LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Friday, December 25, 2009

Kerajaan hilang.

Aya ! apa mikin kerajaan pun moleh ilang. Hidup susah, mati pun susah. Alias Congo pun tentu heran walaupun dia kat dalam filem Madu 3. Bayangkan bab cerita hilang memanjang tahun ada. Senang benar le pulak hilangnya. Tuya hilang, jet hilang, perdana hilang. Itu yang kita tahu, bagaimana pulak yang kita tak tahu. Sebab mengikut kajian dalam 5 yang hilang hanya 1 yang diketahui hilang manakala 4 yang lain tu tak di sedari hilangnya.

Itu kajian bagi manusia yang normal, maksud saya kajian b agi manusia yang normal. bagaimana pula hilang bagi manusia yang tak berapa normal dan manusia yang gila, ish ngeri aku ngenangkannya. kalau hilang dari segi kategori gerombiolan aku rasa nisbah kehilangan itu adalah bukan 1:5 tetapi beri le kecik je 1:10. Besar ke tu okey aku turun 1: 8. kalau besar juga ko buat le nisbah sendiri. Aku bukan reti nisbah bab gerombiolan ni. Aku agak je.

Tuya hilang dah tau kena C4, Bala hilang dah timbul balik tapi lain sikit bunyinya, jet hilang ingatkan satu rupanya 2, tapi kalau baca blogger (Aku lupa dah le) mengikut bekas pegawai tenteranya yang hilang bukan itu sahaja bahkan lebih. ish, ish cuba bayangkan. Perdana V6 kata ganu dan jengakaut pun siapa le pulak yang mengautnya. Wuit, kalau dara yang hilang macammana pulak? Lagi le banyakkan, sebab aku hanya berjaya menghilangkan satu je dara itu pun sebab dia dah jadi bini aku. satu bala lagi ni.

Moh kita tunggu dan lihat apa lagi yang hilang. Mari kita lihat siapa yang kena.(Ibrahim Pendek pun tengah memikirkan dalam Ali Baba dana 40 orang penyaamun). Siapalah pulak yang bakal hilang apa saja benda kat Melayusia ni. Tapi yng aku amat pasti sebab hidup ini bagai roda AMNO akan menamatkan pemerintahannya di Melayusia ini kerana mengikut Hipotesis RAHMAN, N yang akhir itun ialah Najib. maka selepas Najib akan berkuburlah pemerintahan AMNO di Melayusia. selepas itu akan adalah satu parti pemerintah yang baru yang mendapat mandat baru rakyat. Di antara PAS, PKR saja yang akan diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong(YDP). Entah le kalau Karpal Singh atau Lim Kit Siang masuk Islam harus YDA terima kot.

Sebelum kerajaan Malaysia hilang sepenuhnya, marilah kita megubah arah ke kerajaan PR yang nampak makin berwibawa untuk memacu negara kearah negara yang aman dan makmur. Bukan seperti slogan kerajaan yang ada, tak aman dan tak makmur (makmur vkat dia ada la).


No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------

Blog Archive