Kekadang getik aku dengan semangat Melayu, pasal semangat yang tak ada hujung pangkal. Yang menguatkan semangat Melayu di Melayusia ni, mahu tak mahu aku ialah Roh Islamnya. kalau tak ada Roh Islamnya, aku rasa hancur lama dah Melayu ni. Tengok le Arab dan kalau rajin menengok rancangan Astro 111, rasanya macam bukan tengok Arab. baik aku tengok rancangan barat , memang dah serupa Arab. Aku menonton Astro 111 pasal nak tengok Arab, tapi kalau serupa barat, apa barang.
Hidup Melayu, aku rasa aku masih hidup dulu kini dan selamanya. Aku teringat kesah penyanyi Melayu Herman Tino yang popular dengan pelikat yang diselempangkan di bahunya semasa menyanyi, Herman Tino menceritakan bahawa kumpulan beliau menyanyi lagu barat di sebuah hotel. Seorang pelancong yang mabuk bangun dan membaling apa saya lupa dan berkata, Kalau saya nak dengar lagu barat baik saya pergi konsert kumpulan barat. Kami datang ke sini kerana nak tahu danhendak mendengar lagu kamu. Sejak itu penyanyi Herman Tino berubah dan memperkenalkan dirinya dengan kain pelekat.
Kalau rasanya melihat penyanyi Melayusia sekarang terutama pakaian mereka, baik mereka melihat penyanyi barat lagi seksi seperti dalam Astro 704. Pada aku kalau aku mengaku murtad Melayu takkan membawa maknaa apaa-apa kerana aku tetap tahu darah Melayu mengalir seluruh tubuh aku. Kalau nak harap yang lain semua serupa dengan yang lain. Pakaian kerja mesti bertali leher, seluar pentelon, baju kemeja. kalau pakai lain kene surat tunjuk sebab. Kemelayuan aku takkan hilang selagi darah yang mengalir ke tubuh aku ialah darah Melayu. Akan tetapi kalau aku mengatakan aku murtad agama Islam. Sah aku memang bukan lagi Muslim dan aku terke;uar dari agama aku.
Jadi mana lebih berat, murtad melayu kah atau murtad agama Islam kah?
Terima kasih atas kunjungan anda
ReplyDeletemurtad Islam ni bahaye...di kalangan orang fakir miskin tentu sbb deme takde cukup makan pakai + byk utang pulak...kesian.
ReplyDeletedi kalangan kaya raye, lagi haram jadah, deme boleh jadi cam free-thinkers, atheists yg terlalu liberal dlm hal sensitif, penting Islam...jgn cerita le deme tu baik ker idak, ikhlas ke idak, tu Allah aje leh tentukan. Bese deme memang nampak baik sbb nak sokongan, pengaruh & kuasa...tapi sapa rapat dgn deme nu tau ler camner perangai dia, Islam dia. Deme tau main wayang aje. Hebat pulak lakonan dia, begitu real, ada yg tak kekok langsung berlakon baik...hehe