LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Saturday, October 31, 2009

Kebalkah sempadan Malaysia.?


Yang ko peduli sempadan Malaysia kebal ke tidak tu apahal. Ko dok diam diam kat rumah dan jaga anak bini ko tu elok elok. Bolehkah cakap begitu?

Mari kita tengok kenapa perlu sempadan Malaysia kebal. Supaya Malaysia tidak diceroboh oleh PENYELUDUP, PENJAJAH, PATI dan yang sewaktu dengannya.Penyeludup pulak macam macam jenisnya. Penyeludup, DADAH, WANITA, SENJATA, dan lain lain yang seakan dengannya. Dadah masuk, tu pasal ramai yang lingkup dan Pusat Serenti (yang tak renti-renti orang masuk) akan di bina lagi. Dah jadi slogan pulak Satu Keluarga Satu Mat Gian (hidup Satu Malaysia...kih kih...). Wanita diseludup, witttt, witttt......untuk apa ya., Untuk jadi babu saja ka , tanya la kat Bapak Ayam atau Ibu Ayam. Senapang, pistol, bahanapi bagus juga kan boleh main tembak-tembak kat Malaysia ni.Senang sikit nak bunuh orang, tak payah upah orang kan.

Aku teringat mercun dan bungapi, tadi kat stadium Perlis lawan Kelantan pun ada mercun dan bungapi di letupkan. Setiap kali perayaaan baik Hari Raya Aidilfitri/Aidiladha, Deepavali, Thaipusam apatah lagi Tahun Baru Cina. Setiap malam mercun berdentum dentam, banyak pulak tu, lama pulak tu. Mercun pun mudah bolos apatah lagi barang barang kat atas tu.. Manakah laluan yang begitu mudah bolos itu, adakah melalui rancangan. BOLOS oleh Zizaan tu kih kih ...

Bukankah ini bermakna sempadan Malaysia sangat mudah di telusi oleh apa saja. Andai kata Malaysia hendak di serang tentu amat banyak laluan di sempadan Malaysia yang boleh di lalui untuk menyerang sekaligus menawan Malaysia. Persoalannya selamatkah Malaysia dan mampukah kita menjaga keluarga kita bila kita dicerobohi. Sedangkan kalau bisa diingat Parang panjang adalah diharamkan di rumah kita , Masih ada kah lagi larangan itu. Parang? boleh kah melawan SENAPANG (senjatapi).

Ceramah Perdana dekat Istana Iskandariah.


Sebut Istana Iskandariah ramai tak berapa nak tau. Sebut Istana kat Bukit Chandan, ramai orang tau.

So, jemput hadir semua.

Moh kite dengo ape ceritenye.

Macam-macam cerite kite dengo.

Thursday, October 29, 2009

Memang nak bubar DUN Perak tapi..............

Tak ada tapi -tapi lagi. Sepatutnya amat jelas bahawa DUN Perak memang wajib di bubarkan. Tak ada sunat-sunat lagi dah. Mesti, confirm BUBAR. Situasi Perak ni semua orang faham memang kena bubar, kalau tak bubar lagi parah keadaannya. Yang parah tu akan bernanah. Sampai penjawat awam pun boleh mengoyakkan jubah Speaker yang benar dan semestinya benar mengikut kebenaran yang aku faham. Melainkan tak faham-faham.

Tapi persoalannya bila? Sebab kalau ikut PR dah memang akan bubar untuk serah kembali mandat kepada rakyat. Tapi Bee End ni akan bubar mengikut perhitungan deme. Pasal DUN Perak dah pegang secara salah jadi nak di buat mesti mengikut perkiraan congakan political mileage Bee End le. Jadi yang amat pasti tahun ini kot. Itu perkiraan rakyat marhaen macam aku ni.

