kami rakan Melayu diterajang secara terhormat kononnya. Maka berpecahlah Melayu siapa yang buat melainkan AMNO juga.


Sekarang dengan muka tak bermaruah ( tak malu) datang terhegeh-hegeh menaja kembali lagu perpaduan, seolah-olah amat perlunya perpaduan demi bangsa. Penerajangan dahulu pun masih terasa lagi, sekarang kami tak rela diterajang buat kali keduanya. Erti perpaduan yang ditaja oleh AMNO itu memang kami menilai amat merbahaya kerana dengan pemimin dahulu yang lebih okey lagi kami kena terajang . Apatah lagi nak diharapkan dengan pemimpin AMNO yang sedia ada sekarang ini Cis bedebah AMNO..

Sunday, June 27, 2010

Perati elok elok.....


Siapakah golongan Melayu babiputra ini?
1. Gerombiolan ini ialah mengaku Islam tetapi membenarkan pemimpin yang meluluskan judi.
2. Gerombiolan ini ialah mengaku Islam tetapi tidak menutup aurat diulangi tidak menutup
aurat bukan sekadar bertudung sahaja.
3. Gerombiolan ini membenarkan gerombolan pembunuh rakyat Palestin yakni APCO sebagai
agen di Mesia.
4. Biase le aku berenti kat 4, lepas tu kau orang cari le sendiri.

Thursday, June 24, 2010

Mampus cikgu.....


Awal-awal aku dah terasa dah tak lama lagi program permata tu tentu akan dibagi kat Jabatan Pelajaran sudahnya. Cikgu juga yang kena. padan muka cikgu kah kah kah. Ia lah menurut perintah. yang ada tak tretanggung nak tambah lagi.


Tu la cikgu-cikgu jangan melawan AMNo kan dah kena.


Tapi sapa lagi yang boleh bentuk budak-budak tu kalau tak cikgu.


Takkan nak harap Laki Bijan, ish nak heret badan pun susah, ini nak ngejar budak cerdik keiling kelas. Elok le tu.

Thursday, June 10, 2010

TEORI RAHMAN vs HIPOTESIS RAHIM

Aku minat dengan Sultan Muda Perak ni .Ampun Tuanku.

Amat pasti TEORI RAHMAN telah menjadi. Akan tetapi yang lagi amat pasti ialah selepas TEORI RAHMAN bermakna AMNO akan berkuburlah selama-lamanya seperti mana parti politik lain lain negara yang pernah memerintah dan berkubur. Pananda aras bagi berkuburnya parti AMNO yang memerintah ialah PieM nya yang terakhir iaitu Najis (selalu aku sebut Bijan tapi nak relevankan dengan N yang teakhir).


Setelah sudah TEORI RAHMAN berkubur maka lahirlah pulak berbagai teori baru. Oleh kerana aku ni Islam jadi aku minat teori bahkan aku sebut Hipotesis yang boleh dikaitkan dengan agama kita le. Tapi aku bukan suruh percaya, nama lagi Hipotesis, iaitu teori yang masih belum disahkan. Bila satu hipotesis itu disahkan barulah kita boleh namakan Teori.


Hipotesis yang baru yang aku baru dengar ialah HIPOTESIS RAHIM. Juga aku dengar ditambah lagi dengan NIR RAHIM. Jadi aku terpana pada hipotesis tambahan itu iaitu NIR. iaitu NIR sebelum RAHIM sesuai dengan sebuatan ayat paling kerap digunakan dalam Al Quran iaitu Bismillahirrahmannirrahim. Setakat ini birkan apa sahaja penialaian semua blogger tentang RAHIM tu tapi yang paling aku nak bincangkan hari ini ialah tentang siapakah orang yang dikatakan NIR tu. Terjemahan Bismillah biasanya mengunakan NIR itu dengan maksud LAGI.


Jadi watak orang ini memang sesuai dengan skrip Malaysia tu dengan istilah LAGI.


Ketika heboh dengan pemilihan untuk kepimpinan tetiba nama beliau muncul. Ketika masih lagi panas usia kepimpinan beliau. Belaiu diuji dengan rompakan kepimpinan yang sangat bersejarah dalam dunia politik Perak khasnya dan dunia Komanwel amnya. Teka la sendiri yak.

AMNO masuk PR....

