LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 29, 2010

AMNO PR Cari Ongkos (APCO)


Isu ni dah lama tapi sebab aku perati golongan APCO ni asyik dok menyalak beria ria kemudian ni. Siapa golongan APCO ni. Nak kata mereka PR cakap macam AMNO, ni yang aku gelar mereka APCO. Golongan ini pulak kat media cetak dan elektronik diberikan liputan yang luas seolah olah mereka ialah ahli Be End.

Gini la. Pada dasarnya mereka ini adalah golongan ahli PR tapi mereka menyalak kat media macam mereka ini ialah ahli AMNO. Aku heran le pulak , ish mereka ni AMNO ke PR.
Kalau betul hati dan perasaan APCO itu pada PR aku rasa tak sepatutnya mereka menyalak kat media memberi bola tanggung kat AMNO. Kalau sudah memberi bola tanggung kat AMNO maknanya APCO tak peduli, asal hajat mereka terpenuh lantak le PR tu hancur kena libas oleh bola tanggung tadi.

Bila sikap APCO tu begitu, hati saya lagi tertanya-tanya, apakah agenda mereka untuk PR atau AMNO. Kalau betul golongan APCO ni sayangkan PR tentu mereka takkan biarkan PR dilibas oleh bola tanggung yang golongan APCO ni sendiri beri. Jadi tentu hati aku berkata-kata iaitu golongan APCO ini adalah sebenarnya ahli AMNO yang menyamar dan menyerap masuk ke dalam PR untuk menghancurkan PR.

Bila berlaku kes bola tanggong ni juga hati aku tak kan berkata sekadar satu sebab. Jadi di sini aku nyatakan sebab yg kedua. Adakah golongan APCO ini adalah sememangnya ahli PR tapi mereka telah di sumbat dengan ongkos yang sangat menggecurkan air liur. Kalau letak depan mamat atau minah APCO ni moh RM 1 000 000 terliur mereka tu kan.

Tapi kepala otak aku ni terfikir lagi satu sebab yang paling benar aku rasa. Aku rasa sebab yang paling masuk dek akal ialah mereka ini adalah bodoh, tak pun bangang, tak pun tenging atau sewaktu dengannya. Sudah tau media akan menggunakan segala isu yang mungkin untuk memporak perandakan PR. Akan tetapi para APCO ni menggunakan media untuk menyuarakan isi hati terhadap PR. takkan media nak beri peluang untuk kasi political mileage kepada PR. Ini pun susah nak faham ke. Ish terasa kejahilan golongan APCO ni.

Wednesday, December 22, 2010

100 beautiful faces 2010

Wednesday, December 15, 2010

Aku rasa la.......

Mukaddimah ni biasa la bagi aku. Agak-agaknya faham tak orang AMNO apa yang aku cuba posting kan ni. Sebab dah jenoh dah orang bagi maklumat baik punya. Tapi serupa itu juga mereka (Di baca AMNO).

Walaupun AMNO sukar nak faham aku balun kan juga di sini , mana le tau kot Allah izinkan kot mereka akan faham. Kerja nak faham ni bukan kerja kita tapi kerja Allah kita cuma usaha bagi tau sebaik dan semampu boleh. Kan gitu.

Gini la. Masih ramai orang yang kena gantung kerana mengedar dadah, walau pun semua orang tahu bahawa mengedar dadah melebihi had ( ada had la pulak) akan digantung mandatori. Namun begitu (mulanya nak N3: akan tetapi) macam tak ada sudahnya hukuman gantung mandatori ni pada pesalah dadah di Malaysia. Persoalannya kenapa ini berlaku di Malaysia. Sedangkan hukuman yang paling berat ialah mati siap gantung lagi. Logik manusia tentu kata , hai takut la nak edar dadah, nanti kena gantung sampai mati. Tapi seolah-olah para pengedar merasakan apah tak hajab ( tak peduli) pada hukuman yang dikira berat itu.

Jadi aku rasa dalam persoalan manusia ini bukan akal manusia yang boleh digunakan untuk mencegah atau memandai menentukan apa hukuman yang wajar dikenakan atas sesuatu kesalahan. Hukuman untuk manusia sepatutnya diberikan kepada pembuat manusia itu sendiri yakni Allah SWT. Hanya Alah yang mengenal siapakah makhluk ciptaannya itu. Itu logiknya kan. Maka sepatutnya kita akan mengikut apa cadangan (manual ) dari Allah tentang apa hukuman yang sepatutnya diberikan jika melakukan sesuatu.

Tentang mengedar dadah dadah maaf saya akui tidak tahu apa yang sepatutnya hukuman yang sewajarnya dalam Islam ( akan tetapi ini boleh dirujuk pada para ulama yang berpandukan Al Quran :manual manusia). Yang ni aku tau: kalau berzina maka kena sebat dengan rotan 100 x kalau belum kahwin, kalau kahwin dah, kena rejam sampai mati. Bila Allah kenal apa yang diciptanya maka sewajarnya hukuman ini adalah amat tepat dan wajar dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah ini. Bukan dengan mencipta pengubatannya (konon) iaitu menyediakan Sekolah Budak Hamil kah , kondom edarkan kah dan yang sewaktu dengannya iaitu tidak berpandukan Al Quran dan Sunnah. Jelas sekali bila undang-undang itu di amalkan sudah pasti ia akan membantu mencegah masalah itu.

