LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 23, 2009

Berkuburlah semangat Jihad

Berkatalah seorang Pak Menteri dan kuncu-kuncunya bahawa sanya jihad utama ialah jihad ekonomi sahaja, sekarang tak perlu jihad yang lain-lain.
Uwekk, loya le pulak. Kalau jihad ekonomi tu menaiktarafkan ekonomi Islam tak apa le juga. tapi jihad ekonominya pergi menaikkan ekonomi kapitalis. Jihad apa jadahnya tu. Tu yang aku rasa bertuah sangat orang Palestin, Iraq, Afghanistan dan yang lain-lain. Maka berkatalah mereka bahawa itu Jihad perang sahaja. mana ada Jihad ekonominya, mana ada Jihad ilmunya dan jihad-jihad yang lain.

Rasa-rasanya kalau nak pi Jihad perang ni, tak perlu ilmu ke, nak pi jihad perang ni tak perlu ekonomi ke untuk memantapkan peralatan peperangan dan meneruskan perjuangan. Takkan nak pi Perang Jihad Fisabilillah terus mendadak je pergi. Takkan jihad iman tak ada di dalam dada. Jelas bila kita pergi berjuang fisabilillah segala jihad yang ada dalam Islam perlu dilaksanakan agar Jihad perang itu dapat dilaksanakan. Itu yang berlaku kat Lubnan yang dipelopori oleh pemimpin Hisbullah iaiitu Sheikh Hassan Nasrallah yang berjaya mengalahkan Israel dalam perang Israel dengan Lubnan baru-baru ini.

Dikatakan bahawa Hisbullah akan membayar ganti rugi bagi rumah sesiapa sahaja yang dibedil oleh Israel. Nak ganti dengan apa melainkan selama ini mereka mengamalkan jihad ekonomi. Kemudian kalau serangan ke atas wilayah Israel dengarnya, peluru berpandu yang dilancar oleh pihak Hisbullah punya le taktikal dan banyak hingga tak mampu pihak Israel menangkisnya. Agaknya guna jihad ape tu jihad ekonomi sajakah?. Seorang Doktor dari malaysia membuat lawatan ke Lubnan selepas peperangan itu selesai kerana Israel minta perdamaian. Beliau mendapati bahawa sepanjang perjalanan beliau lihat banyak, saya ulang banyak kenderaan perang Israel ranap seperti kereta kebal, jeep, kapal terbang, jet, helikopter dan lain lain. Agaknya serangan yang begitu hanya guna jihad ekonomi kapitalis sahajakah? Tentu jihad akidah mereka tu sangat mendalam dan bergerak secara teratur.

Tapi yang menariknya kat Melayusia ni, didalam buku pendidikan Islam tajuk Jihad pun telah dibuang dari buku baru sukatan. Ini mengikut cerita dari rakan aku yang juga seorang ustaz di sebeuah sekolah menengah dan disahkan oleh rakan-rakan ustaz yang lain. Melayusia yang takut nak melancarkan jihad. Patutnya buat, supaya musuh Islam akan gentar. Kalau setakat jihad yang dilaksanakan oleh Melayusia , pakat gelak dek musuh Islam je le. Musuh Islam, tak musuh apahal aku nak musuh pulak, jadi jangan jadi musush Islam, macam gerombiolan (disahkan lagi ejaan ini adalah benar) AMNO.


3 comments:

  1. deme tu tau mende Aa, asei bangun tido je pikior duit (ekonomi), siang malam pagi petang, duit, pojek, kroje, ekonomi semue pasei dunia aje...Kt deme baik, byk bagi sedekah, solat jage, perangei baik, cakap pun elok, tak pe le juge. Ramei teman nengok baik sikit daripade malaun antu raye je. Same deme 1 puak pon begadoh bertumbuk, busuk ati, jatuh menjatuh antare lain, mane kite nak harap paham agame. Mane deme nak tau & paham jihad yg mane lebih elok..Konon, "jihad ekonomi"..tapi ye juge jihad ekonomi pun ade mase ok ler dibuat, tapi teman nampok semue raup, kaut dek deme sesame deme saje (kroni, nepo)..ape ke criter? Yg miskin ade byk lagi...bantuan baitul mal JKM pun lembap, terhegeh-hegeh, tunggu masuk tv3 "Bersamamu" atau dah kecoh masuk mana-2 s/khabo, baru le nampok muke deme puak sane nun.
    Kalo perang kat mess-ia ler, tak usoh kite labun le...takdenye deme ade semangat 'jihad perang' nak lawan musuh agame & negare. Sembang bedegor-dego boleh deme tu. Harus deme le dulu lari ke luo negere..duit deme kan ker byk, senang le pegi luo negare.. haram, tak gune seposen pun.

    Hehe..sesekali marah dlm bhs perak ni syok juge...hehe

    ReplyDelete
  2. Balun le kamu Hanz Azdi. Balun jangan tak balun

    ReplyDelete
  3. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya: Apakah amalan yang paling utama? Baginda bersabda: Beriman kepada Allah. Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah iaitu berjuang pada jalan Allah dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima
    Ana dah link kan blog ini. Mohon link kan blog ana ke blog enta . Syukran

    ReplyDelete

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------

Blog Archive