Che Det pun tak percaya seprti kata-katanya itu. Kau orang oun nak percaya ke?
Sebenarnya aku mengajak para ahli AMNO agar meninggalkan AMNO dan masuk ke PR yang mana-mana kau suka. Direct je aku cakap, aku ngajak ko masuk PR kerana pada PRU13 nanti AMNO akan hancur dan kalah ditangan PR. Dengan Pak Lah yang clean pun Be End hilang 5 negeri tolak balik satu jadi 4. Macammana pulak dengan Bijan yang didalangi oleh lakinya dapat dilihat relevan untuk masa datang. Itu bukan isu kuat pun cuma perbandingan je dengan pimpinan Pak Lah.


Banyak isu yang utama yang sangat relevan untuk mengnyahkan AMNO dari persada pemegang tampok pemerentahan negara. Dengan segala isu bobrok oleh Bini Rosmah itu rasanya adakah masih relevan AMNO untuk negara. Pastinya AMNO dan sekutu nya Be End tidak relevan bahkan tidak dapat bertahan dalam PRU13 nanti.

Jadi kenapa aku ajak ko orang keluar sekarang. Supaya dalam masa 2 tahun ini ko orang boleh membentuk satu pakatan yang boleh menjaga tembolok ko orang supaya tetap berisi walaupun AMNO telah runtuh dalam PRU13 nanti. Kalu ko orang tunggu akan keluar beramai-ramai selepas PRU13 nanti aku rasa siapa pun dari kalangan PR takkan percaya ko orang. Tambahan pula kau orang memang gerombiolan yang tidak boleh dipercayai, Kan gitu. Lagi lambat ko orang membuat keputusan untuk keluar dari AMNo lagi akan merbahayalah tembolok ko orang nanti. Jadi aku mengajak mari bersama menghapuskan penongkatan langit oleh AMNO agar tembolok ko orang dapat dijaga.

Sekarang pun yang aku tahu memang ramai yang dah tak berapa nak dapat kontrak. Aku tahu le, adik aku penyokong kuat AMNO pun dah dekat 5 bulan kontang dah kat Perak ni. Walhal persekutuan masih dioegang oleh AMNO. Kalu sekarang pun tiada jaminan bagi diri ko. Maka apa lagi yang ko boleh harapkan dari AMNO_APCO ni. Ko orang ingat boleh ke AMNO menongkat langit untuk masih menerajui Malaysia. Kalau ada ingatan ko orang begitu. Aku rasa ko orang bermimpi. Ko orang rasa adakah ko orang boleh percaya pada PERKOSA iaitu golongan utama katak-katak sedunia. Itu belum hal hantutuya, kapal selam, enjin jet, tu tanah kat Singapura, Pulau Limbang dan yang lain lain bantak woooo . Itu yang jelas yang depa buat diam diam je, yang ahli AMNO pun tak tahu, amacam. Sudah lah tu ahli AMNO rentikan le menyokong AMNO tu dah tak relevan dah.

Wednesday, June 09, 2010

Hamas(PAS) vs Fatah (AMNO)


Agaknya boleh le aku nukilkan begitu seperti tajuk. Orait tak?


Kenapa Israel iktiraf AMNO sebagaimana Israel iktiraf Fatah?


Kenapa pulak mereka cuba menghancurkan Hamas sehingga tidak memberi ruang?


Kenapa semasa Mesia Merdeka , AMNO diberi kepercayaan berbanding badan lain?


Baik la aku jawab sendiri soalan aku, kalau bagi kat AMNO fikir aku rasa karang lain pulak jawapannya yang diberi, mereka bukan boleh menggunakan akalnya dengan baik, kerana otak mereka dah di brainwash oleh AMNO.


Fatah seperti mana AMNO adalah pendokong pada idea penjajah dan Israel khasnya. Maka kerana mereka adalah penyokong idea mereka maka mereka mendapat sokongan dan tidak diganggu gugat. Bahkan mereka sanggup tunduk dan patuh kepada segala arahan agar survival politik mereka masih boleh hidup. Sedangkan sepatutnya survival politik AMNO sepatutnya telah lama tumbang mengikut trend dunia semasa.


