LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 31, 2009

Ape ke jadahnye SPTS tu?

Wow, ini Husin lempoyang tentu terkejut mendengarnya. Nama hebat tapi pelaksanaan alamak pada aku gah pada nama saje le. SPTS tu ialah Sukan Prestasi Tinggi Sekolah. Bagaimana ia berjalan? SPTS ini ialah pihak kerajaan Melayusia telah mmemilih beberapa jenis sukan untuk di macam swastakan pada Kementerian Pendidikan Melayusia. Peringkat awal hari itu pihak kerajaan telah memilih sukan Memanah dan Sepaktakraw sebagai perintis SPTS. Akan tetapi jenis permainan telah ditingkatkan lagi dengan Bolasepak, Hoki Lelaki/Wanita dan Olahraga.

Maka diwujudkan setiap daerah satu Pusat Latihan Daerah (PLD) bagi setiap permainan. Bagi setiap PLD ada le barisan Guru yang dilantik sebagai Jurulatih yang diberi elaun setiap 2 bulan. Maka barisan jurulatih pun mula le melatih barisan anak didik memasing. Di kerah lah segala masa dan kudrat guru sebagai jurulatih. manakal hendak menjadi jurulati pula bukanlah mudah. Pada awlnya kena le pulak berkursus untuk mendapat Kursus Jurulatih jenis permainan Peringkat 1 dan Kursus Sains Sukan Peringkat 1 kecuali Guru yang kursus PJK lengkap.

Apabila telah lulus peperiksaan semasa berkursus peringkat 1 maka layaklah mendapat elaun sebanyak RM275 sebulan. Untuk meningkatkan taraf kejurulatihan maka sang guru pun pergi lah berkursus ke peringkat 2 untuk Sains Sukan dan Kursus Jenis Permainan yang diceburi. Diikuti dengan peringkat ke 3. Apabila telah lulus peringkat itu maka elaun pun ditingkatkan lagi kepada RM300 dan RM325 (yang last ni saya dah lupa).

Nama Sukan Prestasi Tinggi Sekolah, elaunnya RM 275 (Kelas 1), RM300(Kelas 2) dan RM325(Kelas 3). Soalan saya wajarkah?

Amerika melepaskan pengganas?


Amerika ni ade akai ke tara akai. Sekali fikir pun aku pelik 2 x fikir lagi aku rasa lebang libu. Apa pasal pulak Amerika melepaskan pengganas. sepatutnya apabila seseorang pengganas di dalam senarai dijumpai, sepatutnya ditangkap dan tentulah diletakkan kat Guantanamo (betui ke ejanya tu, balun je lah fahamkan, tempat seksa pengganas tu). Pelik bin ajaib tetiba salah seorang pengganas yang datang dari Malaysia yang terdapat dalam senarai dilepaskan oleh Amerika. Ni pengganas jenis apa ni. Pengganas jenis lain kot!


Siapa dari malaysia tu? Kata mereka orang tu dari Perak namanya Zombe A Kadiaq, ada dalam senarai para pengganas di Amerika. Akan tetapi mamat ni dilepaskan kerana, nak beri alasan apa ye. Buntu aku memikirkannya, ajaib pengganas dilepaskan. Aku nak gelak dulu le.

Hi hi hi hi hi , rupa langsuyor le pulak, tuko gelak

kih kih kih kih kih kih kih dah macam batuk kering nle pulak

Tak jadi le gelak

Kalau ada seorang mamat datang ke rumah aku dan mamat tu adalah dalam senarai mengganggu ketenteraman aku. Rasanya paling koman pun aku report polis. takkan aku biar dia terlepas dengan senyum kambing je (senyum kambing Utusan Meloya minat dia ni).

Maka datang le persepsi aku, cakap aje le sangka buruk aku:

1. Mamat ni sebenornya bukan dicop pengganas tapi ada membuat sesuatu kesalahan yang
menyebabkan mamat ni dilarang masuk ke Amerika. Apa salah dia ko tanya le yang sama
naik flight dengan dia tentu ada maklumat tu.

2. Dek keran malu ditahan dengan kesalahan yang menyebabkan beliau tak boleh masuk,
sedangkan beliau membawa misi dagang Perok tu. Maka diubah cerita yang beliau ada dalam
senarai Pengganas.

3. Gamaknya mamat ni dulu memang pengganas, tapi dah dapat jawatan bagus beliau berenti
jadi pengganas dan berkhidmat untuk Be End kot

Nota kuku kaki:

Cop pengganas oleh Amerika kepada orang Islam adalah diragui.

Wednesday, December 30, 2009

Tengok iklan 1 Malaysia kat TV.

Apahal le pulak kali ini gayanya pembuat iklan tu aku rasa dia main balun je buat tanpa rujuk dan tanya sesiapa. Pada aku le iklan ni amat merbahaya pada fikiran rakyat Malaysia yang beragama Islam. Ye le ape iklannya?

