LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 08, 2009

Karaoke.......Kiraoke,,,,,,,,,,,


Karaoke ni aku rasa program sunat muakad dalam program AMNO. Kalau program AMNO takade karaoke kira tara oke le kan. Alasan untuk menarik golongan muda. Tapi yang aku pakat gelak dan ketawa terguling guling (saja melebih cerita je), pasal yang menyanyi lagu karaoke hampir semuanya yang bukan muda dah. Yang uban berterabur pun kiraoke juga( Aku lain le memang uban sejak muda lagi).


Kalau kat kampong yang ada set karaoke amat pasti tentu orang AMNO. Itu belum kira penganjuran program-program AMNO. Bahkan kat tempat aku, kampong tu bukan kat pekan, pun ada satu pusat karaoke apa. Siapa penganjurnya, tak lain tak bukan ialah ahli AMNOOOOOOOOO........ Boleh siap cakap lagi apa salahnya orang muda. rasa-rasanya ada ke penyanyi karaoke akan menyanyi Nasyiddddd. kalau ada aku tabik kat depa ni.


Seingat saya le penganjuran karaoke ni kelansongan dari kugiran tahun 60 an dahulu. Aku teringat masa kecik dulu selalu le aku main kugiran malamnya selepas uoacara perkahwinan siangnya. Kemudian upacara itu beransur hilang pada era 80 an hinggalah ke era 90 an. dan era lewat 90 an kugiran main balik selepas kenduri kahwin. kalau dulu tuan rumah yang sponsor tapi la ni geng AMNO yang collect duit, bagi "menghidupkan" malam.


Aku pernah pergi beberapa kenduri yang DJ nya atau karaokenya berunsurkan Islam. Yang aku jeles, pasal setakat ini aku tengok semuanya kat Selangor. Mungkin sebab line aku kat situ. Rasanya tempat lain ada kot.


Amacam ada betul ka aku cakap. Tempat kau orang pulak macammana?

No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------

Blog Archive