LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 17, 2009

Madey laaaagi nyanyuk.........

Pemimpin yang merendah diri berbanding Madey.
2 orang dan perkara yang Madey persoalkan minggu ini. Pertama dia persoalkan DSAI atas lantikan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Dia bolehn kata DSAI akan bankrup kan Sealangor. Yang kedua dia boleh persoalkan TGNA nyanyuk (rengkas bahasa). Bagi aku, Madey ni tak lalu dok diam diam ke. Orang dah bagi peluang nak bagi dia rehat, rehat aje le. Bila melampau mengutuk orang ni mula aku geram tengok c Madey ni.

Madey ni pandangannya lebih kepada sekular dan liberal dia ni, jadi tak heran le dia memandang seuatu isu tu dari sudut pandangan yang begitu. Itu semua almaklum. Jadi dia percaye dia amat baik dalam ekonomi yang berlandaskan kapitalis ni. Pi mabuk la dengan ekonomi kapitalis ni. Sedangkan lebih 20 tahun dia berkuasa di Malaysia tak mampu dia menukarkan ekonomi kapitalis kepada ekonomi Islam, yang amat pasti akan menjamin kesejahteraan seluruh umat manusia. Dia dok percaya juga dengan ekonomi kapitalis ni. Bahkan beliau lah yang mengembangkan ekonomi kapiotalis Malaysia ke tahap parah. Ia la kaya kat dia dan kroni dia. Kek ekonomi Malaysia 50% di kuasai golongan kaya, adil ke tu. nampaknya kek ekonomi di bawah Jib lagi mengembangkan akan melimpah melebehi 50 %.

Cuba bayangkan sepatutnya badget akan disalurkan ke Kementerian. Badan NGO akan klim dari kementerian bila menjalankan aktivitinya. Tapi, ada ka INTAN PERMATA direct dapat badget dari badget 2010 sebanyak RM 100 juta. Ini mana punya peraturan kewangan nnegara ni. Macam negara di perintah oleh Diktator aje rasa nya.

Bab dengki benar AMNO dan Madey kat Kelantan naper ye. Agaknya sebab sepanjang Madey memerintah Malaysia tak pernah berjaya beliau menawan Kelantan dari TGNA. Tu pase dengki banar tu agaknya la. Maknanya beliau lagi nyanyuk sebab melawan orang nyanyuk (seperti yang beliau dakwa) pun tak terlawan , tak menang-menang melawan orang nyanyuk (kata dia le). Kesimpulan belaiua lagi nyanyuk dari TGNA keran tak mampu melawan TGNA untuk melawan Kelantan.

Kesimpulan aku, apakah kekuatan TGNA dan insyallah DSAI dalam menangani AMNO dan kroninya. Islam dan penyelesaian yang dianjrkannya, bukan pakai akal manusia semata-mata. Insyallah.

Monday, November 16, 2009

Pilihanraya kat Perak : Bubar DUN Perak.


Ketandusan projek
Aku dah dapat panggilan gerakkerja pilihan raya dari kawan-kawan aku. Makna nya tak lama lagi ada le pilihanraya kat Perak ni kot, main kot lagi tu. kalau saya memegang tanpok kuasa boleh saya cakap tanpa kot kan.Tapi pokok nyior dah berayun takkan tak luruh buah nyior. Berapa kali dah pokok nyior dah berayun, satu masa nanti luruh le buah nyiornya kan. Rasanya ini le masa yang sesuai bagi AMNO pasal masih meraikan kemenangan di Bagan Pinang. Takkan nak tunggu bagan nyior pulak, tak tentu pulak menang tu.

Kalau gerakerja dari PR sudah dimulakan maknanya soh, confirm PRK/PRU di Perak akan terlaksana tak berapa lama lagi. Tunggu tahun 2013 seksa le suku sakat AMNO yang dengarnya tengah kebuluran projek nih. Daripada kebuluran baik diteruskan mana le tahu kot boleh tawan balik Perak. Al maklum le orang AMNIO ni, mereka merasakan bahawa AMNO lah pemberi rezeki mereka. Kalau tak ada AMNO mahu mati mereka semua tu. Tu cakap mereka yang aku dengar. Rasanya korang orang pun pernah dengar cakap begitu kan.

Jadi tugas barisan PR yang komited sekarang cuba tarik satu orang 5 undi, itu kalu kat Kuala Kangsar ni aku kira dah boleh menang dah tu. Lantiki le AMNO dengan satu JK AMNO mereka 10 orang. Kerana yang 10 tu pun tak pasti, banyak musang berbulu ayam bagi AMNO le. Mula le kita memahamkan hati rakyat, kot nak mengundi siapa tu biar le kerja Allah SWT. Bagi India kita bagi faham yang mana Makhal Sakhti yang ori yang mana yang tak ori. Cina okey punya, depa dah meluat sungguh kat AMNO nih.

