Thursday, August 19, 2010
AMNO Melayu Global, cuba fikir......
Sangat jelas apabila kita memperjuangkan atas nama Melayu. Tentu sekali perjuangan itu akan tidak menjadi satu perjuangan yang global mahupun glokal. Berbeza kalau perjuangan itu atas nama Islam maka, sudah pasti perjuangan itu akan merentas bangsa. Bilamana ia sudah merentas bangsa tentu sekali perjuangannya akan bersifat global.
Ish cakap bahasa tinggi sikit macam ni faham ke dek AMNO ni?
Sampai mati pun takkan berjaya kita menanam ideologi Melayu dalam jiwa global. Kerana dengan bahasa sendiri pun dikalangan AMNO yang setuju ditukarkan dengan bahasa Inggeris masa PPSMI, dilaksanakan maka mana perjuangan Melayunya? Namun segelintir lagi yang tak setuju PPSMI dilaksanakan pula macam tak ade telor untuk menegor dan merancang untuk menolak atau mempertahankan Bahasa Melayu. Sekali lagi aku tanya mana perjuangan Melayu nya.
Itu aspek bahasa Melayu, cammana pulak dari aspek tanah rizab Melayu yang termaktub di perlembagaan yang sedikit demi sedikit hilang dibawah pimpinan AMNO. Bagaimana pula dengan Keretapi Tanah Melayu yang memiliki tanah di Singapura, alih alih dah tingal secalit di atas peta berhampiaran Tambak Johor.
Ish tak reti le aku, apa yang diperjuangkan oleh AMNO Melayu ni.
Dah la menyampah ai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment