LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sunday, November 08, 2009

Ada seorang pegawai kerajaan......



Aku mendengar salah satu perbincangan pegawai kerajaan tu merangkap Ketua Pemuda AMNO cawangan dengan AJK dia orang, dalam kata lain aku pasang telinga le:

"Bang J macammana nak cari duit pasal nak buat program sukan pemuda kita ni" AJK nya
bertanya sambil tersengih.

"Ala, kita minta je kat pejabat AMNO" bang J berkata dengan penuh yakin.

"Ada ke pejabat AMNO tu duit bang, pasal teman tengok duit AMNO cawangan pun kita ciput
je" tanya AJK nya lagi dengan sedikit keraguan.

"AMNO tu kan kerajaan, banyak le deme duit" lagi kata bang J dengan penuh yakin.

"Ate boleh lah kita mohon kan bang" tanyalagi AJK nya untuk meyakinkan dirinya.

"Kamu tahu , kalau PAS memerintah mana ada deme duit nak memerintah Mesia ni" kata bang
J dengan pebuh keyakinan.

Mendengar kata-kata beliau tadi tergelak dalam hati aku, ada lagi ketua pemuda AMNO yang faham macam tu, padan la deme tak mahu ubah-ubah. Kalau dah pemuda nya begitu yang tetua apa tah lagi. Oh Mesia ku!

Saturday, November 07, 2009

Teori RAHMAN...oiii dah basi dah!











Salah kah aku jika aku mengatakan esok hujan tetiba esok tak hujan. Kalau salah sepatutnya Jabatan Kaji Cuaca yang buat ramalan kat TV dan radio itu dipersalahkan sebagaimana hangpa mnenyalahkan aku. Jadi walau pun apa yang aku tulis kat tajuk tu macam dah basi tapi aku nak kemukakan dari sudut oandangan aku. Aku tak merasakan teori ini dah basi. Kalau dah basi dia tak dinamakan teori, cuma ramalan. kalau teori ia bermaksud satu hipotesis itu telah di sahkan.

Maka oleh keran Teori Rahman belum disahkan maka aku menukarkan tajuk aku itu kepada HIPOTESIS RAHMAN. Eh macammana begitu bukankah telah berlaku huruf RAHMAN berlaku tepat seperti nama itu. Ni taip balik bagi yang ketinggalan tentang maksud RAHMAN tu, R untuk Rahman, A untuk Abdul Rajak, H untuk Hussein On, M untuk Mahather, A untuk Abdollah dan N untuk Najiib. Bukankah semua dah terbukti maka teori le kan.

Maaf , bagi aku yang tersurat itu memang le teori macam dah disahkan tetapi yang paling penting sekali dalam HIPOTESIS RAHMAN ialah inti pati kepade HIPOTESIS itu masih belum boleh disahkan maka aku masih panggil dia HIPOTESIS RAHMAN. Begini, pada aku selepas HIPOTESIS RAHMAN maka berkuburlah pemerintahan AMNO terhadap kekuasaannya terhadap Mesia. Setakat ini AMNO masih memegang tampok pemerintahan akan tetapi selapas Najiib dikalahkan atau telah berhenti sebagai Pi M maka di situlah baru layak kita tukar HIPOTESIS RAHMAN kepada TEORI RAHMAN. Amacam!!!!!!!!!!

Thursday, November 05, 2009

Logik AMNO.......logik.......!

Bunga bukan riba kan logika AMNO.
Kononnya orang AMNO kabo kat seluruh rakyat Melayu bahawa DAP akan membonekakan segala pemimpin PR yang memimpin Perak. Maka orang Melayu akan di kuasai oleh bukan Melayu. Itu logika AMNO le. Sekali baca logik tu boleh pakai, dua kali baca itu One Mesia kena pikir balik. Macam menentang One Mesia je. Jadi oleh kerana sayangkan Melayu macam orang Melayu tak ada pilihan makakena lah mereka memilih AMNO sahaja. Logik tu, kata orang AMNO yang termakan logika AMNO le.

Habis logika yang betul apa dia! Kalau orang AMNO yang mengundi AMNO sekarang bertukar semuanya mengundi PAS semasa PRU12 hari tu. Tentu yang akan menguasai pimpinan Perak ialah pimpinan Melayu. Ada betul ka ini logika? Tak ada le kecoh pasal Melayu jadi Boneka(kata dek orang AMNO saja). Orang Melayu tak seberani orang orang Cina dan orang India membuat perubahan. Siapa salah yang meyebabkan mereka mengatakan bahawa Melayu di bonekakan. Jadi pada PRU 13 ada berani ka ubah terus kepada PAS orang Melayu AMNO. Pasal kalau undi AMNO pun kita semua tahu apa penanagan yang kita terima.

