LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 15, 2010

Aku rasa la.......

Mukaddimah ni biasa la bagi aku. Agak-agaknya faham tak orang AMNO apa yang aku cuba posting kan ni. Sebab dah jenoh dah orang bagi maklumat baik punya. Tapi serupa itu juga mereka (Di baca AMNO).

Walaupun AMNO sukar nak faham aku balun kan juga di sini , mana le tau kot Allah izinkan kot mereka akan faham. Kerja nak faham ni bukan kerja kita tapi kerja Allah kita cuma usaha bagi tau sebaik dan semampu boleh. Kan gitu.

Gini la. Masih ramai orang yang kena gantung kerana mengedar dadah, walau pun semua orang tahu bahawa mengedar dadah melebihi had ( ada had la pulak) akan digantung mandatori. Namun begitu (mulanya nak N3: akan tetapi) macam tak ada sudahnya hukuman gantung mandatori ni pada pesalah dadah di Malaysia. Persoalannya kenapa ini berlaku di Malaysia. Sedangkan hukuman yang paling berat ialah mati siap gantung lagi. Logik manusia tentu kata , hai takut la nak edar dadah, nanti kena gantung sampai mati. Tapi seolah-olah para pengedar merasakan apah tak hajab ( tak peduli) pada hukuman yang dikira berat itu.

Jadi aku rasa dalam persoalan manusia ini bukan akal manusia yang boleh digunakan untuk mencegah atau memandai menentukan apa hukuman yang wajar dikenakan atas sesuatu kesalahan. Hukuman untuk manusia sepatutnya diberikan kepada pembuat manusia itu sendiri yakni Allah SWT. Hanya Alah yang mengenal siapakah makhluk ciptaannya itu. Itu logiknya kan. Maka sepatutnya kita akan mengikut apa cadangan (manual ) dari Allah tentang apa hukuman yang sepatutnya diberikan jika melakukan sesuatu.

Tentang mengedar dadah dadah maaf saya akui tidak tahu apa yang sepatutnya hukuman yang sewajarnya dalam Islam ( akan tetapi ini boleh dirujuk pada para ulama yang berpandukan Al Quran :manual manusia). Yang ni aku tau: kalau berzina maka kena sebat dengan rotan 100 x kalau belum kahwin, kalau kahwin dah, kena rejam sampai mati. Bila Allah kenal apa yang diciptanya maka sewajarnya hukuman ini adalah amat tepat dan wajar dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah ini. Bukan dengan mencipta pengubatannya (konon) iaitu menyediakan Sekolah Budak Hamil kah , kondom edarkan kah dan yang sewaktu dengannya iaitu tidak berpandukan Al Quran dan Sunnah. Jelas sekali bila undang-undang itu di amalkan sudah pasti ia akan membantu mencegah masalah itu.

Ia kah mencegah? Misalnya di Mekah kedai ditinggalkan tanpa tutup atau kunci, adakah sesiapa yang berani ambil barang barang jualan walaupun sipekedai meninggalkan untuk bersolat. Tidak sesiap yang berani kerana si pencuri akan dipotong tangannya. Kenapa ini berlaku kerana Al Quran diikuti sebagai panduan.

Jadi kenapa AMNO masih tidak mahu hukum Islam dilaksanakan di Mesia, aku rasa la dikalangan mereka terlampau ramai pencuri, penzina, peminum arak. Amacam betui tak AMNO

2 comments:

  1. Eh dan lagi mike bubuh sebijik kat AMNO yek, dalam perenggan akhir nuh? Bese dia. Hehehe.

    Ye le bukan oghang AMNO jejahat semue, rope jugak le bukan semue oghang PAS baik. Ade jugak yang selewennye. Yang hakap & jobe ghete bende pun ade.

    Balik kepade niat kite nak peringatkan deme aje supaye sedor & insap. Same same le kite emebina negare & iman kite yek? Kan ke elok rope tu?

    ReplyDelete
  2. Blog ni memang kene kat AMNO je. Sebab kat Mesia ni AMNO le punca masalah besar nya.

    ReplyDelete

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------