Manakala mana-mana badan yang bercanggah kepada para penjajahan seperti Hamas dan badan-badan lain akan digunakan segala manipulasi yang mungkin untuk menghancurkan kekuatan mereka agar lumpuh dan tidak dapat menguasai negara.


Jadi analogi aku mengenai tajuk di atas adalah amat sesuai. Sangat jelas AMNO mendapat sokongan barat dan sekutunya kerana AMNO adalah penerus kepada kesinambungan ide0logi yang sekular iaitu sama sekali akan meletakkan agama ditahap yang tidak sepatutnya seperti mana yang PAS mahu.


Maknanya selagi kita menyokong AMNO bermakna kita akan amat kuat menyokong ideologi yang tidak akan meletakkan agama ditempat yang sewajarnya seperti mana yang dipinta oleh Allah SWT. Namun begitu AMNO juga amat menyedari betapa penting tempelan agama pada wadah perjuangan AMNO . Maka begitu dibuatlah beberapa tempelan yang seolah-olah AMNO berminat ke arah Islam. Sedang sebenarnya itu adalah sekadar topeng untuk menunjukkan seolah-olah AMNO minat Islam sedangkan itu adalah sekadar tempelan. Bukti yang paling nyata ialah Islam Had Hari semasa Pak Lah dan Penyerapan dasar-dasar Islam semasa Che Det. Tapi semasa Bijan beliau seolah-olah terlupa, maka natijahnya kita akan lihat bahawa pengundi Melayu akan meraguinya. Tambahan pula imej Bijan yang begitu banyak sekali melawan Taboo Melayu, melainkan Taboo Melayu berjaya dihapuskan.


Benci aku bincang perbincangan agak tinggi sikit ni , pasal AMNO tak faham punya, ini aku amat pasti. kalau yang faham pun pasal mereka ada masyuk dan kepentingan maka susah mereka nak setuju, walaupun mereka amat mengetahuinya.

Monday, June 07, 2010

Yahudi baik.

Siapakah yang mampu menjadi seperti Salahuddin AL Ayubi yang mampu memimpin tentera Islam semasa peperangan Salib. Yang mana pemimpin itu sekarang yang akan mampu memerangi Yahudi di Israel @Palestin. Saya bukan pakar hadis tapi pernah terbaca yang suatu ketika nanti akan sampai masa dan ketikanya timbul pemimpin yang akan mampu mengalahkan orang Yahudi di Israel khasnya, tentulah dunia amnya.

Kalau menunggu masa itu saya takut kita seperti penganut agama lain yang menunggu Muhammad akan tetapi terlepas dan menyangka Nabi Muhammad SAW bukan penyelamat dunia dan bahkan meminggirkan Nabi Muhammad SAW. saya takut yang menunggu kita tidak begitu pasti akan tetapi palestin yang ada akan seperti ini:


Peta Palestin asal yang makin mengecil bila perjanjian menyerahkan tanah ke pada Yahudi (Israel). Dan lihat warna hijau yang makin mengecil milik Palestin.

Kenapa tidak dengan segala kudrat yang kita ada, kita berusaha meyakini satu ayat dalam Al Quran di bawah yang begitu jelas akan mampu menggoyahkan para Yahudi (Israel) (Klik untuk lihat celaka Yahudi ni). yang mana surah itu tentunya akan dapat menghentikan segala usaha para yahudi dan terpaksa menumpukan serangan yang Maha Hebat itu melalui tangan-tangan kita manusia biasa. Insyallah. mari kita sebarkan ayat Al Quran ini dan para Mujahid yang mendatang tanamkan didalam hati dengan dengan semangat surah itu juga mencintai syahid dan menjauhkan wahan.

”Perangilah mereka [YAHUDI], nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman”. [Surah At-Taubah (9) : 14].

Wednesday, June 02, 2010

Kih kih AMNO Melayu ka?

Ni ibarat pemimpin AMNO la ni dan para propaganda.
Semalam bukankah ada pengumuman perlantikan kabinet baru yang terdiri daripada timbalan menteri banyaknya. Akan tetapi tiada unsur leadilan di situ. rasanya atas nasihat APCO agar Malysia akan berlaku perpecahan maka dilantik seberapa ramai timbalan menteri dikalangan bukan Melayu untuk membeli hati masyarakat Bukan Melayu yang menolak Be End dan AMNO khasnya.

