LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Saturday, December 19, 2009

Puss semangat.

Maaf le yang melawat. Itu le kerja nya minta maaf, minta maaf. Aku out station danbusy sikit. Aku rush juga balik ni pasal nak cuba kejar menikmati acara santai Tembang Kuale di UREKA.
Alhamdulillah lagi 2 jam akan bersantai dengan Tembang Kuale.

Kita lupakan kejap lebanglibu politik, moh kita bersantai dengan realiti hati nurani masyarakat yang memerlukan satu perubahan yang besar mahupun yang kecil. Selalunya masyarakat di dendangkan ndengan sesuatu yang gah-gah, perdana, grand. Tapi lupa bahawa ada dalam diri seseorang yang ramai mahukan yang biasa-biasa je. Jadi Tembang Kuale saya rasa satu wadah untuk masyarakat yang amat menarik untuk tidak berlebih-lebih tetapi amat menghiburkan dalam suasana yang santai.
Cadang nak cakap santai, tapi tiba mengulas kehidupan ni, payah kita nak mengulas secara santai, kerana ia satu ibadah juga yang akan dipersoalkan nanti. Macam nak menulis ini ada yang mengharapkan kita menulis mengikut cita rasa dan law penulisan. Tapi inilah kelebihan media blogger yang tak memerlukan satu wacana yang khas untuk dipaparkan. Apa saja yang terfikir oleh tuan punya blog, itu dia punya hal le. Kalau suka orang akan lawat lagi, kalau tak suka orang akan bye-bye. Manakala ranking blog akan sentiasa bergerak turun naik.

Macam kenduri kawin kat Melayusia ni di kalangan orang Islam ni aku makin takut. Sebab aku punya 4 orang anak lelaki yang akan meminang anak dara (harap dara le), tapi belanjanya sekarang koman-koman RM8000 itu hantaran buat pengantin perempuan (tempat aku dipanggil belanja hangus). Macammana pulak belanja rumah sang teruna sendiri (harap-harap teruna le) tentu lebihkurang tu juga kan. Aku nampak masyarakat Melayusia dah makin berlebih-lebih. Khemah pengantinnya kalau tak ada langsir berwarna-warni tak sah. Kalau dahulu cukup bawak telur sebiji pulang (kalau orang lelaki termasuk milik dia le). Tapi sekarang
ni kalau tak penuh beg kertas mini tu tak sah. Kan berlebih tu.

Ada pula jawapannya, mereka mampu! Pada saya belanja akan makin rendah kalau semua acara berlebih itu diketepikan. Belum lagi perlu hulur lauk pauk kat para tetamu.kalau lagi kaya orang tu pulak , kalau meminang lagi nak sedia tinggi hantarannya. Patut dah kaya lagi nak amalkan sunah yang mengatakan bahawa:

Perempuan yang berkat itu murah mas kahwinnya
cepat kahwinnya dan
banyak anaknya.

Check ada ka itu semua, kalau tak ada tak berkat kot, jangan marah ada faktor lain lagi kan.

Tadi aku merasa menu yang ganjil, daging masak kari dengan umbut pisang. kalau umbut lain aku dah cuba le , tadi mencuba pulak umbut pisang.


No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------

Blog Archive