Dalam kita mendengar ceramah tiba tiba kita datang rasa hati nak bertanya kat penceramah atau ustaz yang mengajar kat Masjid. Kita tanya macamana malaikat maut boleh mencabut nyawa di dua tempat (New York dan Kuala Kangsar) yang jauh dalam masa satu saat. Maka atas dasar kealiman ustaz itu maka menjawablah dia bahawa itu adalah Kuasa Allah.
Baik apa kah rasa anda atau jemaah yang mendengar ceramah itu tatkala mendengar jawapan begitu. Rasanya tentulah kita takkan berpuas hati menerima jawapan begitu. Walaupun kita tahu bahawa jawapan itu adalah tersangat benarnya. Maka sekarang ini kalau di sekolah para guru menjawab begitu tentulah akan diserang denagn soalan lain yang lebih sukar untuk dijawab dan pastinya ustaz atau guru itu takkan dihormati lagi.
Memang la ada beberapa soalan yang tak mampu dijawab melainkan menggunakan jawapan Kuasa Allah. Misalnya mengapakah roh seorang manusia berada di alam roh? Kita jawab dengan Kuasa Allah, tentu tidak akan memuaskan hati manusia. Sekurang-kurangnya berilah dalil Al Quran iaitu dalam Quran ada mengatakan bahawa persoalan roh itu serahlah pada Tuhan.
Atau ada yang gatal mulut nak bertanya macammanakah rupa tuhan? Kuasa Allah kah jawapan kita, tentu sekali tidak kerana kalau yang telah belajar sifat 20 Allah tentu ada jawapan yang boleh membantu.
Kenapa jawapan Kuasa Allah itu tidak sesuai? Beginilah kalau guru bertanya kepada murid kenapa lambat masuk kelas. Maka denga yakinnya murid itu menjawab Kuasa Allah cikgu. Macamamana cikgu tu nak menerimanya. Atau si bapak bertanya kepada anak dara nya yang termengandung. Siapa jantan yang buat kamu mengandung? Maka anak tak ada dara itu menjawab dengan Kuasa Allah bapa. rasanya tentu pengsa akan bapa anak tak ada dara itu bila itu jawapan yang di beri. Tapi kalau bapa tu cerdik sikit tentu dia akan buat begini. Pang ditamparnya anak tak ada dara itu denagn sekuat hatinya. Bila ditanya oleh anak tak ada dara kepada bapanya. Kenapa bapa tampar sya, Jawab bapaknya, Kuasa Allah.
Ni persoalan mantik ni...hehe..advanced knowledge..tentu le kena ada cukup ilmu nak menjawabnya..at least basic dah cukup kuat..tu pun kot soalan tu yo le drp yg ikhlas lagi mencari kebenaran Islam & iman, & bukan drp mereka yg buta hati, buruk perangai & kategori 'mengada-ngada' macam kaum Nabi Musa dedulu...hehe
ReplyDeleteNama baru nampak?
ReplyDelete