LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 29, 2010

Love bite 1......selingan.......Love bite 2.


Love bite 1:
Kemarin aku pergi ke Bank di pekan aku. Berdekatan denga kedai aku tu ada lah orang kampong aku kerja sebgai jurujual kat kedai di situ. Kami saling berteguran sebagaimana lumrah. Aku nampak kat tengkoknye ada tertampal 2 palster luka.
Gatal mulut aku, lantas aku bertanya kenapa tengkok tu. Luka, katanya. Kawan sebelahnya ketawa dan katanya Bedeahnya ......, lantas budak muda itu ketawa. Budak muda tu belum lah kahwin lagi. Masa kat sekolah dulu dia adalah seorang budak kelas bawahan. Rupa dia biasa aje. Lawa tak buruk pun tak juga.
Macammana dia boleh pikat wanita untuk kasi love bite kat dia.

Selingan:
Aku heran AMNO kata PAS ialah Parti Ajaran Sesat tapi tengah ni aku tengok AMNO terhegeh-hegeh mengajak Pati Ajaran Sesat tu berpadu dibawah payung Melayu. Mushkil aku.

Love bite 2:

Kat pintu pagar sekolah aku ternampak seorang budak lelaki yang hensem, Hensem tu tak aku heran sebab aku bukan Gay. Tapi sebab dia ni asyik nengok betina, mahupun perempuaan. Aku menghampiri budak hensem tu. Kamu anak sapa , dok kat mana dan tingkatan berapa. Ringkasnya: Anak Zul (bukan nama sebenar) , Senggang (bukan nama sebenar) dan Tingkatan 3 ( yang ini benar). Aku nampak kat tengkoknya love bite. Teus aku tanya direct aje. Kamu beromen dengan sapa. Ish tak Pakcik. Ish kamu tak usah tipu Pak Cik. Denga sapa kamu beromen. Tanpa dapat berselindung lagi terus dia bagi tahu nama budak perempuan tu dan bagi tahu tingakatan 2 lagi.

Cuba la kita fikirkan!


Tuesday, July 27, 2010

Gula...... Haram bejadah.

Maaf cakap banyak: Dulu suasah benar nak dapat gula, terpaksa aku pergi banyak kedai baru cukup keperluan.

Haram bejadahnya.

Sejak harga gula naik sebanyak 25 sen, berapa kilo nak angkat , taokeh kedai tak kesah pun.

Aku nak menyumpah lagi HARAM BEJADAH PUNYA KES.

Ptuiiii. rasa ada tangan lain lebih berkuasa dari Sang Penguasa kat Mesia ni PTUIIIII, PTUIIIII.
...............................................................................................Baik aku tengok senyum Rozita ada lebih manis dari gula. ish...................................................................................

Saturday, July 24, 2010

Kuasa Allah


Dalam kita mendengar ceramah tiba tiba kita datang rasa hati nak bertanya kat penceramah atau ustaz yang mengajar kat Masjid. Kita tanya macamana malaikat maut boleh mencabut nyawa di dua tempat (New York dan Kuala Kangsar) yang jauh dalam masa satu saat. Maka atas dasar kealiman ustaz itu maka menjawablah dia bahawa itu adalah Kuasa Allah.

Baik apa kah rasa anda atau jemaah yang mendengar ceramah itu tatkala mendengar jawapan begitu. Rasanya tentulah kita takkan berpuas hati menerima jawapan begitu. Walaupun kita tahu bahawa jawapan itu adalah tersangat benarnya. Maka sekarang ini kalau di sekolah para guru menjawab begitu tentulah akan diserang denagn soalan lain yang lebih sukar untuk dijawab dan pastinya ustaz atau guru itu takkan dihormati lagi.

Memang la ada beberapa soalan yang tak mampu dijawab melainkan menggunakan jawapan Kuasa Allah. Misalnya mengapakah roh seorang manusia berada di alam roh? Kita jawab dengan Kuasa Allah, tentu tidak akan memuaskan hati manusia. Sekurang-kurangnya berilah dalil Al Quran iaitu dalam Quran ada mengatakan bahawa persoalan roh itu serahlah pada Tuhan.
Atau ada yang gatal mulut nak bertanya macammanakah rupa tuhan? Kuasa Allah kah jawapan kita, tentu sekali tidak kerana kalau yang telah belajar sifat 20 Allah tentu ada jawapan yang boleh membantu.

Kenapa jawapan Kuasa Allah itu tidak sesuai? Beginilah kalau guru bertanya kepada murid kenapa lambat masuk kelas. Maka denga yakinnya murid itu menjawab Kuasa Allah cikgu. Macamamana cikgu tu nak menerimanya. Atau si bapak bertanya kepada anak dara nya yang termengandung. Siapa jantan yang buat kamu mengandung? Maka anak tak ada dara itu menjawab dengan Kuasa Allah bapa. rasanya tentu pengsa akan bapa anak tak ada dara itu bila itu jawapan yang di beri. Tapi kalau bapa tu cerdik sikit tentu dia akan buat begini. Pang ditamparnya anak tak ada dara itu denagn sekuat hatinya. Bila ditanya oleh anak tak ada dara kepada bapanya. Kenapa bapa tampar sya, Jawab bapaknya, Kuasa Allah.

