LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 01, 2009

Bertemu Azazil.


Maaf, cuti raye le kan. Selama ni tak pedulikan CC bila dah mula berblogging ni, baru tau betapa penting CC. Tapi malang pasal tempat saya beraya tu tak ada CC, lap top anak bawak, desk top kat umah so kantoi la.

Masa cuti raya ni aku bergebang dengan ipar duai aku orang Melaka. Antara topiknya kisah mistik la. Bila masuk bab mistik ni mahu tak mahu terkena juga la bab agama. Ya la kan ini berkaitan dengan kepercayaan dengan benda ghaib. Jadi kalau kita perati rukun iman pun tak lepas dari benda ghaib ni. Percaya pada Allah benda ghaib, percaya pada malaikat, benda ghaib, percaya pada Rasul dah lama ghaib, percaya kepada Al Quran, unsur dan sirahnya banyak berkaitan dengan ghaib, walaupun al Quran ada depan mata. Qiamat ,ghaib, qada, qadar pun ghaib juga.

Duai aku ni ada kawan dari Sarawak yang di panggil Sheikh. Sheikh ni banyak ilmunya dan kuat beramal. Mulut tak lekang dari zikir. Setakat 10 000 tu kacang je. Aku kata kacang pase aku sendiri bayangkan 10 000 tu alamak banyak benar tu.. Sheikh tu mendakwa pernah bertemu Azazil. Dalam pertemuan itu mereka berbicara, Perbicaraan yang menarik hati aku ni:

Azazil : “Kau tahu tak kenapa aku tak sujud kepada Adam.”

Sheikh: “Kau tu bongkak, angkuh”

Azazil: : “Bukan, sebenarnya aku hanya sujud pada Allah bukan pada manusia

seperti Adam”

Sheikh: “Itulah kesilapan engkau”

Azazil: “Apa pasal pulak”

Sheikh:”Kau sujud pada Allah tapi kau engkar perintahnya yang menyuruh engkau

sujud pada Nabi Adam AS.”

Azazil:”Aku hanya semata-mata Allah SWT.”

Sheikh:” Kau ingat balik semasa para malaikat meminta doa dari engkau agar

mereka diselamatkan, engkau Cuma berdoa agar mereka semua

diselamatkan tetapi terlupa mendoakan diri engkau sendiri.”

Azazil: (terdiam dan terus berlalu)

Bayangkanlah tipu daya Azazil (Bapa syaitan) yang dulunya Ketua Malaikat

No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------

Blog Archive