Kot paling koman pun PR akan mendahulukan rakyat marhaen. Semua nampak jelas bahawa AMNO sekarang memang tak mendahulukan rakyat tetapi tetap menghulukan rakyat. Ada betui ka logika aku? Kalau diperhatikan bajet 2010 pun sepatutnya semua orang dapat mengenalpasti bahawa belanja bunyi ke arah rakyat, tetapi amat jelas hala sebenar ialah ke arah kroni.
Bukan rakyat tak tahu bahawa politik wang tu ialah rasuah sebagaimana kerajaan kita menukarkan riba kepada bunga (faedah), dedah aurat okey demi seni dll/ Yakni matlamat menghalalkan cara. Bunyi perkataan itu di elokkan agar benda HARAM itu dianggap halal. Siapa punya kerja PAS kah atau AMNO kah.

Jadi aku rasa nak nangis le pulak:

ish... ish ... ish ... ish hek, hek.......isk........................Allahuakbar!

Wednesday, November 04, 2009

Bacalah wahai orang AMNO ....

Ni aku link bagi mudah nak klik:
http://gigitankerengga.blogspot.com/2009/11/sekilas-laporan-audit-bagi-negeri.html

Liwat V1 ....Liwat V2.

Sesiapa yang mengikuti kisah liwat Anwar V2, mesti juga mengetahui kisah tu dalam V1. kalau tak mengetahui liwat V1 takkan boleh memahami liwat V2. Jadi liwat V1 itu dah lama berlalu iaatu sejak tahun 98 lagi. Jadi yang masih kecil masa tahun 98 tu tentu susah memahami kisah tu. Untuk lebih memahami kisah liwat V2 mahu tak mahu mesti baca habis kesah liwat V1. kalau tak nak baca dari bloggers PR, baca dari kes mahkamah. Wajib.

Antara klu yang menarik:
1. Hakim Gula -gula HACKS
2. Tilam
3. Villa
4. Musa Hassan
5. Dll

Tuesday, November 03, 2009

JAISE... nyanyi lagu Ahmad Jais lagi baik maaa..



Apa benda ke lawak minggu ni buat dek JAISe.. Tu.. tu.. tuuuu Mana? Tuu... banyak kerja lain boleh buat bagi meningkatkan Islam. Yang sepatutnya tak payah tauliah pun sampai seramai itu. Gaya macam penjenayah besar ke ex Mufti kita ni?

Nih aku bagi kerja ada faedah sikit:
1.Cuba bagi dakwah kat artis yang ramai dah melampau tu.
2. Cuba jalan kat kelab malam berlambak lagi pemabuk selain Kartik..
3. Banyak lagi ko cari sendiri le Jaih oiii.

Jadi aku nak ketawa macam mabuk...





hik...hik....hik....hik....hik....hik... cukup ke? tak cukup





hiiik hiiik hiiik hiiik , dah le tu aku tak tahan dengan penangan keGILAan ini.

Monday, November 02, 2009

DUN Perak: RM 700 juta, 20 minit

Begitulah hebatnya Perak di bawah pimpinan MB dalam membentangkan badget Perak di DUN Perak. Hanya dalam masa 20 minit badget DUN Perak diluluskan oleh MB sepupu Gobalakrisnan. Kalau dengar ceramah Gobalakrisnan mesti dia cakap itu macam la.

Meh aku tulis dalam angka penuh RM700 000 000.00 sen, untuk yang tak tau le. Yang dah tau saja aje le. Hebat benar tu tergesa-gesa hendak cepat benar tu macam ada menyembunyikan sesuatu je dalam badget tu
. Gamaknya tak pakai mukadimah, tak pakai basa basi, balun bentang dan semua jadi pak angguk, yang setuju le.

Cerita badget ni tahan lagi aku dengar, tapi tak larat aku dengan bile beli lap top 2 buah RM 82 ooo, Malaysia tanah airku,
terkejut Bill Gate. Itu tak juga hairan ni kalau beli 2 mesin fotostat RM500 000.00 sen. Tentu amat sofistikated mesin tu, dan tentu mesin tu amat berguna untuk rakyat dan sesuailah dengan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Agak macam ni la mesin fotostatnya tak?

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------