LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sunday, January 24, 2010

Otai-otai AMNO


Majoriti otai AMNO adalah pejuang fulus. Kalau mereka bukan pejuang fulus amat pasti mereka adalah dibodohkan oleh pemimpin AMNO atau sememangnya mereka sangat bodoh. Jadi kategori mana anda. Biar panas sikit, kata dek bijak pandai bila panas darah berjalan laju , maka bekalan oksigen ke otak power le sikit, baru otak tu power.

Setakat perjuangan Melayu (klik) bolehkah perjuangan itu menjayakan kejayaaan bangsa Melayu, makin layu aku rasa adanya. Cuba kita berjalan serata Mesia ni adakah nampak bahawa Melayu adalah satu bangsa yang amat hebat akibat daripada pemerintahan AMNO selama ini. Setelah 60 tahun lebih AMNO ditubuhkan (sebenarnya dah mati pada 1988), rasanya segala bentuk kemelayuan adalah amat hebat seantero dunia. Persoalannya ya kah?

Kita lihat Bahasa Melayu adakah semua kedai memaparkan bahasa Melayu sewajarnya?

Adakah semua orang amat bangga bertutur bahasa Melayu? (Kan ada pejuang Melayu....)

Sepatutnya dengan peluang yang diberi lebih 50 tahun selepas merdeka dan lebih 60 tahun setelah ditubuhkan tentu ada sesuatu yang amat dibanggakan dalam menilai prestasi orang Melayu. cuba paparkan jika ada. Jika masa yang diberi begitu lama tidak boleh dimanafaatkan dengan baik apa harapan kita untuk masa depan kita. Dengan sikap AMNO yang tidak boleh melihat apa itu rasuah dan apa itu politik wang. Soal yang sangat mudah pun sudah terpesong apa yang kita boleh harapkan kepada soal-soal yang lebih hebat. Yakni dalam pembinaan jati diri bangsa. Adakah rasanya kita terpacu kepada satu pembentukan bangsa yang mengarah kepada satu bangsa yang hebat dan perkasa serta dihormati.

Kalau pejuang Melayu kononnya AMNO itu pun tak boleh nak memperbangunkan hala tuju Melayu yang bisa menjadi bangsa yang agung. Apakah harapan kita untuk mereka (dibaca gerombiolan AMNO) untuk memperjuangkan dan membangunkan Islam sebagai landasan hidup kita. Adakah orang seperti Rosemah boleh dijadikan model Islam atau bini Pak Raden atau bini Pak Raes Yatem. Itu kalo kita intai bininya bagaimana pula kita lihat dalam pelaksanaan solat, mampukah mereka mengimamkan solat. Kalau anda ahli AMNO kutai mati mahukah anda diimamkan oleh Si Bijan. Aatau kalau semangat Melayu anda sangat meluap tinggi, maka bila anda mati nanti jangan pakai kopiah tapi pakailah songkok anda. Itu mati lain, anda jawab. Habis hidup jadi Melayu mati tak mahu jadi Melayu kan anda pejuang Melayu sesungguhnya. O hidup Melyu, mati jadi Islam le pulak, gitu!

Ada yang sanggup menghina takbir dengan takebeer. Seolah-olah orang yang menyebut takbir itu hina sebegitu. Tetapi anda rasa anda mulia dengan menyebut Hidup Me layu.

Cukuplah kita bicara mungkin diizinkan Allah kita bicara lagi .....

No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------

Blog Archive