LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sunday, July 11, 2010

Perak: GEMPOR---GEMPOR

Gambar tak kena mengena dengan posting, jangan buat pasal.
Kalau rajin melihat kat cermin belakang atau sisi setengah-setengah kereta di Perak atau masa mereka merayap keluar dari Perak, maka akan ternampaklah perkataan GEMPOR___GEMPOR. Biasanya kalau ada perkataan begitu tentu ada perkataan DAULAT TUANKU (klik untuk posting tentang ini). Kat kereta siapa yang ada pelekat ini. Apa lagi selain dari dari kereta Pemuda AMNO_APCO.


Jadi apa salah deme pakai begitu. Tak le salah apa nya. Cuma aku nak berkhabar saja kat kengkawan. iaitu para pemuda AMNO_APCO merasakan bahawa mereka sekarang sudah sangat terdesak dan mereka perlu menggempor para pejuang PR khasnya.


Meh aku lihat dari kontek bahasa khasnya loghat Perak. Bila aku tengok perkataan tu jadi aku terus menilai dari sudut loghat Perak pasal yang bawak ke hulu ke hilir pelekat tu ialah orang Perak. Perkataan itu kalau di jadikan loghat Kuale make ia adalah dari perkataaan GEMPAR dan perkataan ini bila di loghat Kuale kan ia menjadi GEMPOR. Jadi persepsi aku bila membaca perkataan ini ialah akan berlaku satu kegemparan yang amat besar di Perak sebab diulang 2 kali GEMPOR____GEMPOR. Kegemparan yang akan berlaku di Perak ialah Be End akan tumbang di Perak dengan lebih besar lagi dan mengikut kiraan mereka akan menjadi 2 kali ganda undi kalah dari dulu.


Manakala kalau dilihat dari sudut bahasa Malaysia perkataaan GEMPOR itu tak mahunya GEMPOR tapi perkataan bahasa Melayu ialah GEMPUR. Jadi perkataan itu bukanlah bermkasud AMNO mahu mengempor PR, akan tetapi hanya memberitahu bahawa akan berlaku kegemparan di Perak yang 2 kali lebih hebat dari dulu.


Atau mungkin juga memang mereka berhajat menggempur PR akan tetapi para pemikirnya tersalah bahasa kerana standard penyokong AMNO merangkap sekali pemikirnya adalah lulus SPM je. Kaluau ada pun yang tinggi sikit sikit ilmunya pun sebab mata dah dibutakan dengan nafsu tamak dan haloba. Jadi mesej yang diberi oleh pelekat para pemuda AMNO itu adalah salah sama sekali takkkanlah sekadar memberitahu GEMPAR__GEMPAR. Tentulah mesej mereka ialah GEMPUR____GEMPUR.

1 comment:

  1. Jangan le pecaye deme kate nak gempo-r tu, bedego-r dego labun deme tu. Kot nak berani bebeno minta le deme gempo-r Israel tu, tak pun pegi le naik kape (baca: kapal) bawak bantuan kemanusiaan tu ke Gaza tu? Ishhh tak adenye berani deme pun. Berdego dego aje ato takat tampe (tampal) poster, stiker kete (kereta) sape pun boleh (eh ye tak ye, Malaysia Boleh yek?)...hahaha

    ReplyDelete

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------