LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sunday, September 26, 2010

Cara AMNO tarik para katak.


Terus ke poin aje le:

1. Bawak pegi Siam selalu, buat ape aku tak tau.

2. Sesekali pegi Ke Bali, buat ape aku tak tau.

3. Kadang-kadang bawak ke negeri Cina, buat ape aku tak tau.

4. Ade juga program bawak ke Langkawi seluruh famili, buat ape aku tak tau.

Rasa-rasa mengkome, kalau kene pegi melawat selalu FREE pulak tu , amacam?

Tau tak , aku bukan cakap kosong, dulu darah daging aku menghidupkan PKR tempat aku, tetapi dah kene sogok rope tu . Habis berubah hati perutnya. Dulu dia masih kata, aku pindah ni sebab nak betuikan tong taik AMNO ni. Tapi sekarang ni dia pulak yang bergelumang habis dengan taik. bahkan dia ajak habis familinya masok AMNO.

Sunday, September 19, 2010

Pokok Vs AMNO


Pokok pun boleh dibentuk.
Tapi AMNO rasanya boleh ke dibentuk.
Yang amat pasti apa yang dibuat oleh para pencacai dan penguasa AMNO sekarang akan membuatkan AMNO akan hancur dan pupus dari politik tanahair.
Kita lihat segala fitnah jahat dari puak pencacai (cari le sendiri) puak AMNO terhadap PR pun akhir-akhir ini memakan diri.
Itu belum apa yang mereka lakukan dalam usha kononnya membangunkan negara khasnya bangsa Melayu. Lagi la meracau agendanya. Kalau agenda menggunakan seluruh akal manusia bijak pandai manusia seluruh dunia tapi tidak berpandu kepada Al Quran dan sunnah. Mintak maaf la akan hancur segala agenda akal manusia itu.
Melainkan AMNO membuat perubahan drastik dengan kembali kepada Al Quran dan Sunnah. Tapi orang yang dah biasa menggunakan akal dalam segala hal, susah hati perutnya nak menerima Al Quran dan Sunnah sebagai jawapan kepada permasalahan seluruh umat manusia maya ini. Kalau AMNO berubah berpandu kepada Al Quran dan Hadis insyallah tentu war war perpaduan akan menjadi kenyataan. Akan tetapi kerana pernah terjadi khianat dahulu, maka andai terjadi perpaduan sekali pun , pihak bukan AMNO pastinya akan mengambil sikap berhati-hati. Kecuali la puak-puak UG totok. Puak tu tak boleh pakai kerana nampak mereka dah ke hala duniawi kan kan.

Friday, September 17, 2010

Uri, Tembuni, Mentuban dan Tali Pusat.(4)




Siapa yang dah jadi bapa, tahu lah mereka akan apa gerangan benda yang aku sebut kat atas tu. kalau masih tak tahu apa benda yang aku katakan tadi dua je, samada belum kahwin atau dah berkahwin tapi jantan tak bertanggungjawab.

Sepatutnya para bidan kampong tahu sesuatu tentang ilmu (4) perkara di atas tu. Bidan kampong yang lengkap menuntut ilmunya sememangnya tahu. Mereka mesti tahu apa pertalian antara ke (4) benda itu. Sebelum, semasa dan selapas bersalin tentu benda itu mempunyai sesuatu nilai yang amat penting dalam kehidupan manusia yang dilahirkan. Oleh kerana pentingnya benda itu pasti ada sesuatu yang amat hebat dan amat perlua kita tahu dan buat sesuatu ke atas (4) benda Allah tu.

Tapi syang seribu kali sayang, realitinya memang ramai tidak mengetahui ilmu (4) itu dengan baik termasuk aku sekali. Bahkan mengikut maklumat yang aku dapat sedikit ni, benda (4) ni adalah perlu dilakukan sesuatu agar setia kelahiran boleh menghasilkan sesuatu insan yang insyallah sempurna. Tapi ilimu (4) itu sangat diisimpan hinggalah bidan itu sendiri mungkin terlupa untuk mengamalkan dan mengajarkan kepada orang ramai, atau ilmu itu semakin pupus. Hinggalah begitu sedikit orang yang mengetahui manafaat (4) itu.

