Dengan harga RM5-60 sekilo getah buku. (getah yang beku di pot) sekarang di tempat saya. Maka jika seorang penoreh boleh mendapat 50 kilo sehari, bermakna seorang penoreh boleh mendapat pendapatan RM280.00 sehari. Kalau sang penoreh menoreh selama sebulan 30 hari maka pendapatannya menjangkau RM8400.00. Wow, tekezut Husin Lempoyang (bukan blogger tapi dalam filem P Ramlee tu). Tapi itu adalah mustahil kerana cuaca Malaysia hanya membolehkan penoreh menoreh lebih kurang 20 hari je. Bermakan 2 per 3 daripadanya menjadikan RM5600.00. Tapi sayang penoreh menoreh tanah orang maka pendapatan dibahagi 2 menjadi RM2800.00.
Bukankah gaji lebih daripada gaji kerani sekolah, gaji guru yang baru masuk sekolah, Bahkan lebih tinggi dari gaji seorang doktor baharu. Maka apakah komannya menjadi seorang penoreh dengan situasi harga sekarang. Kerjanya sangat mudah hanya dari pukul 7 pagi hingga ke 11 pagi. Hanya membuat tulisan dipokok berbentuk huruf ro (jawi). Melawan pacat dan nyamuk sahaja.
lain cari sendiri le. bye,
anak muda dak tak nak menoreh lar ni. sebab malas bangun pagi kot.
ReplyDeleteSolat subuh lebuh
ReplyDelete