Kesah Singapura dilanggat Todak rasanya semua orang yang pernah membaca buku sejarah Tanah Melayu akan tahu. Bahkan ada seorang watak yang yang amat dikenali dalam sejarah itu iaitu Hang Nadim. Di kesahkan bahawa Hang nadim ni anak kepada Hang Jebat (walahuallam: kena buat kajian tu). bagi yang tak terbaca dan terdenagr kesah tu disini aku bagi sikit sinopsisnya.
Singapura dilanggar todak, maka setiap hari sesiapa yang kepantai akan berlompatanlah ikan todak melanggar orang yang ke pantai. maka ramailah orang mati. maka segala bijak pandir kerajaan Singapura masa tu pun berbincang mengatasi masalah itu. hasil mesyuarat bijak pandir (ejaan ini betul ) itu mencadangkan agar berkubu betis kaki. Maka akibat idea pandir itu maka lagi ramai lah rakyat Singaputa mati todak (bukan mati katak). Arakian adalah seorang budak mengesyorkan agar tukar betis kepada batang pisang. Bila idea ini dilaksanakan maka ikan todak terlekat pada batang pisang dan dengan senang di bunuh. Maka banyaklah todak dibunuh dan berkuranganlah orang dari dilanggar todak. Budak yang cerdik itu Ialah Hang Nadim. Akan tetapi kecerdikan budak itu membawa padah pada budak itu menyebabkan para menteri iri hati dan mengesyorkan agar budak itu dibunuh. maka tamatlah riwayat budak kerana usul segala pandir pandir itu.
Maka kat Malaysia ni pun berapa ramai lah budak bijak yang timbul tetapi dibawah pimpinan kerejaan yang ade sekarang ini tidak seorang pun timbul melainkan tenggelam belaka adanya. Terbaru ini Adi Putra, kalau tak salah berasal dari Perak tapi yang hairan JPN Terengganu yang ambil anak angkat. Kita lihat pulak Adi Putra pulak kekecik dah cenderong ke PR maka para menteri AMNO nampaknya cuba untuk menenggelamkan beliau agar hang nadim malaysia ini pula akan di hilangkan dari minda rakyat Malaysia.
Tapi kalau kita lihat yang dipelihara oleh mereka akan hancurlah genius Melayu ini. Kita beri 2 contoh dah le. Pertama Hanafi, apa khabar beliau dan Sufiah lagi baik punya khabar. lagi tere guna internet kan!
Gayanya kerejaan Melaysia tidak mahu melihat Melayu yang genius, kalau ada akan dihancurkan satu persatu sebagaimana sikap para pandir Singapura dahulu. Maka saya berpesan kepada rakyat Melaysia janganlah melahirkan anak yang genius , ditakuti akan di apa apakan oleh para pandir kerejaan. Untuk selamat maka kita lahirkan anak yang biasa-biasa je. Kalau terlahir anak yang genius maka hanyutkan di Sungai Nil janagn Sungai kat Melaysia.
Maka hamba aamat berasa risau program Permate Hatii, kerane program itu mungkin ialah program pengumpulan segala genius Melaysia untuk ditenggelamkan agar terus terbenam segala kecerdikan mereka. Maka kalau ada yang mengambil ujian IQ itu suruhlah mereka menjawab sambil lewa agar mereka selaaaamat di dunia dan di akhirat, amin.
Anak yang genius sahaja AMAT bahaya jika tidak ada Ilmu Agama Islam, yg menyuruh menghormati orang yang lebih tua, walaupun tak genius. Orang yang muda kalau nak bagi idea kepada org tua, yg mana yang boleh dianggap idea penyelesaian bijak atau GENIUS, maka mesti disertakan dengan rasa hormat yg tinggi kpd org lebih tua, kerana merekalah pemimpin asal..org muda genius MESTI merendah diri terlebih dahulu dan merasakan dirinya bodoh..baru orang lain semua SAYANG..
ReplyDelete_
Ni.. Kecil-kecil kalau dah main politik sesama Melayu..MENCARI SALAH orang lain, yg dia sendiri pun belum boleh TAHU menimbang SALAH atau Betul kerana tak ada ilmu Agama..itu DAH kira BODOH sangat..bukan lagi orang genius..kerana orang GENIUS sebenarnya mesti rasakan dirinya DIPERLUKAN, walaupun merendah diri seperti orang bodoh..kalau tak macam tu semua org benci walapun tidak di TOLAK ke lubang najis...