Saya utarakan diblgini untuk diperbincangkan dan diketenaghkan agar dapat dibuat sesuatu terhadap ilmu (4) ini. Semoga ilmu (4) ini akan dapat membantu melahirkan insan yang dapat bermanafaat kepada negara. bagi sesiapa yang masih ada ilmu itu atau ada kerabat yang mengetahui ilmu(4) itu . Sudi apa kiranya berkongsi maklumat dengan kami semua samada melalui komen atau e mail saya. Tapi kalau e mail tolong shout agar saya tengok, kerana saya jarang buka e mail kerana terlalu banyak sampah.

sedikit link:
http://www.adrysabry.com/religion/islam/tembuni-dan-cara-mengurusnya.html

Tuesday, September 14, 2010

Gumbira merompak......


Silalah baca disini bagaimana kegiatan merompak dijalankan dengan gumbiranya mengikut pendapat tulang besi.
http://bloglistpolitik.blogspot.com/2010/09/umno-rompak-felda-mas-plus-proton.html

Monday, September 06, 2010

Dengokan labun.....

Dengokan labun deme lagi le.
Memang macam tu yang selalu dikatakan kat AMNO masa ni. Dengo kan labun: kata ni orang Perak menyindir kat orang bercakap berdegar-degar tapi apa pun tidak. Kan banyak AMNO cakap macam tu, tapi sebenarnya apa pun tidak, bahkan balik ke batang hidung AMNO balik.

Bulan puasa ni apa isu yang tak dibuat dek AMNO hingga terkini macam macam dah. Hal agama, hal kaum, hal mufti , hal iklan, hal lembu Lim Guan Eng, hal surau, hal masjid. Hal tempat ibadat pun ada dua kali ni dengan isu beri sumbangan di surau dan doa kat Lim Guan Eng. Dahsyat serangan AMNO kat PR dalam bulan Puasa je. Macam le orang kafir Musyrikin menyerang tentera Islam dalam Perang Badar kononnya minda orang Islam lemah dalam bulan Puasa ni. Perpektif mereka sama dengan orang kafir Makkah. Sebenarnya itulah minda orang AMNO iaitu amalan Islam adalah melemahkan orang Islam. Puasa melemahkan tak boleh berlatih bola. Qiamullail menyebabkan orang Islam mengantuk dan tak produktif. Pakai serban menyebabkan kepala panas. Minda yang tak mempercayai apa yang Islam buat tapi percaya kat APCO,,,, aik, ish ish.

Dengokan Labun: marilah kita menjadi seorang yang menjalankan Islam dengan baik. Tapi mereka sendiri tak percaya apa yang mereka ajak. PAS nak ajak buat HUDUD , mereka juga yang menolak. Sudah le tu mereka pulak menuduh PAS tak mampu melakukan HUDUD kerana tunduk kepada DAP. Sedangkan kuasa masih pada persekutuan dan bila hudud dibentang, mereka pulak yang menentang hudud atas dasar kata mereka kita negara majmuk. Sedangkan perlembagaan Madinah pun di buat dalam negara yang majmuk. Dengokan labun AMNO ish, mereka le juara agama, juara bangsa, tapi realitinya merekalah menghancurkan agama Islam dan bangsa Melayu.

Carilah sendiri apa yang mereka (dibaca AMNO) buat huru hara kat Islam dan Melayu.
DENGO KAN LABUN...............

Saturday, September 04, 2010

756 ish getik aku.

Tengok kaki dah tau dah.

Aku getik sebab sebut pun aku susoh nak percaya.

Kalau 7 - 5 iaitu 2 orang iaitu Mat Arop dan isterinya sahaja aku percaya.

Ni nak cover cerita lain ni.

Baik orang belah Larut Tepen cari cerita lain nak cover tu.

Aku belah Kuala kangsar malah le nak korek kat sana.

Kalau tau cerita sebaliknya bagi tau kat aku okey .

Aku blah dulu nanti bau cekam, busuk oiiiiiii.

Wednesday, September 01, 2010

Short cut ke SYURGA


Tolong bagi tahu , samada aku betul atau salah.

UNTUK SHORT CUT KE SYURGA CARANYA IALAH KITA BERJUAN FISABILILLAH DAN KITA MATI SYAHID.
SEKARANG INI PELUANG SHORT CUT KE SYURGA IALAH berjuang fisabilillah DI AFGHANISTAN, IRAQ, PALESTIN DLL.

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------