LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 29, 2010

AMNO PR Cari Ongkos (APCO)


Isu ni dah lama tapi sebab aku perati golongan APCO ni asyik dok menyalak beria ria kemudian ni. Siapa golongan APCO ni. Nak kata mereka PR cakap macam AMNO, ni yang aku gelar mereka APCO. Golongan ini pulak kat media cetak dan elektronik diberikan liputan yang luas seolah olah mereka ialah ahli Be End.

Gini la. Pada dasarnya mereka ini adalah golongan ahli PR tapi mereka menyalak kat media macam mereka ini ialah ahli AMNO. Aku heran le pulak , ish mereka ni AMNO ke PR.
Kalau betul hati dan perasaan APCO itu pada PR aku rasa tak sepatutnya mereka menyalak kat media memberi bola tanggung kat AMNO. Kalau sudah memberi bola tanggung kat AMNO maknanya APCO tak peduli, asal hajat mereka terpenuh lantak le PR tu hancur kena libas oleh bola tanggung tadi.

Bila sikap APCO tu begitu, hati saya lagi tertanya-tanya, apakah agenda mereka untuk PR atau AMNO. Kalau betul golongan APCO ni sayangkan PR tentu mereka takkan biarkan PR dilibas oleh bola tanggung yang golongan APCO ni sendiri beri. Jadi tentu hati aku berkata-kata iaitu golongan APCO ini adalah sebenarnya ahli AMNO yang menyamar dan menyerap masuk ke dalam PR untuk menghancurkan PR.

Bila berlaku kes bola tanggong ni juga hati aku tak kan berkata sekadar satu sebab. Jadi di sini aku nyatakan sebab yg kedua. Adakah golongan APCO ini adalah sememangnya ahli PR tapi mereka telah di sumbat dengan ongkos yang sangat menggecurkan air liur. Kalau letak depan mamat atau minah APCO ni moh RM 1 000 000 terliur mereka tu kan.

Tapi kepala otak aku ni terfikir lagi satu sebab yang paling benar aku rasa. Aku rasa sebab yang paling masuk dek akal ialah mereka ini adalah bodoh, tak pun bangang, tak pun tenging atau sewaktu dengannya. Sudah tau media akan menggunakan segala isu yang mungkin untuk memporak perandakan PR. Akan tetapi para APCO ni menggunakan media untuk menyuarakan isi hati terhadap PR. takkan media nak beri peluang untuk kasi political mileage kepada PR. Ini pun susah nak faham ke. Ish terasa kejahilan golongan APCO ni.

No comments:

Post a Comment

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------