LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Saturday, March 13, 2010

Heran aku.

Aku respek juga kecemerlangan. Tapi takkan kecemerlangan itu sampai membezakan pelajar tajaan dengan pelajar pergi sendiri sampai begitu sekali. Misalnya pelajar tajaan mendapat tajaan sebnatak RM25 000 setahun manakal pelajar pergi sendiri hanya RM 6 000 setahun. Ini bermakna pelajar tajaan mendapat perbelanjaan +RM 2 000 sebulan manakal pelajar pergi sendiri hanya RM 500 sebulan.

Sedangkan untuk memasuki Universiti di kawasan Timur Tengah (Mesir, Jordan, Arab saudi dll) mesti mencapai kecemerlangan akademik walaupun tidaklah sebaik pelajar tajaan. Hanya kerana pelajar tajaan mendapat 8A ke atas dan pelajar pergi sendiri mendapat 6A kebawah, maka perbezaannya sampai begitu sekalikah.

Kalau mengikut kaedah nisbah:
8A - RM 2000
7A - RM 1750
6A - RM 1500
5A - RM 1250
4A - RM 1000

Kalau kadar kecemerlangan dinisbahkan dengan keputusan A nya maka saya berpendapat anak saya boleh mendapat RM 1250 berbanding dengan RM 500 sekarang kerana anak saya mendapat 5A dan tiada yang gagal.

Bayangkan perbelanjaan sebanyak RM 500 ringgit di Jordan kalau kita buat perbandingan. Nilai matawang Jordan ialah RM 5.40 berbanding RM 1 Malaysia. Adakah saraan ini berpatutan sedangkan tahap kecemerlangan bukanlah jauh sangat untuk perbandingan. Sila jawab Jabatan Agama Islam seluruh negeri di negara Malaysia.

Sebelun annymous mengomen, saya katakan saya dan anak saya berhak mendapatkan hak itu kerana kami anak Malaysia buka PATI.

1 comment:

  1. Hah! Mike baru datang ke Malaysia ni Aa? PATI? hehehe... Tak ade bende nak di herankan kat Malaysia ni, semuenye boleh.

    ReplyDelete

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------