LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Saturday, March 17, 2012

MELAYU BERSATU ISLAM SELAMAT


Ish awak semua ni , bukan aku yang cakap . Ini aku terbaca kat belakang kereta puteri AMNO (warna merah latarnya)ketika kat lampu isyarat Jambatan Sayong ( deme pangge gitu). Aku rasa itu puteri AMNO daerah Sayong le tu. Aku potong kereta tu nak am sipa , tapi tak le kenal siapa. Cuma agak aja le.

Mengikut kaedah pembacaan maka logo itu mempunyai makna nya yang bagaimana rasanya pembaca sakalian. Semua orang mengerti bahawa kalau kita membaca mengikut kronologi itu maka bermaksud Melayu sangat hebat dan lebih besar dari Islam. Kerana hanya Melayu yang mampu menyelamatkan Islam. Amacam adakah salah tafsiran bacaan aku atau tepat sekali tafsiran bacaan aku ni.

Kalau kita tafsirkan lagi juga bermaksud cukup lah dengan hanya Melayu sahaja bersatu maka selamatlah Islam. Ewah ewah, tinggi beno darjat Melayu ni ye. Bayangkan tanpa perlu kaum lain kat dunia ni, hanya cukup le orang Melayu je bersatu, maka selamatlah Islam. Dasat retorik AMNO ni. Kalau gitu aku nak masuk AMNO le he he ( usah mimpi le )

Rasanya selamat ke dengan pemimpin Melayu yang kompom rasuah berribu ringgit macam Khir Toyol yang hanya setahun je kena penjara berbanding yang mencuri susu untuk anak sampai 3 tahun. Selamat ke dengan menteri yang melabakan eNeFC untuk familinya. Tu belum sebut yang lain lagi tu.

Jom kita betulkan logo dengan kata kata yang lebih benar dan efisyen iaitu ISLAM BERSATU MELAYU SELAMAT. Bahkan Islam bersatu manusia selamat Yang pakai logo tu sambil lalu kat Jambatan Sayong tu humbankan ke Sunge Peyrok tu ye.

5 comments:

  1. Teman agak-2 ler maksud pepatah Umno, "Melayu Bersatu, Islam Selamat" tu sempena perjuangan deme mempertahankan larangan kalimah "Allah" digunapakai oleh pihak Kristian hari tu. Tu saje sebenornyer. Anu tu yg riuh sekampung tu ke hulu ke helor kabo (konon ler) deme pejuang Islam. Hapah tak jadi jugak lepah tu. Dah terang-2 deme hanye polemik - guna slogan islamik - untuk "memperlembukan" minda orang Umno saje. Orang tahu deme tak mahu Islam sangat pun kat negare ni. nengokkan gaye idup pun kite tahu biot deme semue tu... dalam poket kite aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. asslamualaikum..
      dlm kita mengtakan pndapat kita, elakkan diri drpd mengaibkan seseorang.. Islam x pernah ajar kita utk bercerita kburukan seseorng melainkan kita berhajat utk menylesaikan keadaan insan itu dgn berjumpa face 2 face dgn insan yg diceritakan.. kita kata kita ISLAM, tp kita amalkan atau tidak akhlak yg dianjurkan dlm ISLAM??
      kita renungkan kembali..

      pd sy, UMNO perlu terangkan dgn lebih lanjut sebab dan kenapa pepatah itu digunakan.. ada yg setuju dan ada juga yg membangkang tanpa mnyelidik sebab musabab kenapa UMNO gne pepatah itu.. sekiranya UMNO memndang hanya dlm MALAYSIA, maka sy stuju.. Melayu dlm Mlaysia mkin kucar kacir, berlaku ancman liberalisme, sosialisme dan lain2 sehinggakan kita bergaduh sesama sndiri.. ALLAH.. tanpa ikatan yg utuh, bagaimana kita nk bawa nama ISLAM?? bagaimana kita nk tonjol ISLAM itu agama yg benar?? bagaimana kita nk ajak bangsa2 lain kpd ISLAM ??? Bagaimana kita nk perbaiki bangsa kita yg mkin rosak dibuai media??

      ape yg sy nmpak, pndangan kerdil yg tidak sberapa, ikatan kita sebagai ISLAM dlm skop besar, dan sebagai MELAYU dlm skop di MALAYSIA, perlu dikukuhkan supaya ISLAM yg didokong Melayu di Mlaysia dpt membantu perjuangan ISLAM di Malaysia dan juga di dunia ISLAM yg lain..

      telitilah segala apa yg kita dgr, baca dan apa yg kita lihat. Mempercayai sesuatu yg tidak benar, mnyebabkn kburukan yg melampau.. SOKONGLAH JIKA IA BENAR, DAN TENTANGLAH JIKA IA SALAH..

      Delete
    2. wslm bro, introrespect to what u write...gua setuju apa lu tulis to certain degree. Fair enuf kita kena berakhlak. Kalu lu (if honest) & gua kita semua ni pentingkan akhlak pada saf pemimpin parti agak-agak lu sapa orang kita Melayu, orang Islam lain-2 bangsa tu patut pilih antara Umno-BN dengan PAS-PR? PAS la kan? So, why not?

      Islam pada Umno macam "melukut di tepi gantang"... apa dia kisah kalu dia tak untung apa haram dia nak implement pun. Yang jadi mangsa keadaan kita semua, rakyat & juga penyokong (yg membab*-tuli sokong tu). Semua barai, hancus esp. hal akhlak la. Fact!

      Yeah right, kita sokong la apa yang betul & pangkah yg salah. Tapi pangkah kertas undi PRU tu nanti kita bagi kat PAS, ok? haha

      Delete
  2. sebelum ckp melayu bersatu.......umno kena bersatu dulu

    bukan rakyat tak tahu bahawa dlm umno lah yg paling tak bersatu. semuanya serigala lapar...yg ikhlas berjuang akan terpinggir malah terpelanting seperti DSAI.

    PKR lahir dari perpecahan umno didalangi mahadey.
    PAS lahir kerana umno merdeka ikut acuan penjajah bukan islam.

    mula2 bersatu dulu puteri dan wanita umno...baru boleh cerita melayu.

    if not its a waste of time laaa

    ReplyDelete

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------