LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sunday, October 31, 2010

Democracy AMNO

Salah satu budaya baru yang asing bagi AMNO.
Lawan democrazy AMNO ialah demokrasi politik baru budaya baru (baca rupa ini kalau tidak AMNO akan putarbelitkan) oleh PKR. Selama ni memang kita dilagangkan dengan satu lelucon politik oleh AMNO dikalangan ahlinya sebagai demokrasi ala AMNO atau yang sebetulnya ialah democrazy. Bahkan ada yang menyebut demo tak kasi. Apa yang berlaku pada AMNO ini adalah berintipatikan dari democarzy yang mereka lakukan. Mudah sahaja nak mengenalpastinya. Rasuah dikatakan politik wang, itu memang jelas sekali memang crazy. Lagi: Yang terlibat dengan politik wang (rasuah) masih berlegar di persada maya AMNO bahkan pak polisi masih senyum melihat meraka tanpa curiga. Ishhhhh.

Sedangkan PR dalam proses mengamalkan politik baru , budaya baru (BBPB). Maka sebutan asasnya pun baru tentu lah belum menemui kematangannya. Kerana selama ini para ahli PKR pun adalah dari ranting AMNO juga maka timbul kegelisahan dengan budaya baru politik baru. PR memamng le gelisah, tapi sebenarnya para gerombiolan AMNO lagi gelisah kerana takut para perwakilan akan meniru budaya baru politik baru PR ini dlam melaksanakan pemilihan pemimpin parti masa depan yang bakal merosakkan budaya bobrok mereka selama ini.

Dalam proses BBPB ini memang jelas masih terdapat amalan dari sisa-sisa amalan AMNO dalam pemilihan PKR. Tidak perlu kita malu nak menafikannya. Budaya ini sangat asing bagi bekas ahli AMNO yang selama ini bergelumang dengan democrazy mereka. Masih terdapat kepincangan yang perlu di beri perhatian dalam membentuk BBPB ini agar dia tidak mendarah daging dalam diri ahli PKR dan PR umumnya.

Yang penting para penyokong PKR khasnya dan PR umumnya akan menolak budaya dari Democrazy AMNO ini . Bahkan jika ada penyokong yang berbuat seperti AMNO maka wajib kita menolaknya bersama. Biarkan dia menggayakan apa yang AMNO lakukan selama ini, tapi yang sangat penting kita tolak budaya lapok ini. Budaya lama AMNO lah yang menjadi barah yang merosakkan AMNO yang bergerak menuju kehancuran ini. Ini memang sangat pasti kerana biar bagaimana dipertahankan oleh ahli AMNO akan AMNO dengan segala kekuatan, yang pasti AMNO akan hancur musnah samada pembaikan dibuat dari sekarang.

Kenapa pulak AMNO akan hancur, kerana jelas itu dipanggil resam dunia. Dunia umpama bola. Sekali kita di atas dan sekali kita di bawah. Jadi Amno sekarang yang pasti sedang bergerak ke bawah dan sedang diambil alih oleh BUDAYA BARU, POLITIK BARU.

No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------