Ia kah mencegah? Misalnya di Mekah kedai ditinggalkan tanpa tutup atau kunci, adakah sesiapa yang berani ambil barang barang jualan walaupun sipekedai meninggalkan untuk bersolat. Tidak sesiap yang berani kerana si pencuri akan dipotong tangannya. Kenapa ini berlaku kerana Al Quran diikuti sebagai panduan.

Jadi kenapa AMNO masih tidak mahu hukum Islam dilaksanakan di Mesia, aku rasa la dikalangan mereka terlampau ramai pencuri, penzina, peminum arak. Amacam betui tak AMNO

Saturday, December 04, 2010

3 Strategi AMNO ( BN ) sebelum PRU13


Kalau saya seorang perangka strategi serangan politik AMNO. Ini lah strategi saya.

Strategi 1
Strateginya ialah sbelum ini saya telah menyusupkan berapa ekor kuda trojan dalam beberape kubu PR . Kuda ini tugasnya ialah meyakinkan para peyokong Pr setempat dan akhirnya beliau terpilih sebagai orang penting cabang, ranting tak maen le kecuali kawasan strategik.

Biasa le dalam kuda trojan itu ada diletak beberapa orang yang bekerjasama untuk tujuan itu. Bila mana masa yang sesuai nanti maka akan di lepaskan orang dalam kuda trojan nanti untuk menyerang PR. Sudah semestinya AMNO gayat melihat situasi PRU12 dan pasti pada PRU13 nanti akan banyak kuda trojan di lepaskan agar PR dilihat begitu lemah untuk menghadapi PRU13.

Maka para ahli mesti cuba menyiasat siapakah para torjan itu agar dapat ditebas sebelum PRU13. saya juga nampak bahawa DSAI dan kuncunya amat menyedari tentang kehadiran para trojan ini. Maka tindakan yang mereka buat ini ketika ini adalah untuk menyekat para trojan ini. Walaupun tindakan ini didapati tidak popular. Kalau benar ini teruskan wahai DSAI dan kuncunya. Akan tetapi jika sekadar mewaris kebobrokan AMNO ingat kami di sini ada sentiasa untuk menilainya.

Strategi 2

Akan saya sediakan beberapa orang katak yang sedia untuk melompat pada masa yang sangat sesuai. Masa ini beberapa orang ejen tentu sedang berusaha untuk menggoda beberapa orang yang di kalangan PR untuk dijadikan katak. Jika didapati katak ini begitu cekal maka pelan B nya ialah menggoda katak agar berada di situasi yang akan menyebabkan mereka akan berhadapan dengan mahkamah. Maka ini pasti akan menyebabkan mereka akan terpaksa melompat bila dicucuk ekornya nanti. Khasnya bila PRU 13 nanti agar PR kelihatan sangat lemah ketika itu.

Para penyokong PR sayugia diingatkan mesti memantau YB atau pemimpin yang kelihatan begitu lemah dan rapat dengan kalangan BN. Buatlah sesuatu dengan menyediakan bukti yang dapat menangkis serangan itu nanti. Kita tak mampu nak menuduh sesiapoa waktu ini, tapi kita boleh buat persediaaan bila melihat gelagat yang tak begitu selari dengan PR

Strategi 3.

Walaupun strategi ini dikatakan lapok akan tetapi. Ia amat berkesan apabila ia digandingkan dengan strategi 1 dan strategi 2. Bila PR kelihatan lemah maka bila dilancarkan strategi 3 iaitu pengumumamn Tv iaitu penyokong Pr keluar dari Pr akan domomokkan di kaca TV. Maka lengkaplah keprcayaan rakyat bahawa PR tak mampu kerana begitu ramai telah keuar.

Kemaskinikan senarai ahli agar kita dapat menjawab dengan segera akan kononnya penyokong yang keluar itu. Kerana selama ini penyokong yang keluar itu sebenarnya ialah bukan ahli PR sebenarnya.

Friday, December 03, 2010

Syabas LGE, bravo!


Nak tau berikut nye baca ni:
http://motherof3mohd.blogspot.com/2010/12/hantu-cina-buat-hal-lagi.html

Kalau Bijan sebagai induk kepada negeri iaitu negara(Persekutuan) tak lawan angka nih . Ish mana nak sorok muka weh.
Konon Tranformasi Ekonomani le ish.
Konon One Mesia le.

Cit Poorah buktikan lawan angka LGE nih. cit.