Cuma Melayu yang berkepentingan sahaja yang masih menyokong AMNO dan Melayu yang maaf le sebab memang betul penggunaaan perkataan ini iaitu Melayuyang bodoh, kalau tak pun tenging. Kenyataan Mahathir tu memang betul iaiitu Melayu mudah lupa dan tambah lagi mudah diperbodohkan terutama Melayu yang media nya hanyalah Media utama negara dan iaitu Berita Hairan, Utusan Meloya, TV St setengah , TV tiga suku. Jadi jika inilah sahaja media yang terdapat di kalangan AMNO maka tetaplah mereka dalam kepompong yang takkan keluar keluar.

Contoh la: DS Nizar j\Jamaluddin semasa memerintah Perak hanya sekadar ,memberikan hak pada orang Melayu dan Cina akan tetapi diwar-warkan oleh media utama DSNJ boneka DAP maka percayalah sakalian AMNO terutama totok dan para propaganda pun menyonsong idea itu jadi nampak macam betul. tapi sebanrnya telah ditipi akan yang kurang akalnya itu. Sedangkan semasa AMNO memerintah berapa bpunya banyak tanah yang jelas bertukar tangan dari hak MMelayu @ negara kepada tangan Cina. Ulasan saya akan di cop rasis pulak nanti. Bukan begitu apa yang saya bicarakan ialah perlembagaan yang dilanggar lumat oleh AMNO. Iaitu bila tanah rezab Melayu diberikan untuk kepentingan tertentu mestilah diGANTI, mana?


Malas le nak cakap lagi rang AMNO faham tapi macam bodoh je.

Saturday, May 29, 2010

JUDI.... tahu ke yang sebenarnya wahai AMNO?

PERKASA TAK NAK tegur ke kes judi ni, apahal cabar orang lain pulak?
Tahukah kalau judi yang diluluskan oleh Awang Abang dan Bijan itu berjaya di dokong oleh AMNO sakalian?

Kalau tak tahu di sini aku nak bagi tahu:


Pertama Piala Dunia Bolasepak kat Afrika Selatan ini adalah mukaddimah kepada perlaksanaan judi bagi semua jenis sukan yang akan berlaku seterusnya di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.



Maknanya selepas Bolasepak Piala Dunia judi akan berlansung, dan selepas ini kalau ada pertandingan badminton maka judi ini juga akan dilaksanakan. Kesimpulannya sepanjang hidup syarikat ini maka akan berlaku lah perjudian tanpa hentinya. Maka slogan satu sukan untuk satu rakyat Malaysia akan membantu judi ini berjaya mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.


Judi ni nampak macam baek sikit dari no ekor, tapi masalahnya judi ialah judi yakni haram. Kerana persepsi agak baek ni maka akan ramailah rakyat Melayu yang berjudi, tapi kalau mereka rakyat Islam rasanya takkan berjudi kot. Aku bagi kot sebab hati mana tau.

Faham ke, kalau tak faham ko tanya le syarikat tu.

Friday, May 28, 2010

Tengok mentaliti Pencacai AMNO ni

Problem nanti sat no.
Haa aku dah repair dah

http://www.kitagempur.com/index.php?page=articles&op=readArticle&id=142&title=Lagak-Celupar-Nik-Aziz-

Aku dapat e mail dari sini dan aku link kan kat sini supaya dapat dinilai mentaliti AMNO tentang rumah Allah bukan rumah Sultan.

Thursday, May 27, 2010

Senator Kotak berazam.

Gambar sekadar hiasan sahaja.
Bukan setakat sini (klik) bahkan Senator Kotak juga sanggup mangatakan DSAI tidak meluluskan projek air di Kelantan bernilai RM500 juta. Ish ish walaq benar dia sejak dapat Senator Kotak ni. Agaknya ini adalah isi perjanjian dia agar dianugerahkan jawatan Senator Kotak.


Aku rasa tugas utama Senator Kotak ini bukan untuk mendahulukan rakyat tapi amat jelas sekarang bahawa tugas utama Senator Kotak ini ialah untuk semau mungkin menyerang DSAI dari sudut peribadi, sejarah lampau dan apa jua yang mungkin.