Bubar je, kalau ikut kemenangan di Bagan Pinang macam Bee End ada kredit di situ. jadi tunggu apa lagi kalau ada lagi satu PRK nanti kot PR menang terpaksa tangguh pulak lagi. Kan naya Bee End. Tak nak naya bubar cepat, tunggu apa lagi ,takut juga ke kan dah kata rakyat kembali menyokong Bee End. kalah menang baghu semua rakyat boleh terima. Ta ada le kecoh macam sekarang ni.

Tuesday, October 27, 2009

Jambatan Gantung kat Kuala Dipang.

            Buat kukuh macam ni untu rakyat marhaen.
Issh geramnya aku mendengor komen sesetengah pehak tu.
Demi kebenaran, mudah ccerita, alu jambatan tu dibuat dengan baik dan betul serta kukuh tentu tak ada pelajar yang hilang nyawa. Alasan budak goyang la, itu nonsense. Kalau hari cuti berapa orang akan melalui jambatan itu.Lebih 30 orang. Yang tu bebudak halus ni kalo 30 dewasa macammana. maknanya jambatan itu tak dibuat dengan baik. Yang pi cerita dok dek kelain tu apa cerita.

kalo bas datang satu rombingan budak sekolah. Satu bas ada 40 orang sekali dengan cikgu-cikgu nya. kalo naik 40 orang runtuhle jambatan itu ye. Jadi kenapa dibina jambatan berkualiti rendah begitu. Baru sebulan di bina mengikut kata TV tu. Jadi cari je pemajunya. Kenapa pemaju orang kebal ke?

Itu pun tak boleh fikir ke. Benci melihat kebodohan yang disengajakan....ishh.

Kentut Zambry pun wangi.

Aku tetap mengatakan kentut pemimpin siapa pun busuk, mahu pun barisan pemimpin PR apatah lagi Bee End.
Yang aku heran dulu kan main menyampah kat Bee End sekarang ni dia punya bela macam le Bee End tu yang memeberi dia rezeki. Al maklum  saje lah dah merasa nikmat bersama pekentut-pekentut Bee End. Masuk Bee Eng dah merasa terbang ke Indonesia, Thailand dan China.

Dulu tahun 1989 dia le yang menggerakkan barisan pembangkang kampong tuuuu. Tapi sekarang dia le ulak menggerakkan barisan AMNO di kampong tuuuu. Eh macammana dulu busuk sekarang wangi ye? Agak-agaknya kerana apa ya? Bahkan masa PRU dulu tu kampong tuuuu menang dari tak pernah menang dan sekarang pun tak pernah menang, tu le sekali. Kerana gerakan mereka menang menag kampong tuuu. Tapi sekarang ni beralih pulak?

Yang lagi heran YB kat kampong tuuu yang mewakili Parlimen tak ada ape le jasa nya. Siap kata Jambatan kampong tu tak perlu, alih-alih sekarang dah siap pun jambatan tu atas sokongan Sultan.

Monday, October 26, 2009

CUEPAC lawan!


Kesian penjawat awam! Tak ade bonus hanya imbuhan khas. kesian........ Kesatuan Pekerja ialah CUEPAC, kalau tak minta agar penjawat awam di beri bonus, rasanya tak usah le jadi Kesatuan Pekerja, Baik tukar jadi Kesatuan Kerajaan. Apa cajap pihak kerajaan sokong dan suruh para penjawat awam bersyukur, Seolah-olah penjawat awam tak tahu bersyukur.
Penjawat awam masa dahulu membina Jambatan Iskandar Di Sungai Perak, Kuala Kangsar.
Oii apa barang RM500 gred DG41 ke atas. Dan lagi RM250 bagi penjawat awam yang bawah DG41. Moh kita bawa mengira kalau suruh bersyukur. Anak 5 orang, pakaian sekolah RM100 sorang habis dah. Peralatan sekolah, kasut, baju seluar, beg kalau tak ada RM 100 kali 5 orang anak. Mana nak cari. Gaji? habis bulan habis le duit, kot boleh tahan, biasanya tengah bulan dah kering dah. Habis mana nak cari.

