LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sunday, January 24, 2010

Humban sifat 20...

(klik gambar)
Aku tertanya-tanya kenapa sifat 20 Allah dibuang dari sukatan Pelajaran. Sedangkan ilmu ini adalah asas untuk kita semua mengenal Allah SWT. Kalau dahulu sifat 20 Allah diajar sejak dari sekolah rendah lagi hingga ke sekolah menengah. tapi yang aku amat hairan kenapa dibuang dari sukatan pelajaran. Bukankah denga belajar sifat wajib (20), mustahil (20) dan harus (1) bagi Allah itu akan dapat kita membezakan dari Allah dan God atau apa-apa sahaja yang disekutukan dengan Nya.

Bahkan kalaau kita nak mati nanti akan datang syaitan menyamar mengatakan dia tuhan, maka ilmu dan amal kitaa yang mengenal Allah lah yang akan dapat mengenali syaitan durjana itu. Akan tetapi bila ilmu itu dibuang , apalah harapan anak-anak sekolah kenal apa itu Allah. Aku pernah bertanya pad beberapa orang pelajar sifat yang pergi masjid, dan mereka menggelengkan kepalanya. Itu yang pergi masjid, apatah lagi yang tak pandang pun masjid.

Agaknya sengaja AMNO nak buang kaedah mengenal Allah dari jiwa Melayu. Kerana bila segala Melayu mengenal Allah maka AMNO tiadalah harapan lagi bagi mempertahankan kerajaannya. Mahu tidak mahu kita perlu satu alternatif untuk mengajak kembali kita semua agar mengenal Allah melalui sifat 2o yang sangat intim dengan surau dan masjid pada satu masa dahulu.

Kalau Allah kita kenal kita maka setidak-tidaknya kita tahu apa yang diperbincangkan oleh umum adalah betul atau salah, walau pun dia adalah bersyaitan. Misalnya dalam menuduh liwat maka mat hairan saya bila orang diliwat dengan bangganya mengumumkan bahawa duburnya diliwat sedang dia tidak membawa saksi. Perundangan Islam dilihat lemah bila kena membawa sekian-sekian saksi. Tetapi sebenarnya itulah keadilan yang ditegakkan dalam Islam agar tertuduh dapat di adili sewajarnya. jadi itu bukanlah kelemaahan tetaapi satu keadilan (ada bekas PM kita pernah mempertikaikan).

Para ustaz dan ustazah (dibaca dari PAS, dari AMNO tak pecaya aku) sila bantu aku. Jika aku tersilap, pasal ana masih belajar lagi. Wallahuallam.



2 comments:

  1. malayu itu sendiri berbeza dengan islam.. bukan ke wajib kita mengetahui sifat 20 ALLAH

    ReplyDelete

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------

Blog Archive