LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 09, 2009

Tak berani bertindak, tak pe....

Mudah saja jika tak berani bertindak jika apa yang di kesahkan sekarang ini adalah benar dalam PAS maka tunggulah kata putus oleh rakyat dalam PRU13. Takkan ketika itu kita mahu mengimbas kembali dan buat post mortem, sedangkan nasi dah jadi bubur. Tentulah AMNO masa tu akan makin menjdai bongkak dan tanah air kita akan hancur di gadai semaunya oleh ketamakan AMNO yang mengatakan bahawa politik wang itu bukan rasuah.

Bukan saya menyuruh buang orang itu buang orang ni. Tapi amat jelas, AMNO amat terdesak dengan mewar-warkan kerajaan perpaduan dan kita terikut sentimen mereka dan termakan jerat mereka. Maka jangan tidor lagi dan buat satu pengumumam jelas atau amaran jelas. Kalau perlu yang di tuduh buat kenyataan yang sangat jelas. Sekarang ini aku merasakan macam banyak sangat dolak-dalik. Seolah-olah berbohong, aku rasa la. kalau benar dah berbohong ngaku saja pada aku, jangan terus berbohong. Siakap senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong lama lama mencuri. Pantun tu dah mendalam jiwanya kat rakyat Malaysia ni.

Ikut pesan Nabi SAW, berkatalah benar walau pun pahit.

No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------