
17303. Ini bukan satu angka yang kecil untuk dipandang remeh. Tapi aku rasa mentaliti AMNO memandang perkara ini remeh. Aku berkata begitu kerana bayangkan itu ialah angka kelahiran anak luar nikah yang didaftarkan sepanjang tahun lalu. jadi setahun ada 365 hari kerana ini tahun lepas bukan tahun lompat (kecuali bagi katak-katak dan raja katak PERKOSA). Maka jika 17 303 di bahagi dengan 365 hari. Nanti sat aku kira .......... haa dapat 47.40547945205 bayi luar nikah dilahirkan. Aku berenti sat pasal nak kira , kerana kalau pakai congak, susah woo, maknanya angka itu adalah satu angka yang besar bagi pengamal agama Islam. kalau selari dengan idea Chuai So Lek apakan daya.
Maknanya sehari 47 orang bayi luar nikah dilahirkan. kalau dibahagi dengan negeri yang ada kat Malaysia ni maknanya terdapat 3.357142857143 orang bayi dilahirkan oleh setiap negeri di Melaysia. tau ape maknenye, maknenye anak aku yang rama jantan akan berpeluang besar terpilih anak luar nikah. maknanye juga aku akan berpeluang memiliki menantu luar nikah.
Nilai peratus bagi anak luar nikah bagi tahun lepas berbanding bilangan penduduk Melaysia ialah 0.06907854028%. Bilangan itu sangat kecil (bilangan penduduk Melaysia ialah 25 048 300 orang). Tapi kalau aku kecilkan lagi skop kiraan peratus tu akan bertambah tinggi. Belum bagi 2 lagi sebab ibu dan bapa. Belum kira jumlah tahun kemungkinan bakal menantu menantu aku. Belum kira jantina lagi. Belum kira 3 kaum utama lagi. tapi kalau aku kira pun bukan di reti AMNO mengira nya. tak difahamnya pun. Kan AMNO mentaliti amat rendah.
Macam mamat yang nak bunuh Nik Aziz tu, dia tahu dia akan dilindungkan oleh AMNO dan sekutunya, maka berani le dia. Tapi aku rasa mamat tu tak berani nak jeling Nik Aziz pun. Orang AMNO mana percaya Jihad -jihad ni. Betapa bodoh mamat yang nak membunuh Nik Aziz ni ialah dia tak tahu bahawa, akan ada mamat B yang akan membunuh Nik Aziz tetapi dia yang akan tertuduh. maknanya dia seolah-olah menyerahkan dirinya untuk digantung ke atas perbuatan orang lain. Kesian aku kat Mamat ni, pasal tengok rupa aku tau dah tak berani dek Mamat ni.
Eh tersasul ke lainle pulak. Moh kita tengok balik Bab anak luar nikah ni. Satu ketika dulu ada kes anak luar nikah dibinkan kepada Abdullah. Sudahnya habis sekalian yang bapaknya bernama Abdullah rasa dimalukan oleh kerajaan Malaysia yang didokongi oleh Tok Upti (cop lupa M) yang bajaklaksasana. Kan Abdullah ialah bapa kepada Rasulullah SAW. Letak le nama lain. nama yang begitu mulia diletakkan ditempat yang tak sewajarnya oleh Tok Mufti ish, apa barang. rasanya la ni dah tak ada dah.







