Kerana perasaan inilah manusia akan mula bergerak samada secara positif atau negatif.
LinkWithin
Saturday, November 21, 2009
Ureka.....ureka......
Kisah asalnya tentang seorang saintis yang telanjang bulat nak kerana dah dapat idea baik punya yang ditanya oleh raja saintis tu. Tapi ini bukan kisah itu tapi laaaaaaaaaaagi baik punya. Bukan apa aku rasa lama dah tak wujud wacana begini dibumi Tanah Melayu ni.
Kalau ada macam tu hanya lakunan untuk muatan TV je.
Malam semalam aku dimaklumkan terdapat satu forumdi Ureka, Kuala Kangsar. Mula-mula aku salah informasi, ingatkan di Bilik Gerakan DUN PKR bukit Chandan, rupa rupanya kat Ureka. Jadi aku terlewat hampir sejam, kerana salah faham informasi tu. Namun begitu aku pergi juga , pertamanya aku terpesona dengan iklan anak panah Ureka berhampiaran pintu masuk Shell di jalan ke arah Jambatan Sayong Kuala Kangsar.
Sampai sahaja di sana aku melihat Ngeh dan Mustafa Kamil Ayub sedang diwawancara oleh Mat Keri dan sedang dirakam oleh krew Perak Ekspress dan terdapat rakan bloggert yang lain, tapi yang amat aku tahu itu pun pasal dia pakai jaket yang tertera di belakang jaketnya http://colourluna.blogspot.com. Kelihatan beliau sedang mencatat sambil memangku anaknya yang sedang baring di riba beliau.
Buka aku nak cerita apa yang dibincangkan itu, tapi aku sangat terkesima dengan wacana intelektual yang sedang diwar-warkan oleh golongan anak-anak muda Pakatan Rakyat selaras dengan polisi PR yang tak mahu dikenali sebagai ala Be End . Alangkah moleknya wacana ini disertai oleh rakan-rakan selain dari PR keran saya dapati ketelusannya dalam perbincangan dan soalan yang begitu meransang dari para penonton wacana itu. Bukan lah ramai sekitar 26 orang dan kemudiannya datang lagi 5 orang
No comments:
Post a Comment