LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, November 18, 2009

Jual emas,....silap,silap


Begini, bini aku ada le lesen beli membeli emas ni dan boleh le membeli dan menjual emas. Bahkan selalu membeli surat pajak gadai. Kat tempat kita ramai orang Melayu jadi memang le ramai orang Melayu yang jual emas ni. Kalau dah nak di pajak , baim buat simpanan, tapi golonga ini berkata duit ni berhantu, kalau emas dalam hati aku berkata tak berhantu ke?

Setakat ini ada 2 kerugian bila menjual atau memajakgadai emas di kedai pajak gadai. Kalau kat bank Rakyat tu orait juga. Pertamanya bila pajak aje dah terikat dengan masa untuk tebus kembali, kalau tak tebus, bakal bye, bye le barang emas tu. Duit hilang emas hilang, duit tu pulak tak le mengikut harga emas tu, bahkan rendah, betul tak. Yang keduanya , seingat aku le rantai emak aku makin lama makin pendek, kenapa tu.

Itu kalau pergi ke pajak gadai. Ini kalau kita pergi ke kedai membeli emas. Kedai emas kat Malaysia ni ada 3 jenis yang popular,1. Pajak Gadai, 2. Kedai menjual emas dan 3. Kedai membeli emas. Yang aku nak bicarakan ini kedai membeli emas. Ini pengalaman aku semasa tolong menjualkan emas. Isteri aku jualkan emas kawan kawan dan kerana sebok, beliau mintak nolong aku. Aku bawa kekedai barang tu tapi yang menyambut ayah taukeh tu. Timbang dan terus bagi harga RM 300. tiba-tiba taukeh tu balik dan beliau kenal aku. Taukeh tu beritahu bapanya dan kiraan semula dibuat dan harga baru diberi. Nak tahu berapa RM 420. . Perbezaan 40% dan RM120 beza nilai matawangnya.

Jadi bagi yang berminat nak jual emas, hati hati kerana harga terus dan harga sebenar adalah amat berbeza. Bahkan kami dapat memberi lebih daripada RM 300 kepada pelanggan kami. Tapi mesti le ada komisyen , business…….

No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------