Sunday, November 15, 2009

Be End beli hati rakyat....cara, cara

Tadi gebang-gebang dengan seorang Ketua Kampong di Perak ni. Biasa la Ketua kampong ni dulu marah kat Be End tapi sekarng ni punya la sayang kat Be End ala geng katak juga ni. Mana tak sayang nya. Sejak dengan Be End kembali ni, dia selalu le ke Siam, ke Indon, ke Langkawi satu famili dan baru baru ni ke China free woo....

Dulu merap le kat kampong tu, tapi dah kene beli jiwanya. jadi usaha beli jiwa rakyat diperkuatkan lagi dengan orang kampong aku dengar cerita dah ramai nak dapat kupon beras, bantuan kewangan, bantuan rumah mesra rakyat dll.

Tapi yang menariknya berapa banyak pembekal beras yang akan kaya ni. Berapa ramai pulak kontraktor buat rumah boleh dapat projek ni. Berapa ramai kroni akan dapat bantuan kewangan ni. Buka la marah orang dapat, elok benar le tu. kalau untuk rakyat aku sokong benar, tapi kita amat menyedari ada di antara penerima tu tak layak pun tapi dapat le juga al maklum le.

Itu kecik punya habuan, kalau rajin meneliti Bajet 2010 tentu terbeliak bjik mata kerana berapa billion wang akan dibelanjakan dan nampak jelas kearah kroniiiii. Bukan marah tapi yang ni aku geram sebab rakyau diutamakan tu rasa macam tak je.

Saturday, November 14, 2009

PKR.....PKR.......


Kau orang tahu apa persepsi rakyat marhaen kepada PKR masa ni. Aku mula mukaddimah ni dengan tajuk nya, label PKR masa kini ialah Parti Katak Rabun (PKR). Ini bukan aku yang cakap, ini persepsi orang ramai masa kini. Kalau marahkan persepsi rakyat kat PKR , mari kita lihat satu persatu akan sebab musabab terjadinya persepsi itu. Bukan senang orang nak melabel melainkan setelah melihat beberapa peritiwa yang berlaku.


Mula mula sekali kesah kat Silverland. dengan 3 ekor katak melompat yang terdiri dari 2 orang PKR dan 1 orang DAP. Memang la kita memahami kesah 2 orang katak (boleh la pakai penjodoh bilangan tu yak) yang melompat itu kerana perangkap yang di pasang oleh barua negara itu di makan oleh 2 orang katak tu.. Yang katak katek tu tak heran la, dah memang tak berapa cukup sifatnya, memalukan OKU je. Rupa-rupanya tak berhenti setakat itu diikuti dengan Pelabohan Klang pulak. Dah lama benar beliau ingin melompat, sudah menggeletar lututnya. Agaknya segan kat pengundi dan rakan-rakan yang telah membiayai beliau semasa penamaan calon kerana tidak membawa duit masa tu. Akhirnya melompatlah beliau atas nama parti bebas walau pun kita mengerti bunyinya macam parti AMNO jugak.


Saja langkau satu peritiwa di Penang yang juga berlaku perletakan jawatan yang beliau sahaja tahu kenapa berlakunya perlakuan itu. Jadi rentetan peristiwa itu menyebabkan orang mula menilai, bahawa ada satu yang tak kena pada PKR ni.Jadi tak boleh menyalahkan orang ramai yang bukan lah bodoh untuk menilai yang sangat jelas begitu. Yang tersirat-tersirat ni orang yang khasyaf saja yang boleh membacanya. Jadi persepsi atas bacaan yang tersurat itulah yang memainkan sentimen rakyat sekarang.


Namun begitu aku mahu bagi juga kredit kat PKR atas dasar aku yang menyokong Pakatan Rakyat. Jadi aku anggap satu saja. Proses ini ialah proses PEMBERSIHAN untuk PR amnya dan PKR khasnya. Agar segal katak-katak yang ada sila melompat semahunya, kerana rakyat akan mnghukum pada PRU13 nanti. Semoga pembersihan ini akan memungkinkan kejayaan yang lebih cemerlang kerana para calon yang akan dipilih masa akan datang tentu dapat dipilih dengan baik dan tidak tangkap muat macam katak-katak yang lepas dan kot yang mungkin ada lagi. Pada saya biar mereka di buang sekarang, kerana nanti jika semasa PR memerintah Malaysia selepas PRU13 nanti Insyallah kita mengharapkan tidak ada lagi muka-muka seperti kerajaan Be End sekarang.

Friday, November 13, 2009

Demi kebenaran..... payong

Payong Mobil ko kate payong Be End. Tu tipu namenye. Ade seorang blogger posting begitu kat laman blognye. Jadi demi kebenaran awk cakap juge walaupun bagi kredit kat Be End. Bagi aaku kebenaran tu amat penting. Ni dalam kes suami bunuh isteri kerana tak mahu hidup bersama ni.

