LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sunday, February 07, 2010

Islam diperlekehkan oleh...........


Dahulu kalau nak tebang pokok asalnya gunakan kapak yang berhulukan kayu. Sekarang ni tebang pokok pakai Back Hoe atau gergaji mesin. tapi dari prinsip kapak ni lah ahli falsafah mengatakan bahawa untuk menjahanamkan bangsa tu kita gunakan bangsa tu sendiri. kalau nak jahanamkan Islam kita gunakan orang Islam tu sendiri. Itu yang berlaku katb seluruh dunia sekarang termasuklah negara aku.


Siapa lagi yang memperlekehkan Islam kalau tak orang islam sendiri. Tapi orang Islam yang bagaimana. Rasanya yang memperlekehkan Islam tu amat senang dilihat dari apa yang dilakukan oleh orang yang memperlekehkan Islam itu sendiri. Adakah kita mempercayai mereka pengikut Islam jika tuntutan asas menutup aurat pun tak mampu dilakukan oleh isteri pemimpin bahkan dengan bangganya, bergaya mengikut kaedah barat.


Kalau pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh dan teladan atau yang mempunyai integriti seperti Sasullullah SAW dan khulafa Arrasyidin serta dikuti oleh Umar Abd Aziz tidak dikuti adakah wajar mereka kita turuti sebagai pimpinan kita. Setakat didunia kini yang agak kelihatan ada integriti itu pada sudut pandangan aku ialah Pimpinan PAS Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Pimpinan Iran (walaupun dia Syiah, ye ke) Mahmud Ahmadinejad. Mnakal pimpinan yang lain belum aku nampak boleh menjadi ikon yang sebegitu. Maaf le aku tak perasan kot.


Belum pulak yang mempunyai ciri-ciri pejuang Salahuddin Al Ayubi semasa Perang Salib dahulu. kalau setakat pemimpin Arab saudi yang memegang makah Al Mukaramah pu takut dan berdamping dengan AS apatah lagi pemimpin yang lain. Sedangkan sepatutnya pemimpin Arab saudi ada belajar sejarah dalam Al Quran mengenai Tentera Ababil yang berjaya mengalakkan serangan pasokan gajah. Sepatutnya para pemimpin Arab saudi tidak takut bahkan mencabar Amerika menyerang Mekah Al Mukarramah. Kaabah ialah rumah Allah yang pasti akan dilindungi oleh Allah SWT seperti mana datok nabi menyerahkan kepada Allah SWT untuk melindungi Kaabah. Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------