Tapi apalah yang diharapkan daripada Senator Kotak ini sedangkan sejak dahulu mengusung kotak tentang masalah segala pembesar negara. Tapi sampai sudah isi kotak tu sekadar diusung ke hulu dan ke hilir. Sudahnya dia tak larat mengusung kotak dia lebih rela menjadi katak.


Jadi namanya yang paling sesuai untuk masa terkini bukan sekadar yang aku tulis tu, tapi sepatutnya di tulis Senator Katak Kotak

Sunday, May 23, 2010

Meh makan Sup Power

http://mohdlin.blogspot.com/2010/05/sup-luar-biasa-jangan-dicuba.html

Sup di atas ni aku linkkan saje untuk menunjukkan betape maknusia hari ini.
Selamat Menjamu Selera.

Thursday, May 20, 2010

Sad story. true, love and nate...

Aku jumpa dalam facebook kawan aku Murni Mat Esa.

Ni aku uploadkan kat blog aku buat tatapan semua.

Cerita panjang tak guna tengok saja video tu okey selamat menonton.

Tuesday, May 18, 2010

Buat ibu-ibu yang tak sedar diri.




Gambar ni aku ambik dari blog
http://ummuasiah2001.blogspot.com/2010/05/sungguh-menyentuh-hati.html
Blog ini cerita bab lain, aku nak cerita bab lain, jadi aku ambik juga, bolehkan ummu asiah2001.
Wahai ibu-ibu yang tak sedar diri. layakkah engkau dipanggil ibu. walaupun sebenarnya engkau memang dah pun bergelar ibu, kerna engkau pernah melahirkan seorang bayi. iaitu anak dari tumpah darahmu.Tapi sayang sanggup engkau MEMBUANG akan anak dari tumpah darahmu.
Rasanya engkau wahai ibu yang tak sedar diri. Engkau tidak layak menerima gelaran ibu hatta huruf i pada ibu sekalipun. Cuba lihat wahai ibu yang tak sedar diri dari gambar itu bukankah mereka JAUH LEBIH BAIK dari engkau wahai ibu yang tak sedari diri. Dalam keadaan diri mereka yang merempat terserlah kasih mereka dan naluri mereka sebagai seorang ibu walaupun mereka bukan seorang ibu.
Wahai ibu yang tak sedar diri kembalilah kepada fitrahmu sebagai seorang ibu agar kasih TUHAN padamu. Yang pasti KASIH TUHANA sentiasa dan pasti ada. Cuma mana kasih mu.

Saturday, May 15, 2010

Bukti rakyat didahulukan.


Disini aku beri 2 situasi sudah lah sebagai bukti bahawa memang benar bahawa gagasan 1Malaysia adalah benar iaitu rakayat didahulukan. Bukan macam yang aku kata selama ini iaitu rakyat dihulukan.


Situasi 1:

Semasa Pilihanraya Hulu Selangor kera jaan menjanjikan RM 3 juta, jadi sebuah sekolah RSLK (C) di rasa telah mendapat habuan RM 3 juta.

Orang Felda Sungai Buaya baru dapat sikit yang sememangnya hak mereka yang telah dinafikan selama ini. Maka janji akan diberi selepas pilihanraya Hulu Selangorr, kita nantikan....?

Situasi 2:

Pilihanraya Kecil kat Sibu, kau orang kira le sendiri berapa juta telah diberi kepada penduduk Sibu, semasa kempen PRK ini. Aku malas nak kira sebab banyak....

Kesimpulan:

Maka disini untuk kita menkadi rakyat yang didahulukan , maka marilah kita berdoa agar segala YB yang sedang berkhidmat akan cepat matinya. Maka apabila segala YB akan mati maka amat pasti rakyat di kawasan itu akan didahulukan.

Kalau kalian menunggu didahulukan maka saya rasa akan lama lah lagi kita akan dapat keistimewaaan itu. Maka marilah kita meyusahkan akan segala hati YB yang ada agar mereka susah hati dan menghembuskan nafasnya yang akhir. Maka pabila nafas mereka berakhir, bermakna kita akan mendapat manafaaat kita akan didahulukan.

YB yang kita susahkan terutama yang nampak bebayang yang akan menjadi katak tu patut kita dahulukan sebelum kita pulak didahulukan.

Thursday, May 13, 2010

PKR makin gawat!


