Aku terpandang dalam Harian Metro gambar sekelompok pemain bolaepak sedang Sujud Syukur di tengah padang (cuba cari tak ada, yang ada cuma ini).
Saya lantas tertarik kerana ini satu fenomena yang luarbiasa di arena yang luarbiasa minat penontonnya. Di sebelah saya ada rakan peminat bola yang hampir tahu (mustahil tahu semua) semua tentang bolasepak. Terus saya bertanya pasokan mana gerangan dan soalan-soalan yang lain.
(bukan cedera tapi sedang sujud syukur)
Temubual saya dengan rakan peminat bolasepak senatero dunia:
Saya: Pasokan mana tu?
Rakan: Mesir.
Saya: Siapa jurulatihnya?
Rakan: Ben Shehata
Saya: Islam ke?
Rakan: Ya.
Saya: Tak pernah saya tengok begitu apa rahsia latihannya?
Rakan: Ben Shehata hanya akan mengambil pemain yang solat.
Saya: Wow.
Rakan: Bahkan ada pemain yang hebat , yang memasuki EPL tapi dia buang kerana
dan suka berpesta dan solat diringankan.
Saya: Ahmad Mido Hossam bekas pemain Tottenham Hotspur kan?
Rakan: Bahkan badannya bertatoo lagi.
Saya: Jadi walaupun hebat tapi kalau tak solat tak layak masok team Mesir gitu?
Rakan: Itu prinsip utama dia dan banyak lagi yang di ajar dalam pasokannya seperti gambar-
gambar di bawah ini.
sambungan temubualSaya:Takkan Rajagopal melatih pemain Malaysia begini kan?
Rakan:Habis Jurulatih yang Islam pun tak ada aku nengok buat macam pemain Mesir ni.
Saya: Bila agaknya pemain Malaysia akan sebegini sekurang-kurangnya?
Rakan: Tunggu PAS memerintah kot.
Saya: Habis Team Perak di bawah Nizar dan gengnya apahal pulak tu?
Rakan: Pelan pelan la kot, harap-harap ada usaha ke arah itu.
Saya: Kalau Itali bekas juara dunia pun Mesir boleh kalahkan apa alasan Malaysia?
Rakan: meraka tak yakin dengan Islam kot.
Saya: Siapa mereka tu?
Rakan AMNO le sapa lagi.
lambat siang ler team Malaysia nak buat cam Aa nak tu. Bukan sebab Rajagopal coach team Malaysia tu Hindu & marah bebudak die pegi solat & rai gol dgn sujud syukur ato tadah tgn doa. Bukan...bukan sebab tu. Tapi bebudak (baca: pemain-2) team Malaysia sendiri tak terpilir nak buat tu semue. Iman deme, entah ler, teman tak leh kabo. Kot kot ade yg solat pun tak reti bace fatehah gamaknye...hehe..mane nak buat cam team Egypt tu...coach die pun ambikberat hal iman & takwa ni. Yo kite nunggu kot ade kucing bertanduk...hehe..tu lagi rasional.
ReplyDelete