LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 17, 2009

Aku tak hamil apa pasal loya ni!


Aku rasa sebenarnya politk ni sentiasa membara ibarat api dalam sekam aje atau ibarat gunung berapi yang aktif. Rakyat sedang amat muak amat sampai muntah-monggek menengok kesah politik negara. Apa yang aku taip ni sebab itu yang aku rasa. Rasa mual segala isi perut bila menyebut politik negara Melayusia.


Kalau dilihat situasi negar tengah ini pun segala lebanglibu dan refleks dari lebabglibu itu itu menunjukkan akan kadar keloyaan yang berlaku. Kalau baca blog House PK, Panglima Perang Cyber, Pisau, Taiping Mali dan rerakan dari Bee End semua menunujukkan ciri-ciri itu. Yang dia orang muntah bukan saja melihat PR bahkan Bee End. Manakala para bloggers PR pun nampaknya begitu melihat dengan rasa lebanglibu dengan apa yang berlaku dalam PR apatah lagi melihat kepimpinan negar yang haru-biru.


Sampai Bung Mokter pun macam ada skandal dengan Ziziee ye ke? Itu semua ciri-ciri keloyaan dengan apa yang dipaparkan oleh para pendukung politik. Kalau betul kisah 5 bersaudara MP PAS yang minat kat UG muak betul juge orang PAS, belum kesah ArifAhmi menantu dan yang sewaktu dengannya. PKR yang paling ramai katak yang diketuai oleh Brahim Aley(Raja Katak) juga memeningkan. BN pulak keliru dengan Che Duit dan Nazre belum lagi berebut segala projek yang tak terfikirkan kita yang biasa-biasa ni.


Tapi aku rasa semua itu bagus juga kerana pada PRU13 nanti baru tahu langit tinggi ke rendah oleh para pendukung politik. Kerana rakyat sedang memerhati dan meninjau dari jauh dan mereka sedang memikirkan kecuali yang otak beku betui (harap bukan ko) apa aku nak buat kat mereka nanti. Tunggu sajalah natijah nanti. Sebab rakyat Makaysia ni tak suka heboh-heboh tapi mereka akan tunjukkan satu ketika nanti yakni PRU13. Tu nak tak nak cara Rosemah tu, iaitu tak peduli apa orang kata betul juga.


Walau bagaimanapun syabas kat media IT khasnya kerana berjaya membawa satu wabak baru dalam minda masyarakat Malaysia. Yang amat pasti, wabak baru ini akan melanda dengan amat kuat dalam PRU13 nanti. Go blogger go!

No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------

Blog Archive