LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Friday, January 01, 2010

Bila nak menyerang ni.......

Seranng.............serang..............seraaaaaaaang......................................................................................
Aku jarang nak ucap selamat bila ada acara besar macam ni. Sebab seboleh-bolehnya aku sentiasa nak ucap dan dokan keselamatan buat semua sentiasa. Apa lagi doa buat aku sendiri. kalau aku pun tak berapa nak okey, macam mana nak doakan orang.
Okey kita pergi kepada tajuk kita sempena Tahun Baru 2010 nih.

Sejak al Bijan ni naik jadi PieM aku rasa sentiasa mamat ni guna taktik menyerang PR. Memang le dia ni dok ralit berzikir satu malaysia, satu malaysia. Tapi dalam dediam dia guna segala kuncu yang mungkin untuk menyerang PR dari segala pelusuk yang dia boleh. Aku merasakan dia mengunakan secara optimum segala jentera AMNO apatah lagi segala jentera kerajaan buat menghalakan segala peluru, C4, jet sampai hehilang dan segalayang mungkin'

Ini dah lebih. Jadi kenapa tidak bermula awal tahun 2010 ni kita tukar taktik. Kata orang Perak dah jenoh bertahan je. Rasanya ini le masa yang sesuai untuk kita mengatur serangan menghala segala upaya yang mungkin kepada AMNO dan sekutunya (khas di baca jentera kera jaan). rasanya kalau main taktik bertahan sahaja tentu bolos (sonok le Zizan)juga nanti. Kalau 10 000 peluru ditembakkan kena 100 dah kuat tu. Jadi kenapa masih taktik bertahan.

Habis jurulatih tak suruh menyerang lagi, jadi tunggu la. Bukan apa aku pun rasa letih nak menepis segala serangan tu. Oit jurulatih jom le kite nyerang, Dah aku orang Perak jadi aku nak bertanya ikut loghat aku. APE KE HE NYE YOP? Tertanya-tanya le juga bila nak menyerang ni.

Kalau dah ada bagus , kalau tak ada elok le ditubuhkan Think Tank bagi menyelaraskan serangan atau mepertahankan PR. Aku tengok bila menjawab serangan atau mempertahankan serangan macam-macam ada, macam Astro le pulak. Jadi kita susun serangan satu persatu dan kita lancarkan dimana yang sesuai. kalau menggunakan para pemimpin PR mereka pun sebok dengan memacam program. Dari sekarang ke PRU13 kita aturkan berbagai taktik serangan yang bisa melumpuhkan AMNO, kerana bila lumpuh AMNO maka amat jelas B N akan BE End.

Kalau para pemimpin PR tak buat Think Tank, amacam para blogger pulak yang buat satu Team Think Tank yang khusus mengaturkan serangan. Dan Team Think Tank 2 untuk menjawab segala tohmahan dan dakyah AMNO. Tapi dalam serangan dan pertahanan tu jangan matlamat menghalalkan cara , seperti yang AMNO buat. Kita tak mahu fitnah, kerana kita mahu kebenaran. kalau kita pun benci kepada AMNO kerana kebobrokan nilai hidup mereka mengapa pula kita bersikap seperti mereka. Aku harap aku layak berkata begitu kerana aku sendiri sanggup keluar dari syarikat warisan bapak aku kerana pegangan pengurusannya sekarang: Ala mana mau tak rasuah, kalau nak projek. Kan mentaliti AMNO tuuuuuuuu.

Ish dah melantak Nasi Lemak bini aku masak dah naik lemak le aku. Okey bye,,bye.

1 comment:

  1. Ate nak nyerang kene ler strategi ato taktikalnye...memadangkan panglime perang kite General (tak diiktiraf) si Stopa, memandei aje suruh kite jangan buat ape-ape, tu dah macam suruh nyorok kepale dalam sembe (pasir) tapi badan kite nampak dek deme musuh kite...hah naye ler, cenggini ler jadinye...raban teben...huru hara.

    Tu ade hati ler pulak suare keramat mane entah datangnye, nyuruh kite berdamai dengan puak musuh AMNO. Tak payah perang dah, deme kabo. Lelebih pulak deme ostad-2, pak lebai yang kat atahs tu nak ngenden jawatan, kuase..hagak-hagak ler pun, jangan ingat kite nak biorkan aje deme tu..hehe

    ReplyDelete

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------

Blog Archive