Yang aku tahu, kat dunia ni yang maksum ialah rasul-rasul termasuk le rasul besar junjungan kita nabi Mohd SAW. Ada ka orang lain yang maksum, aku tanya kali ini memang aku nakkan jawapannya. Kalau ada, apa yang bakal aku kata ni salah le. Soalan lagi ada ka Wali Allah tu maksum, cerita bab Wali ni orang AMNO percaya ke. Jadi aku berpendapat kat dunia sekarang ni, dulu kini dan selamanya (bahasa ni orang AMNO suka le) tak ada orang yang boleh mengaku tak buat silap atau tak berdosa. Jadi kesimpulannya TGNA tidak maksum.
Jika TGNA tidak maksum maka ia mampu berbuat silap, betul begitu juga sakalian ulama PAS apatah lagi ulamak AMNO. Kalau ulama sekali pun tidak maksum bagaimana pula dengan pimpinan negara Melayusia ni. Adakah mereka itu maksum sampai apa yang mereka katakan adalah perlu menjadi satu kitab buat turutan kita semua? Letih benar aku bertanya ni. Sebab yang ni aku sendiri juga kena jawab. Sendiri tanya, sendiri jawab macam orang gila le pulak. Tapi aku pasti aku masih waras, Insyallah.
Jika Nabi Mohd SAW berkata bahawa para sahabat adalah bintang yang sepatutnya menjadi panduan seluruh alam. Maka yang berusaha mencuba seperti para sahabat kalau mampu adakah mereka salah pembawaannya (tapi perlu diingat mereka bukan maksum).
Adakah sabda laki Najeeb yang mengembang rambutnya dapat menjadi pedoman bagi kita semua agar kita semua selamat? Tanya lagi, ish ish. Atau kita mahu menjadikan Noor Kumalasari sekarang sebagai pedoman (maaf, Puan Noor aku guna nama hang sebab aku respect kat hang yang istiqomah sejak hang berubah). Kalau Ogiii pulak setakat ini hilang le respect aku, insyallah kalau dah bersuami balik tu , berubah balik kot.
Berbalik kepada TGNA dan para ulama PAS bukan maksum maka mereka perlukan musyawarah yang amat telus dan berani menerima kenyataan. kalau benar ada sesuatu yang amat tak kena dalam PAS, mereka perlu tolak orang-orang jika terbukti kesalahannya itu, kerana kemenangan bukan kerana ramai walaupun demokrasi memerlukan majoriti. Tapi kemenangan kerana kita perlukan keberkatan seperti dalam peperangan Islam yang pertama 300 muslim yang berkah melawan seribu kafir yang nak merosakkan Islam.
Kenyataan para blogger perlu diteliti keran mereka juga mempunya asas dalam mengatakan apa yang mereka kata. Atau dalam kata lain masakan ada aurora kalau tak kat kutub. Boring guna peribahasa lama angin, angin. Try peribahasa baru pulak.
No comments:
Post a Comment