Iklannya begini kanak kanak Malaysia sedang bermain iaitu Melayu Cina dan India biasa la tu. Yang menariknya mereka bermain sampai dah main sanding-sanding di atas pelamin antara budak Melayu (tentulah Islam) dan India atau Cina (tentulah bukan Islam) lupa pulak aku. Mula-mula ibu bapa yang melihat kelihatan serba tak kena. Selepas itu ibu bapa kedua-dua belah pihak sipa tepung tawar sekali, merestuinya.Jadi kat mana yang tak kena?

Pada aku yang tak kena:

1. Perkahwinan berlainan agama , dalam Islam tidak menerima perkahwinan ini. (Indonesia jangan ikut mereka terlampau Liberal) melainkan pasangan bukan Islam telah memeluk Islam.

2. Iklan ini akan menyebabkan salah faham terhadap kebenaran yang kita bawa dalam Islam iaitu berkahwin itu seolah-olah direstui oleh orang tua-tua. Sedangkan mana mungkin perkara ini dibenarkan dalam Islam yang kita fahami.

3. kalau ye pun nak buat iklan 1 Malaysia, jangan le balun kot suka je. tanya le para mufti ke yang tentunya amat arif. tapi bagi AMNO siapa le mufti kan, mufti adalah yes man program anjuran AMNO kan kan.

Tuesday, December 29, 2009

Bio murtad Melayu, jangan,,,,

Selagi emak bapak aku orang Melayu, aku rasa tak pupius aku ni. Selagi aku dan bini aku Melayu tak pupus kemelayuan anak aku, kan gitu. Lagipun kalau nak dikira Melayu, kat mana yang Melayunya aku dan kiat semua yang Melayu. Sesetengah tu cakap Melayu dengan bangsa lain pun rasa koman sesangat. Pakaian Melayu bila sangat le kita semua pakai, hari Jumaat, hari Raya, majlis protokol berbaju Melayu (itu le kot).

Kekadang getik aku dengan semangat Melayu, pasal semangat yang tak ada hujung pangkal. Yang menguatkan semangat Melayu di Melayusia ni, mahu tak mahu aku ialah Roh Islamnya. kalau tak ada Roh Islamnya, aku rasa hancur lama dah Melayu ni. Tengok le Arab dan kalau rajin menengok rancangan Astro 111, rasanya macam bukan tengok Arab. baik aku tengok rancangan barat , memang dah serupa Arab. Aku menonton Astro 111 pasal nak tengok Arab, tapi kalau serupa barat, apa barang.

Hidup Melayu, aku rasa aku masih hidup dulu kini dan selamanya. Aku teringat kesah penyanyi Melayu Herman Tino yang popular dengan pelikat yang diselempangkan di bahunya semasa menyanyi, Herman Tino menceritakan bahawa kumpulan beliau menyanyi lagu barat di sebuah hotel. Seorang pelancong yang mabuk bangun dan membaling apa saya lupa dan berkata, Kalau saya nak dengar lagu barat baik saya pergi konsert kumpulan barat. Kami datang ke sini kerana nak tahu danhendak mendengar lagu kamu. Sejak itu penyanyi Herman Tino berubah dan memperkenalkan dirinya dengan kain pelekat.

Kalau rasanya melihat penyanyi Melayusia sekarang terutama pakaian mereka, baik mereka melihat penyanyi barat lagi seksi seperti dalam Astro 704. Pada aku kalau aku mengaku murtad Melayu takkan membawa maknaa apaa-apa kerana aku tetap tahu darah Melayu mengalir seluruh tubuh aku. Kalau nak harap yang lain semua serupa dengan yang lain. Pakaian kerja mesti bertali leher, seluar pentelon, baju kemeja. kalau pakai lain kene surat tunjuk sebab. Kemelayuan aku takkan hilang selagi darah yang mengalir ke tubuh aku ialah darah Melayu. Akan tetapi kalau aku mengatakan aku murtad agama Islam. Sah aku memang bukan lagi Muslim dan aku terke;uar dari agama aku.

Jadi mana lebih berat, murtad melayu kah atau murtad agama Islam kah?

Monday, December 28, 2009

Terimalah takdir AMNO.


Takdir yang pertama:

Dalam PRU12, 5 +1 negeri terlepas dek kerana AMNO tak menerima takdir maka dirampas kembali Perak dengan segala kerabat katak-kataknya. Selangor nak diharubirunya dengan macam-macam kesah. Itu belum kacau Penang, Kedah Kelantan. Wilayah tu nasib je bukan negeri pada dasarnya. Kalau AMNO terima takdir ( kalau aku cakap MCA dan MIC ada ke istilah takdir mengiku pengertian kita) tentu Melayusia aman sentosa tak ada kacau bilau. tapi sebab campurtangan AMNO, haru biru rakyat di buatnya.


