LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Monday, September 06, 2010

Dengokan labun.....

Dengokan labun deme lagi le.
Memang macam tu yang selalu dikatakan kat AMNO masa ni. Dengo kan labun: kata ni orang Perak menyindir kat orang bercakap berdegar-degar tapi apa pun tidak. Kan banyak AMNO cakap macam tu, tapi sebenarnya apa pun tidak, bahkan balik ke batang hidung AMNO balik.

Bulan puasa ni apa isu yang tak dibuat dek AMNO hingga terkini macam macam dah. Hal agama, hal kaum, hal mufti , hal iklan, hal lembu Lim Guan Eng, hal surau, hal masjid. Hal tempat ibadat pun ada dua kali ni dengan isu beri sumbangan di surau dan doa kat Lim Guan Eng. Dahsyat serangan AMNO kat PR dalam bulan Puasa je. Macam le orang kafir Musyrikin menyerang tentera Islam dalam Perang Badar kononnya minda orang Islam lemah dalam bulan Puasa ni. Perpektif mereka sama dengan orang kafir Makkah. Sebenarnya itulah minda orang AMNO iaitu amalan Islam adalah melemahkan orang Islam. Puasa melemahkan tak boleh berlatih bola. Qiamullail menyebabkan orang Islam mengantuk dan tak produktif. Pakai serban menyebabkan kepala panas. Minda yang tak mempercayai apa yang Islam buat tapi percaya kat APCO,,,, aik, ish ish.

Dengokan Labun: marilah kita menjadi seorang yang menjalankan Islam dengan baik. Tapi mereka sendiri tak percaya apa yang mereka ajak. PAS nak ajak buat HUDUD , mereka juga yang menolak. Sudah le tu mereka pulak menuduh PAS tak mampu melakukan HUDUD kerana tunduk kepada DAP. Sedangkan kuasa masih pada persekutuan dan bila hudud dibentang, mereka pulak yang menentang hudud atas dasar kata mereka kita negara majmuk. Sedangkan perlembagaan Madinah pun di buat dalam negara yang majmuk. Dengokan labun AMNO ish, mereka le juara agama, juara bangsa, tapi realitinya merekalah menghancurkan agama Islam dan bangsa Melayu.

Carilah sendiri apa yang mereka (dibaca AMNO) buat huru hara kat Islam dan Melayu.
DENGO KAN LABUN...............

No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------