LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Monday, December 28, 2009

Terimalah takdir AMNO.


Takdir yang pertama:

Dalam PRU12, 5 +1 negeri terlepas dek kerana AMNO tak menerima takdir maka dirampas kembali Perak dengan segala kerabat katak-kataknya. Selangor nak diharubirunya dengan macam-macam kesah. Itu belum kacau Penang, Kedah Kelantan. Wilayah tu nasib je bukan negeri pada dasarnya. Kalau AMNO terima takdir ( kalau aku cakap MCA dan MIC ada ke istilah takdir mengiku pengertian kita) tentu Melayusia aman sentosa tak ada kacau bilau. tapi sebab campurtangan AMNO, haru biru rakyat di buatnya.


Takdir yang kedua:

Rakyat dah buka mata terhadap segala apa yang gerombiolan (ejaan disahkan betul) AMNO lakukan selama ini. yang mana para gerombiolan telah menghancurkan agama, bangsa dan negara (dengan pakej kehilangannya). Rakyat yang tak celik , yang masih AMNO suap mulutnya dan media terhad kepada Utusan Meloya, Berita Hairan, Sasau, TV3Suku, RTeM dan yang sekandang dengannya sahaja yang masih buta. Sedarilah hakikat ini. Kata nak Islam tapi pelaksanaan Islam macam orang nanar punya kerja je.


Takdir yang ketiga:

Ingat takdir ini: Roda tu bulat tak selamanya ko diatas biarlah kami beri lagi 2, 3 tahun lagi. Tak selamanya ko akan menongkat dunia ni. Sedangkan Islam agama yang kita yakini betul pun ada pasang surutnya. mahu tak mahu Islam akan kembali berkuasa di bumi Allah ini. Masa PRU12 pun ramai yang terkejut, apatah lagi yang telah diramalkan oleh Rasllullah SAW. Ramalan beliau Islam akan bangkit kembali mendominasi bumi Allah ini. kalau engkau AMNO tolak Islam yang syumul, siap engkau juga akan tertolak. Israel dan Amerika pun tak boleh nak tahan akan kebangkitan itu nanti.


Takdir yang keempat:

Ini yang paling AMNO patut ingat sampai bebila (pinjam kaedah blog Ngonyen...Nyongen). Bahawa sanya pada PRU13 nanti buat lah apa saja, PR pasti akan memerintah Malaysia dan AMNO bakal hancur dibawah pimpinnan Bijan (Hipotesis RAHMAN). Semua negeri di Malaysia akan berubah kepada PR. Kalau engkau mahu pun engklau wahai AMNO ambillah Sabah dan Sarawak kerana berilah peluang para kontraktor ko makan kat sana, kat negeri lain dah tak boleh. Kau kautlah segala kekayaan di tempat sana, sampailah ketika PRU14 mereka pun sedar akan tembelang tembolok engkau wahai AMNO. Ko ingat balik apa yang ko lakukan dengan persempadanan semula yang ko lakukan yanga pada PRU12 jadi senjata makan diri. Jadi ko buatlah apa sahaja, insyallah kemenangan untuk kami, TAKBIR!


Takdir yang kelima:

Ini aku bagi can kat para pengunjung pulak menyatakannya. Semunya datang dari Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------

Blog Archive