LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Monday, January 18, 2010

Adakah anda wira rakyat?


Semala aku ke UREKA di Kuala Kangsar. Ada forum yang dihadiri oleh DSNJ dan Kartunis Zunar.. Semua nama tu biasa dengar tapi kerana ruang UREKA yang santai maka aku dapat meyalami orang popular itu. Memang dasar aku tak suka nak menonjol dan aku lebih suka low profile. Semasa sesi pembentangan aku tertarik dengan dedua pembentangan dari sudut pandangan memasing. Akan tetapi yang aku nak ulas ini ialah sudut pandangan Kartunis Zunar.


Apa yang beliau paparkan memang selari dengan apa yang juga faham. Untuk mudah memahaminya aku ceritakan kembali kesah Nabi Ibrahim dibakar oleh Sang Penguasa iaitu Firaun. Dengan api yang begitu besar Sang burung Pipit membawa air dan berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim itu. Semua hairan dan bertanya, kenapa kau cuba memadamkan api itu sedangkan air yang kau bawa tentu tak mampu memadamkan api itu. jawab Sang Pipit Allah bukan memandang hasil usha kita akan tetapi Allah memandang apa yang telah kita usahakan sepenuh jiwa dan raga kita.


Kesimpulan dari cerita itu adalah berkaitan dengan cerita Zunar itu. Beliau menyimpulkan bahawa dalam perjuangan semua adalah wira. Selagi dia memegang penuh keyakinan perjuanga menegakkan kebenaran setakat kemampuan memasing.


Beliau memberikan beberapa contoh wira semasa era zaman reformasi DSAI:
(penceritaan tidak mengikut forum beliau hanya berdasarkan ingatan saya sahaja)

Pertama: Seorang Pak Cik yang sakit dan berkerusi roda minta cuti dari hospital hanya kerana
ingin mendengar ceramah DSAI dan menyampaikan sumbangan wang kutipan 20 sen
seorang dari anaknya bernilai RM1.20 . Beliau menemui DSAI sendiri dan
menyampaikan sumbangan dan hasrat beliau itu sendiri.

Kedua: Tempat DSAI di hospital ketika sakit amat ketat kawalannya. para jururawat tahu DSAI
suka cucur kodok. Maka untuk menggembirakan hati DSAI maka mereka
menyeludupkan cucur kodok itu untuk di nikmatai oleh DSAI.

Ketiga: Ketika soal jawab mahkamah berhenti rehat dan disambung kembali. Soalan
pertama yang ditanya oleh hakim kepada Ummii Hellfida ialah betulkah tadi ditandas
anda bertengkar dengan Zielat Jalit yang marah kamu keran melibatkan Azizan.
Siapakah yang memberi maklumat itu. Juga seorang kerani mahkamah yang terdengar
pergaduhan mereka di tandas dan terus memberitahu pihak hakim DSAI.

Keempat: Ketika pakar DNA yang nak mengesahkan DNA DSAI di tilam yang diusung. datang
10 orang pakar DNA yang membantu menjawab membantu tentang pertuduhan
DNA itu dan menyebabkan pakar DNA pihak kerajaan dikalahkan.

Yang penting semua sumbangan dari rakyat untuk menegakkan kebenaran maka sumbangan itu adalah melambang anda adalah wira. Bila cakap begitu jadi aku juga berasa sekarang bahawa sumbangan aku dalam blog adalah satu sumbangan wira. Syukur kerana aku mampu juga menyumbang untuk menjatuhkan AMNO yang begitu zalim terhadap Melaysia khasnya para rakyat. Insyallah.


1 comment:

  1. UREKA ni kat mane ke yob? teman sunggoh idak tawu mane tempatnye UREKA nih.. ce kabo jap!

    ReplyDelete

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------

Blog Archive