Pada aku kita tak mahu kerajaaan Be End menipu kita dengan segala apa yang mereka ada. Jadi kalau kita pun tak mahu mereka menipu mengapa pulak kita mesti macam depa, menipu sepanjang ayo. So kot ade blogger yang menipu bukan saje bab payong, tapi segala bab hentikan perbuatan anda. Kan ada dalam pepatah melayu siakan senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama lama mencuri. Jadi kalau PR menjadi kerajaan pada PRU!# nanti, insyallah kalkau blogger ini le jadi jurucakap keraajaan masa tu. Rasanya akan ada rakyat yang tertipu sebagaimana Be End menipu rakyat semau maunya sekarang ni.

Kita benci bau tahi yang kita pun buat tahi apasal. Macam aku arwah bapa tinggalkan syarikat kontraktor, tapi sebab yang menguruskan tu suka buat suap menyuap ni, jadi aku keluar dari syer syarikat tu, rugi tak pa asal jangan di soal di akhirat nanti. Yang mengurus dia punya boleh cakap, ala sekarang ni kalau tak suap mana boleh jalan. Mentaliti AMNO tu kan.

Tambahan link:http://www.ek-ele.co.cc/2009/11/alahaiwanita-ditikam-mati-um-elat-lagi.html Ini untuk memeikirkan tentang payong ni.

Tuesday, November 10, 2009

eSPiRreM jangan pilih bulu....


Ko cakap, ko nak bulu yang mana. Atas sekali rambut, bawah sikit kening, sikit lagi bawah alis. lagi bawah misai, bawah lagi kan janggut tu. Tu yang ada nama yang tak bernama, kalau bawah lagi bulu dada, bulu tangan, bulu anu dan yang last sekali bulu kaki. Jadi siasat le segala bulu yang mungkin dari yang paling atas hinga lah yang paling bawah, jangan pilih bulu. jangan pilih bulu yang tak bernama je, pilih lah bulu yang berjenama tu.


eSPiRreM paling baik ko pilih bulu yang paling atas, ko ada berani ka? Aku tahu mahu meremang bulu ko semua kalo pilih bulu yang paling atas. Tentu naik segala bulu bulu ko bila nak mula memilih segala bulu yang ada jenama kat atas tu. Tapi bila lagi ko rentap segala bulu tu ni masa nya. Takkan tunggu bulu bulu tu semua tumbuh subur hingga dah jadi gorilla. Mase tu kan kata nak tengok nak dekat pun aku rasa jatuh segala ko punya bulu. Masa tu dah tak guna dah. Ni le masa yang sesuai sebab deme dah menyarankan supaya tak memilih bulu.


Oleh kerana mereka telah menyarankan ko supaya tengok segala bulu tu. jadi aku denagn ini mengesyorkan agar ko bermula dari bulu yang paling atas. Kalo ke rentap segala bulu yang atas tu maka botak lah segal yang berbulu itu dan tentu malu mereka hendak menunjukkan bulu mereka lagi. Ini kerana bulu di kepala lah yang paling mudah sekali kita semua melihatnya. Kalu ko rentap bulu kaki siapa yang nampak, sebab dia boleh menyorok di bawah seluar, kalau bulu anu lagi le deme kuat menggatalnya, bukankah kalau bulu anu di cabut menjadi semakin gatal ia, jadi bertambah pulak maksiat mereka wahai eSPiRreM.


Koman-komam ko rentap misai deme supaya tidak lagi mereka bangga dengan kemachoan mereka dan tentulah mereka jadi tidak berani lagi dan tertunduk-tunduk semacam pondan pulak nanti kerana kehilangan bulu misainya. Kalau ko punya penuh keberanian, cuba fikir kalau ko cabut bulu mata (alis) apabila alis tumbuh kembali tentu akan mencucuk mata mereka dan tidaklah mahu mereka berbuat sesuatu yang buruk lagi kerana takut alisnya akan direntap lagi. Bukankah begitu eSPiRreM ! Jadi ko tunggu apa lagi?


Monday, November 09, 2009

Tak berani bertindak, tak pe....

Mudah saja jika tak berani bertindak jika apa yang di kesahkan sekarang ini adalah benar dalam PAS maka tunggulah kata putus oleh rakyat dalam PRU13. Takkan ketika itu kita mahu mengimbas kembali dan buat post mortem, sedangkan nasi dah jadi bubur. Tentulah AMNO masa tu akan makin menjdai bongkak dan tanah air kita akan hancur di gadai semaunya oleh ketamakan AMNO yang mengatakan bahawa politik wang itu bukan rasuah.

Bukan saya menyuruh buang orang itu buang orang ni. Tapi amat jelas, AMNO amat terdesak dengan mewar-warkan kerajaan perpaduan dan kita terikut sentimen mereka dan termakan jerat mereka. Maka jangan tidor lagi dan buat satu pengumumam jelas atau amaran jelas. Kalau perlu yang di tuduh buat kenyataan yang sangat jelas. Sekarang ini aku merasakan macam banyak sangat dolak-dalik. Seolah-olah berbohong, aku rasa la. kalau benar dah berbohong ngaku saja pada aku, jangan terus berbohong. Siakap senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong lama lama mencuri. Pantun tu dah mendalam jiwanya kat rakyat Malaysia ni.

Ikut pesan Nabi SAW, berkatalah benar walau pun pahit.

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------