LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 16, 2009

Pilihanraya kat Perak : Bubar DUN Perak.


Ketandusan projek
Aku dah dapat panggilan gerakkerja pilihan raya dari kawan-kawan aku. Makna nya tak lama lagi ada le pilihanraya kat Perak ni kot, main kot lagi tu. kalau saya memegang tanpok kuasa boleh saya cakap tanpa kot kan.Tapi pokok nyior dah berayun takkan tak luruh buah nyior. Berapa kali dah pokok nyior dah berayun, satu masa nanti luruh le buah nyiornya kan. Rasanya ini le masa yang sesuai bagi AMNO pasal masih meraikan kemenangan di Bagan Pinang. Takkan nak tunggu bagan nyior pulak, tak tentu pulak menang tu.

Kalau gerakerja dari PR sudah dimulakan maknanya soh, confirm PRK/PRU di Perak akan terlaksana tak berapa lama lagi. Tunggu tahun 2013 seksa le suku sakat AMNO yang dengarnya tengah kebuluran projek nih. Daripada kebuluran baik diteruskan mana le tahu kot boleh tawan balik Perak. Al maklum le orang AMNIO ni, mereka merasakan bahawa AMNO lah pemberi rezeki mereka. Kalau tak ada AMNO mahu mati mereka semua tu. Tu cakap mereka yang aku dengar. Rasanya korang orang pun pernah dengar cakap begitu kan.

Jadi tugas barisan PR yang komited sekarang cuba tarik satu orang 5 undi, itu kalu kat Kuala Kangsar ni aku kira dah boleh menang dah tu. Lantiki le AMNO dengan satu JK AMNO mereka 10 orang. Kerana yang 10 tu pun tak pasti, banyak musang berbulu ayam bagi AMNO le. Mula le kita memahamkan hati rakyat, kot nak mengundi siapa tu biar le kerja Allah SWT. Bagi India kita bagi faham yang mana Makhal Sakhti yang ori yang mana yang tak ori. Cina okey punya, depa dah meluat sungguh kat AMNO nih.

No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------