Pertamanya izinkan aku gelak dulu:

KAH KAH KAH KAH

Tukar bunyi gelak pulak:

KIH KIH KIH KIH

Sudah le tu, karang orang kata gila le pulak. Sedangkan aku masih normal.
Yang berkata 3 patah perkataaan di atas tu bukan aku.
Aku sekadar N3 kan sahaja satu, cop dua kenyataan dari 2 ekor katak di TiVi 1 tadi.

Tak usah le ulas kenyataan tu cukup le rumusan dari para katakan itu
mengatakan PKR makin gawat.

Sepatutnya kalau PKR makin gawat dok diam-diam dan tunggu hingga PKR hancur.

lepas tu kan, ish bagi le aku gelak dulu:


KAH KAH KAH KAH

Tukar bunyi gelak pulak:

KIH KIH KIH KIH


Lagi satu kan elok je habis berita katak tu keluar pulak 60 orang

dari Alor Setar keluar dari parti PAS.


Ish aku dah tak tahan nak gelak dah, Ade sesiape yang boleh tolong aku.

Sunday, May 09, 2010

Baru aku tahu.


Aku terkejut blog aku dilawati sampai 200 orang lebih pada hari semalam. Kemudian aku perhatikan masih ramai melawat blog aku pagi tadi. Kemudia aku ubah sikit blog aku iaitu aku buangkan gambar power tu.

Kesimpulannya aku dapati blog aku dilawati mengejut ramai bagi aku le, sebab blog aku n i bukan le ramai sangat pelawatnya. jadi rupanya kerana gambar power tu yang menyebabkan blog aku dilawati.

Ini aku nak uji balik aku letakkan sekali gambar power tu kat blog aku, amacam agaknya ranking menaik tak, nih aku nak test.
Jadi jangan le marah yang memang nita baike melawat tu kerana informasi tetaoi terpaksa terkena ujian aku kali ni , maaf ye.

Thursday, May 06, 2010

Bagi le kat mama AMNO tu...


Melayu ni mudah lupa (spesis melayu AMNO je). Mari aku nostalgiakan balik apa yang Mama Sarejat cakap. Dia ada cakap juga, kalu itu baby tarak mau juga, kasi sama mama AMNO la. Dia ada cakap juga jangan kasi buang la itu baby. Ada banyaaaaak kesian tengok itu baby. Tadi TV malam ada cakap jumpa baby buang itu sungai dalam. Jangan la itu macam. kami mama AMNO dengan banyak rela hati kasi bela la itu baby.


Itu ka Sarejat cakap, itu laki najib ada cakap juga. Cit ada silap la , saya bukan Kak Sarejat , saya laki Najib. Laki Najib cakap dalam TV tadi, dia kata kita akan buat KAJIAN kenapa berlaku peristiwa pembuangan bayi.


Ha ha ha hak tuih.

Mula rasa nak gelak, tapi bila tengokkan kan cakap laki Najib tu terus aku rasa nak meludah. Tau pasal apa? Pasal aku tahu dia lansung tak tahu sebab berlaku peristiwa itu. Spesis AMNO ni macam bodo je. Takkan la sebab bayi di buang pun nak perlu buat kajian.

Dah sah bayi kena buang sebab dulu jantan betina tu beromen sampai tak sedar diri. Mereka beromen kerana suasana dan prasarana yang disedikan oleh kera jaan kita ni amatlah sesuai untuk muda mudi melakukan hal itu. Kenapa mereka beromen, jelas kerana tiada iman didalam dada mereka. Maka bangunkan lah iman anak-anak muda Islam nia bagi mantap sikit, bukan macam iman tudung Kak sarejat dan iman tak bertudung laki Najib.


Makaoleh itu , marilah kita belajar pendidikan seks kepada anak muda. Ni yang cakap ni lagi bodo la. Tak kira la siapa yang bercakap tu. Maknanya yang bertcakap tu tak perasan ada tajuk pendidikan seks dalam matapelajaran sains tingkatan 3 bertajuk Reproduction. Disitulah proses pendidikan seks telah pun di ajar kata kekawan cikgu. Yang aku hairan orang kementerian pelajaran pun bercakap seolah-olah dia tak tahu ada sukatan seks di dalam pelajaran anak-anak murid di sekolah.


Ish malas cakap dengan spesis AMNO ni kannya reti dek di mereka semua.

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------

Blog Archive