Bila aku bukak blog Dr Badrul Amin http://drbadrulamin.blogspot.com/ aku teringat era qiamullail. Yang aku difahamkan masa era tu ada sekumpulan ustaz bergerak mengembangkan qiamullail ke seluruh Malaysia. Era itu program qiamullail macam cendawan tumbuh dan selalu terdengar program qimullail ni. Tapi la ni macam sunyi sepi je program qiamullail ni. Entah le kot awok tak dapat maklumat.
Antara yang aku lekat dengan program qiamullail ni sebab ustaz-ustaz ni le, insyallah. Program qiamullail dengan zikir yang menyentuh hati begitu memikat jiwa aku. Sejak dari itu aku jadikan program qiamullail itu wajib dalam program aku bersama dengan grup aku. Tapi bila grup dah tak buat hal masing-masing dan masalah geografi jadi senyap balik grup qiamullail tu. Alangkah indah saat itu. Bahkan antara grup tu saling mengajak pergi tidur surau hanya kerana mahu berqiamullail. Agaknya kelompok ustaz tu kena bangunkan balik secara meluas program tu.
Bukankah Nabi Mohd SAW ada mengatakan bahawa dengan berqiamullail akan membangunkan kekuatan Islam. Bahkan segala program yang dibuat kat dunia ini, oleh musuh Islam bahkan oleh orang Islam yang sekular dan liberal, bergerak menghancurkan Islam dengan menghalang berlakunya qiamullail secara halus. Misalnya saranan tidur pun dikatakan cukup kalau 6 ke 8 jam. Sedangkan mengikut satu kajian tidur yang cukup ialah 3 jam. Logik le tu, tu pasal Nabi Mohd SAW, menganjurkan bangun malam berqiamullail di sepertiga malam yang akhir. Bahkan kajian itu juga menunjukkan bahawa oksigen pada waktu itu amat baik untuk kesihatan serta banyak lagi kelebihan lain.
Semoga ada sekelompok ulama yang bergerak membangunkan kembali qiamullail di Malaysia ni bahkan dunia, Amacam Ustaz /Ustazah?
No comments:
Post a Comment