Thursday, December 02, 2010

Wanita PERKOSA

Sayang rupa ketua wanita PERKOSA comel, tapi otak tak comel.
Cuba tengok balik senarai yang mengkhianati Melayu.
Tu la dudok dibawah tempurung akan Raja Katak SeMalayasia ni sapa pun jadi bengap juga.
Sebenarnya DSAI memang nak menghancurkan Melayu dan menaikkan Melayu.

Melayu yang nak dihancurkan ialah Melayu AMNO yang sangat terang sudah banyak mengkhianati Melayu.
Akan tetapi DSAI juga sedang menaikkan Melayu yang akan menggantikan Melayu AMNO dan akan menjadi Melayu yang lebih berupaya mencorakkan viisi dan misi Melayu pada masa hadapan.

Patut ketua wanita PERKOSA halakan serangan kepada Melayu AMNO yang selama ini hanyan mengguk akan segala perbuatan AMNO yang mengkhianati Melayau.
Cuba tengok selama AMNO memerintah di tanah Melayu berapa hebat kedudukan Melayu sekrang adakah lebih hebat dari kaum lain di Malaysia.

Tuesday, November 16, 2010

Luahan perasaan penyokong PKR...

Setiap kali ada meeting kat PKR kat tempat aku aku pegi. Setiap kali perjumpaan aku pergi tambahan pula dekat rumah aku. Namun begitu aku bukan memana ahli dalam PR. Bahkan aku msaih diletak sebagai ahli AMNO walau pun aku tak pernah bayar yuran dan dah lama mufarakah dengan AMNO. Bahkan semasa dengan AMNO pun aku selalu rasa tak selesa dengan ap a yang di anut oleh AMNO. Tapi kerana aku taat dengan bapak aku, jadi aku ikut tanpa kerelaan. Tapi dalam meeting apa saje aku balun mana yang boleh dalam erti kata lain rambut tak putus tepong tak selerak. Sampai kan semua rakan PKR ingat aku ahli PKR dan mereka menawarkan aku jawatan dalam PKR. Bukan koman koman jawatan kerana aku ditawarkan ke cabang PKR daerah aku. Rengkasnya aku menolak.

Jadi bila sahaja ahli PKR terkini berusaha bersungguh-sungguh dalam menempatkan diri mereka dalam ranting, cabang atau negeri atau pusat PKR aku rasa ada sesuatu yang tak sedap di hati aku. Aku menolak mereka berebut. Sedangkan prospek aku dalam PKR kalau PRU13 menang nanti akan lebih cerah, tambahan pula kalau aku mahu lebih serius. Darah daging keluarrga kami memang ada begitu. Ini bukan soal sombong tapi sekadar penceritaan (dijauhkan aku dari sifat sombong)

Bile mula saja katak-katak bertempiaran dari PKR aku masih ada hati kat PKR dan masih bersama dan membantu di mana perlu. Akan tetapi aku manusia biasa bile disentak dengan beberapa ujian ke atas PKR aku terasa sesuatu. Peristiwa 16 Sept DSAI, lompatan katak di Perak negeri ku yang menyaksikan sejarah untuk dunia politik dll. Mutakhir ini bila Zaid keluar aku dapat memahami sesuatu iaitu ada pihak yang sedang berusaha sesungguh agar PKR terus hancur luluh. Agenda mereka makin terancang kerana mereka makin mehami PKR adalah teras dalam PR. Walau DAP dan PAS adalah dominan dalam politik memasing . Akan tetapi PKR lebih mendominasi PR. DSAI dilihat sebagai mastermind yang sangat berupaya menyatukan PR dan sedang diusahakan kejatuhannya. Dilihat skrip dari Mahadet tak berjaya menjatuhkan mereka menggunakan skrip Sayfool Bukeri dan bila dilihat skrip itu juga sumbang maka mereka memula kan skrip Rahimie Osmang pula agar perkataan liwat itu kekal di kepala para audien media.

Saya mengambil sikap lebih efektif dengan banyak mencari maklumat tanpa selektif. Ini dengan harapan agar saya dapat memahami sesuatu. Akhirnya direngkaskan cerita saya dengan ini mengesyorkan agar kita mengadakan persediaaan agar DSAI digantikan satu sosok yang berwibawa agar beliau mula dijadikan taruhan demi memprjuangkan PR agar lebih berupaya menongkah arus. Juga sosok itu mesti dilatih oleh kita agar dia lebih bersedia untuk di serang seperti DSAI. Bukan kerana saya hilang kepercayaan kepada DSAI akan tetapi, agar momentum yang di bawa oleh DSAI akan dapat diteruskan oleh sosok yang dapat bingkas dan relevan dengan situasi olitik Malaysia yang menuntut sesuatu.

Maaf kalau sosok ini tidak disenangi oleh sesiapa yang berjuang atas sesuatu. Sosok yang saya syorkan patut ditonjolkan agar meneruskan momentum DSAI ini ialah DS Nizar Jamaluddin.

Mari kita ketengahkan sosok kita dan rasionalkan.

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------