Sunday, July 18, 2010

Aktivis Flotilla: Rupa-rupanya

Rupa-rupanya ada orang kampong saya yang aktivis 10 orang yang terlibat dalam misi bantuan ke Gaza hari itu. Tapi biasa la dek kerana Aktivis lebih jelas menunjukkan PRO kepada Pakartan Rakyat maka tidaklah kita temui dia di kaca TV.
Beliau anak watan Kg Rambai Tujuh, Kuala Kangsar, Perak.nama beliau biarlah dicari sendiri oleh pengunjung. Dalam ceramah beliau di Kg Menora bertempat di halaman rumah Ustaz Salleh, beliau menegaskan PR adalah mempunyai wadah untuk menaikkan kemanusian bukan saja di Malaysia akan tetapi seantero dunia. Syabas untuk anak Muda ini.
Antara ulasan lain tentang Gaza:

Gambar aktivitis:

Video gaza:

Sunday, July 11, 2010

Perak: GEMPOR---GEMPOR

Gambar tak kena mengena dengan posting, jangan buat pasal.
Kalau rajin melihat kat cermin belakang atau sisi setengah-setengah kereta di Perak atau masa mereka merayap keluar dari Perak, maka akan ternampaklah perkataan GEMPOR___GEMPOR. Biasanya kalau ada perkataan begitu tentu ada perkataan DAULAT TUANKU (klik untuk posting tentang ini). Kat kereta siapa yang ada pelekat ini. Apa lagi selain dari dari kereta Pemuda AMNO_APCO.


Jadi apa salah deme pakai begitu. Tak le salah apa nya. Cuma aku nak berkhabar saja kat kengkawan. iaitu para pemuda AMNO_APCO merasakan bahawa mereka sekarang sudah sangat terdesak dan mereka perlu menggempor para pejuang PR khasnya.


Meh aku lihat dari kontek bahasa khasnya loghat Perak. Bila aku tengok perkataan tu jadi aku terus menilai dari sudut loghat Perak pasal yang bawak ke hulu ke hilir pelekat tu ialah orang Perak. Perkataan itu kalau di jadikan loghat Kuale make ia adalah dari perkataaan GEMPAR dan perkataan ini bila di loghat Kuale kan ia menjadi GEMPOR. Jadi persepsi aku bila membaca perkataan ini ialah akan berlaku satu kegemparan yang amat besar di Perak sebab diulang 2 kali GEMPOR____GEMPOR. Kegemparan yang akan berlaku di Perak ialah Be End akan tumbang di Perak dengan lebih besar lagi dan mengikut kiraan mereka akan menjadi 2 kali ganda undi kalah dari dulu.


Manakala kalau dilihat dari sudut bahasa Malaysia perkataaan GEMPOR itu tak mahunya GEMPOR tapi perkataan bahasa Melayu ialah GEMPUR. Jadi perkataan itu bukanlah bermkasud AMNO mahu mengempor PR, akan tetapi hanya memberitahu bahawa akan berlaku kegemparan di Perak yang 2 kali lebih hebat dari dulu.


Atau mungkin juga memang mereka berhajat menggempur PR akan tetapi para pemikirnya tersalah bahasa kerana standard penyokong AMNO merangkap sekali pemikirnya adalah lulus SPM je. Kaluau ada pun yang tinggi sikit sikit ilmunya pun sebab mata dah dibutakan dengan nafsu tamak dan haloba. Jadi mesej yang diberi oleh pelekat para pemuda AMNO itu adalah salah sama sekali takkkanlah sekadar memberitahu GEMPAR__GEMPAR. Tentulah mesej mereka ialah GEMPUR____GEMPUR.

Tuesday, July 06, 2010

Cantik, rupanya tak...







Kalau anda cantik perlu apa anda mempamerkan selain dari ape yang perlu seperti ini:











Kalau anda cantik anda tak perlu sama sekali mempamerkan terlebih seperti ini:












Kalau anda cantik rasenye cukuplah anda seperti ini, kan manis juga dipandang.

Saturday, July 03, 2010

Menjawab solan ParpuKari House.




Baca blog atas ni terus aku rasa nak muntah dan terpanggil nak jawab ke sudut tajuk dia tu.

Yang Hang Pa menyondol -nyondol tak rente- renti apa hal.

lama dah aku tengok dok sondol-sondol sampai ada yang tersondol dek launagn perpaduan Melayu (kononnya tu).

Oi tak reti ke, kami dah belajar dari sejarah lampau iaitu AMNO menggunakan isu perpaduan seolah-olah kami tak berminat bersatu la ni. Tapi dulu setelah kami bersatu dengan kau orang dengan Presiden PAS kami yang dulu dulu tu le.

Rupanya kami sekadar digunakan untuk menaikkan imej AMNO semata-mata. Bila keadaan stabil, yakni imej ko orang dah okey. Maka dengan selambanya kami rakan Melayu diterajang secara terhormat kononnya. Maka berpecahlah Melayu siapa yang buat melainkan AMNO juga.


Sekarang dengan muka tak bermaruah ( tak malu) datang terhegeh-hegeh menaja kembali lagu perpaduan, seolah-olah amat perlunya perpaduan demi bangsa. Penerajangan dahulu pun masih terasa lagi, sekarang kami tak rela diterajang buat kali keduanya. Erti perpaduan yang ditaja oleh AMNO itu memang kami menilai amat merbahaya kerana dengan pemimin dahulu yang lebih okey lagi kami kena terajang . Apatah lagi nak diharapkan dengan pemimpin AMNO yang sedia ada sekarang ini Cis bedebah AMNO..

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------