LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sunday, November 08, 2009

Ada seorang pegawai kerajaan......



Aku mendengar salah satu perbincangan pegawai kerajaan tu merangkap Ketua Pemuda AMNO cawangan dengan AJK dia orang, dalam kata lain aku pasang telinga le:

"Bang J macammana nak cari duit pasal nak buat program sukan pemuda kita ni" AJK nya
bertanya sambil tersengih.

"Ala, kita minta je kat pejabat AMNO" bang J berkata dengan penuh yakin.

"Ada ke pejabat AMNO tu duit bang, pasal teman tengok duit AMNO cawangan pun kita ciput
je" tanya AJK nya lagi dengan sedikit keraguan.

"AMNO tu kan kerajaan, banyak le deme duit" lagi kata bang J dengan penuh yakin.

"Ate boleh lah kita mohon kan bang" tanyalagi AJK nya untuk meyakinkan dirinya.

"Kamu tahu , kalau PAS memerintah mana ada deme duit nak memerintah Mesia ni" kata bang
J dengan pebuh keyakinan.

Mendengar kata-kata beliau tadi tergelak dalam hati aku, ada lagi ketua pemuda AMNO yang faham macam tu, padan la deme tak mahu ubah-ubah. Kalau dah pemuda nya begitu yang tetua apa tah lagi. Oh Mesia ku!

1 comment:

  1. Duit tu duit rakyat woih! atenye kome (pegawai kerajaan) duk peghabih, rakyat kene peghah lagi.

    pastu peghabih lagi, peghah lagi, peghabih lagi, peghah lagi, peghah lagi, peghah lagi, peghah lagi.

    nanti kome duk bayar income-tax, baghu lah tau ghasenye...

    ReplyDelete

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------