LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Saturday, December 19, 2009

Sekolah Budaya Rakyat

Tadi saudara Pyan Habib telah merasmikan Sekolah Budaya Rakyat di dalam bangunan UREKA semasa Tembang Kuale tadi. Tidaklah rugi aku rush balik dari kenduri nun jauh di utara kerana dapat bersantai bersama Tronoh Teater Shop, Space Gambus Experiment Raduan NOrdin, Meor Yusuf Aziddin dan perasmi utama Pyan Habib.

Begitu santai dan aku bawa bersama 2 orang anak aku untuk bersantai di Tembang Kuale, biar merekA mengenali satu lagi jenis hiburan yang tidask keterlaluan dan ada isi. Bermula persembahan pada pukul 9 dengan pukulan gendang entah apa nama (tak pakar ada 4 jenis gendang tadi) dan diikuti dengan nyanyian bergitar oleh Nik dan Mior. Selepas itu persembahan dari Tronoh Teater Shop diikuti balik denga nyanyian solo dengan lagu lembut dari Mior. Diikuti Kamal Sabran dengan persembahan Space Gambus Experiment. Juga dengan seorang lagi penyanyi bergitar (maaf saya tak berapa dengar tadi). Akhirnya saudar PyanHabib merasmikan Sekolah Budaya Rakyat(SBR) dengan gaya yang amat santai dan menarik perhatian kedua anak saya.

Syabas Perak Ekspress keran berjaya mengembangkan lagi sayap UREKA kepada SBR. Semoga usaha ini akan memaksimumkan keuapayaan PR dalam melonjakkan orang muda dalam PR.
Cuma pandangan peribadi saya dari dahulu dah ni. Iaitu hati saya pasti akan berkata-kata bila melihat pemuda Melayu dengan gitarnya.. Seolah-olah orang muda Melayu mesti dengan gitarnya. Jika kita lihat kalau sebelah malam ditepi jalan kalau ada anak muda berlonggok mestilah gitar ada di situ. Kita lihat pula kalau pergi berkelah pastilah gitar yang diusung ke tempat berkelah tu. Ini di SBR pun saya masih melihat 3 buah gitar. Bukan saya anti dengan gitar tapi berapa banyak punya gitar da. Teringin saya melihat alatg muzik lain yang di dendangkan oleh anak muda Melayu. Misalnya biola, gambus, saksafon dan yang sewaktu dengannya mekainkan gitar.

Okey itu saja malam ni chow...

No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------

Blog Archive