Takdir yang kedua:

Rakyat dah buka mata terhadap segala apa yang gerombiolan (ejaan disahkan betul) AMNO lakukan selama ini. yang mana para gerombiolan telah menghancurkan agama, bangsa dan negara (dengan pakej kehilangannya). Rakyat yang tak celik , yang masih AMNO suap mulutnya dan media terhad kepada Utusan Meloya, Berita Hairan, Sasau, TV3Suku, RTeM dan yang sekandang dengannya sahaja yang masih buta. Sedarilah hakikat ini. Kata nak Islam tapi pelaksanaan Islam macam orang nanar punya kerja je.


Takdir yang ketiga:

Ingat takdir ini: Roda tu bulat tak selamanya ko diatas biarlah kami beri lagi 2, 3 tahun lagi. Tak selamanya ko akan menongkat dunia ni. Sedangkan Islam agama yang kita yakini betul pun ada pasang surutnya. mahu tak mahu Islam akan kembali berkuasa di bumi Allah ini. Masa PRU12 pun ramai yang terkejut, apatah lagi yang telah diramalkan oleh Rasllullah SAW. Ramalan beliau Islam akan bangkit kembali mendominasi bumi Allah ini. kalau engkau AMNO tolak Islam yang syumul, siap engkau juga akan tertolak. Israel dan Amerika pun tak boleh nak tahan akan kebangkitan itu nanti.


Takdir yang keempat:

Ini yang paling AMNO patut ingat sampai bebila (pinjam kaedah blog Ngonyen...Nyongen). Bahawa sanya pada PRU13 nanti buat lah apa saja, PR pasti akan memerintah Malaysia dan AMNO bakal hancur dibawah pimpinnan Bijan (Hipotesis RAHMAN). Semua negeri di Malaysia akan berubah kepada PR. Kalau engkau mahu pun engklau wahai AMNO ambillah Sabah dan Sarawak kerana berilah peluang para kontraktor ko makan kat sana, kat negeri lain dah tak boleh. Kau kautlah segala kekayaan di tempat sana, sampailah ketika PRU14 mereka pun sedar akan tembelang tembolok engkau wahai AMNO. Ko ingat balik apa yang ko lakukan dengan persempadanan semula yang ko lakukan yanga pada PRU12 jadi senjata makan diri. Jadi ko buatlah apa sahaja, insyallah kemenangan untuk kami, TAKBIR!


Takdir yang kelima:

Ini aku bagi can kat para pengunjung pulak menyatakannya. Semunya datang dari Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Sunday, December 27, 2009

http://1-mal.blogspot.com/

Blog ni cukup anti sangat dengan PK House dan blog yang mencarut. ada dia bagi link.


Tapi aku tengok dia pun 5X2 juga dengan blog yang dia benci. Guna kata pundek.



Gambar menarik dalam blog PK House: (Klik)

Orang lain bolehlah merekan tipu!

Tersangatlah mudah nak tau perhimpunan itu PAS punya kah atau Be End punyakah?
Orang lain boleh lah mereka tipu dengan mengatakan itu ini. Tapi rasanya para blogger susah nak kena tipu, kecuali blogger cari makan, tapi mereka pun tau ada penipuan. Kalau blogger cari makan mesti lagi tau penipuan sebab nak putak belit isu tu kan. Bagi mereka perut adalah segalanya bukan Be End pun. Andai kata masa PR memerintah selepas PRU13 nanti, mungkin mereka akan menukar blog mereka kepada PR Boleh ke, Aku Sayang PR ke kan?

Cuba lihat masa lampau kalau ada FRU ada water cannon ada pemprovokasi tentulah perhimpunan itu adalah perhimpunan PR. Yang mana kesudahannya akan berlaku penangkapan dan tercedera dan air asid dipancut dan ISA pun dilaksanakan dengan penuh tawadduk dan khusyuk oleh para penjilat-penjilat.

Akan tetapi kalau AMNO atau Be End yang berdemo maka para polis akan mnegawal dengan penuh khusyuk dan tawadduknya agar pendemoan itu akan berlaku dengan mustaidnya. Mari kita lihat bagaimana perhimpunan di Selangor tadi.

Adakah tangkapan?

Adakah semburan water cannon?

Adakah jerit pekik, haru biru?

Kalau tak ada semua itu maknanya bukanlah perhimpunan itu dari PR tapi mungkin parti baru kot . Iaiitu Parti Baju Merah.

Tadi baju merah jawab kat TV 8.26 pm: kami buat sendiri tak ade tak ade dapat support dari mana mana!

Semalam aku nak upload gambar lain terupload gambar lain kay PC aku. Aku ikut naluri, klau aku rasa okey aku biar saje le. Maf sebab gambr tak berkaitan dengan artikel.

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------