LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Saturday, November 14, 2009

PKR.....PKR.......


Kau orang tahu apa persepsi rakyat marhaen kepada PKR masa ni. Aku mula mukaddimah ni dengan tajuk nya, label PKR masa kini ialah Parti Katak Rabun (PKR). Ini bukan aku yang cakap, ini persepsi orang ramai masa kini. Kalau marahkan persepsi rakyat kat PKR , mari kita lihat satu persatu akan sebab musabab terjadinya persepsi itu. Bukan senang orang nak melabel melainkan setelah melihat beberapa peritiwa yang berlaku.


Mula mula sekali kesah kat Silverland. dengan 3 ekor katak melompat yang terdiri dari 2 orang PKR dan 1 orang DAP. Memang la kita memahami kesah 2 orang katak (boleh la pakai penjodoh bilangan tu yak) yang melompat itu kerana perangkap yang di pasang oleh barua negara itu di makan oleh 2 orang katak tu.. Yang katak katek tu tak heran la, dah memang tak berapa cukup sifatnya, memalukan OKU je. Rupa-rupanya tak berhenti setakat itu diikuti dengan Pelabohan Klang pulak. Dah lama benar beliau ingin melompat, sudah menggeletar lututnya. Agaknya segan kat pengundi dan rakan-rakan yang telah membiayai beliau semasa penamaan calon kerana tidak membawa duit masa tu. Akhirnya melompatlah beliau atas nama parti bebas walau pun kita mengerti bunyinya macam parti AMNO jugak.


Saja langkau satu peritiwa di Penang yang juga berlaku perletakan jawatan yang beliau sahaja tahu kenapa berlakunya perlakuan itu. Jadi rentetan peristiwa itu menyebabkan orang mula menilai, bahawa ada satu yang tak kena pada PKR ni.Jadi tak boleh menyalahkan orang ramai yang bukan lah bodoh untuk menilai yang sangat jelas begitu. Yang tersirat-tersirat ni orang yang khasyaf saja yang boleh membacanya. Jadi persepsi atas bacaan yang tersurat itulah yang memainkan sentimen rakyat sekarang.


Namun begitu aku mahu bagi juga kredit kat PKR atas dasar aku yang menyokong Pakatan Rakyat. Jadi aku anggap satu saja. Proses ini ialah proses PEMBERSIHAN untuk PR amnya dan PKR khasnya. Agar segal katak-katak yang ada sila melompat semahunya, kerana rakyat akan mnghukum pada PRU13 nanti. Semoga pembersihan ini akan memungkinkan kejayaan yang lebih cemerlang kerana para calon yang akan dipilih masa akan datang tentu dapat dipilih dengan baik dan tidak tangkap muat macam katak-katak yang lepas dan kot yang mungkin ada lagi. Pada saya biar mereka di buang sekarang, kerana nanti jika semasa PR memerintah Malaysia selepas PRU13 nanti Insyallah kita mengharapkan tidak ada lagi muka-muka seperti kerajaan Be End sekarang.

No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------