Tu nak Raya Haji lagi, tak pe le pakai baju raya puasa dulu. Habis tak beli kuih, tak bagi ang pau. Tak jalan ke hulu ke hilir. Takkan tak hulur duit kat orang tua. Habis nak kerja lebih karang marah dek orang lain. Hai orang gomen pun niaga! Akhirnya tercungap-cungap menahan nafas sesak memanjang. Jadi wahai bapak pekerja, moh lawan, minta hak pekerja agar pekerja kerajaan dapat menikmati kehidupan lebih selesa. Kalau kaitangan swasta boleh dapat 4 bulan, 3 bulan. Habis kerajaan atahs kepada segala syarikat tu, tak boleh dapat ke?

Rakyat didahulukan, habis Penjawat Awam bukan rakyat ke?

Sunday, October 25, 2009

Punya le perangai.

Sejadah hanya contoh, yang ni pun lawa.
Ni kesah lama ni. Aku tak nak sebut tahun le, lebihkurang 12 tahun yang lalu. Anak aku menang Johan Qariah pertandingan TADIKA KEMAS daerah Kuala Kangsar.Aku masukkan kat tadika KEMAS pasal hanya ini yang ada kat tempat aku, yang lain jauh kalau tak, yak ingin aku pun. Bukan menang yang aku kesahkan. Tapi yang aku kesahkan pasal hadiah yang diberi pada anak aku. Aku rasa nak humban balik ke muka penganjur tu. Cuba bayangkan hadiah yang diberi ialah Sejadah kain yang senget yang harganya tak sampai pun RM5.00.

Takkanlah Johan daerah Kuala Kangsar cuma tahap itu hadiahnya, kalau takat Johan kat Kampong sesuai le.
Jadi mula le sangka buruk timbul kat kepala aku ni. Penganjur balun duit hadiah tu ke? Sebab penganjuran puak ni selalu diberi duit pada seseorang dan pandai-pandai le orang tu menguruskannya. Aku tahu sebab bapak aku dulu nguruskan hadiah macam tu le. Cuma bapak aku ni jujur orangnya jadi bahagian hadiah tu dia bagi solid kat jawatankuasa hadiah. Ada patut ke?

Saturday, October 24, 2009

Pengail bertuah

Kalaulah kita jadi bertuah begitu bukankah sangat beruntung begitu. Tapi bukan semua hambanya dapat peluang sebegitu. Maka saat kita masih menghuni dunia ini mari kita lalui dengan asas kebenaran. Mari kita bersama usahakan bersama akan kebenaran. Amat jelas segala kebenaran akan memadamkan yang segala yang bathil.
Jangan harapkan tuah seperti pengail ini, mari kita usahakan dan mari kita mulakan usaha kita dengan berdoa bersungguh ke hadrat Ilahi. Ya Allah kau jadikanlah kami Pejuang Kebenaran.

Klik untuk melihat Pengail bertuah itu.
http://www.pelourinho.com/movies/fishing.html

Salam permulaan.

Mari kita usahakan kebenaran bersama demi agama bangsa dan negaraku Tanah Melayu. Kalu di orang Cina ada negaranya iaitu Cina dan orang India ada negaranya iaitu India. maka di sini saya umumkan bahawa orang Melayu juga mempunyai negara tumpah darahnya iaitu Tanah Melayu.                   


                                           Cukup untuk melepaskan lebang libu hari ini.
 Gambar ini aku ambil dari puncak Gunung Bubu di Kuala Kangsar Perak. Betapa indahnya Tanah Melayu, tanah tumpahnya darahku. yang atas tu menghala ke Sungai Perak. yang tengah tu menghala ke Pekan Kuala Kangsar (di hadang oleh Gunung ) dan yang di bawah ialah pandangan menghala ke Pulau Pinang.

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------