LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Thursday, March 11, 2010

Siapa katak selepas ini.....ada tau ka?

Mari kita sediakan satu siri serangan yang bersistematik kepada para katak-katak yang bakal melompat. Kita namakan Operasi Oink Oink!

Nampak dengan jelas para katak akan melompat sekok sekok dengan arahan. Lompatan para katak itu dengan harapan akan melemahkan PKR khususnya dan PR amnya. Maka disusun lah lompatan katak-katak itu sekok sekok agar akan menimbulkan krisis kepercayaan kepada PKR. Akan tetapi harapan tinggal harapan kerana apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ini kerana rakyat merasa sampai tahap meluat gaban pulak apabila katak-katak melompat itu di dendangkan.

Kepercayaan katak-katak itu melompat atas kerelaan sendiri tidak dipercayai oleh umum kerana alasan yang dapat dipatahkan oleh para blogger PR dengan amat mudah tangkas dan efisyen. Umum rakyat meyakini para katak itu melompat kerana ada RM dan telah dirancang oleh broker katak dari AMNO pada awalnya dan mutakhir ini oleh bekas katak PR yang melompat lebih awal. kalau betul benarlah skrip lompatan ini maka sepatutnya lompatan itu adalah lump sum (lebihkurang sekali gus lompat. Akan tetapi kerana lompatan ini adalah lompatan beragenda maka disusun begitu rupa lompatan agar PKR dilihat makin lama makin runtuh. Akan tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Lompaan para katak yelah menjadi gurauan.

Bahkan saya berpendapat agenda lompatan para katak pulak menjadi agenda memakan diri para broker katak dan tuan taukeh utamanya AMNO @ Be End. Bahkan kemungkinan para katak semakin gelisah kerana apabila merka berkumpul dan berbincang mereka akan mendapati bahawa mereka akan di bawa kedarat dari air dan akan dibiar mati kekeringan di darat. Mungkin mereka dapat melihat bahawa para katak yang melompat awal telah ditipu dengan bayaran yang dijanjikan tidak diurus dengan baik dan kes yang dikenakan kepada mereka masih membelenggu mereka dan belum dilepaskan. Yang mana kes ini agar memegang katak itu agar terus dok dediam dan akhirnya mati kekeringan kerana sumpah seranah rakyat yyang dikhianati. Di sini saya mengucapakan SELAMAT MATI KEKERINGAN wahai para katak.

1 comment:

  1. Katak (baca: MP Bebas konon):

    "Saya keluar parti kerana percaya PKR tidak Islamik & tak memperjuang Islam & tunduk kepada rakan bukan Islam seperti DAP."

    Ular Tedung (baca: UMNO):

    "Ya parti saya, UMNO, nama pun Islamik, begitu dominan kuasa kami hingga boleh makan rakan lain (spesis ular tikus). Islam terbela walau ramai umat Melayu-Islam telah rosak akhlak lagi terkorban akidah, murtad & mengikut ajaran sesat. Kami tetap Melayu maa..Powerful..SERTAI kami tanpa ragu-ragu, katak-2 sekalian."

    Brahim Katak:

    "Ambe tok emboh masuk UMNO (konon) walau nada suara ambo mace Ulat Tedung (UMNO) tapi ambe tetap katak. Jangan takut pada ambe..hehe"

    ReplyDelete

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------