Yang aku hairan , yang dia orang terasa tu pasal apa.
Para blogger gerombiolan mendakwa : Kenapa AMNO dipersalahkan bila gereja dibakar, AMNO bukan parti perkauman. Blogger dia orang kata, tapi para blogger berkata begitu kerana sekadar menyambung kata-kata pemimpin mereka. Gerombiolan terasa ada asasnya. Asas yang paling mungkin sebab dia orang yang makan cilinya. Sebelum insiden siapakah gerombiolan yang beria-ria benar menentang penggunaan nama Allah, tak lain tak bukan AMNO. Jadi kalau dah AMNO menentang penggunaaan nama Allah tentulah yang paling mungkin membakar gereja ialah pihak gerombiolan AMNO. Takkanlah saya tak marah Joyah, tetiba saya bakar Joyah, naya je Si Joyah.
Tu yang insiden lama enjin jet hilang, lagi aku hairan pasal blogger AMNO /Be End seolah mereka itu pihak tertuduh. Mereka menjawab seolah-olah mereka itu ialah yang mencuri jet itu. Sedangkan siasatan awl cuma Sarjan je yang curi jet tu. Itu pun tak tahu lagi sebab masih diperingkat dakwaan. Mana ada para blogger larikan enjin kan. Lagi pun rasanya tak perlulah para pemimpin Mesia terasa kerana enjin tu bukan para pemimpin Mesia yang curik.
Gula naik pun begitu, ala 20 sen je. tulah jawapannya dan lagi dikatakan barangan lain takka naik pun kerana gula tu. Yang terlibat semut je sebab dimana ada semut disitu ada gula. kata peribahasa Melayu tentulah para pejuang Melayu akan menggunakan segala hadis Melayu yang mungkin , takkanlah dia orang nak berdalilkan hadis dan al quran. Jadi dia orang takkan terasa, kerana kalau dia orang menggunakan dalil hadis atau al Quran tentu dia orang akan jumpa surah al Ahzab: ayat 59 (yang membicarakan tentang aurat wanita Muslim). Jadi tak perlu tersa hanya semut sahaja yang akan terjejas di Tanah Melayu ni kerana hadis Melayu dah kata dah.
Harus deme Amno punye kroje ler tu...SPRM ato PDRM ato Jawatan Kuasa Disiplin PAS tak payah susah-susah nak siasat, baik deme buat kroje lain...hehehe
ReplyDelete