LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 16, 2010

Luahan perasaan penyokong PKR...

Setiap kali ada meeting kat PKR kat tempat aku aku pegi. Setiap kali perjumpaan aku pergi tambahan pula dekat rumah aku. Namun begitu aku bukan memana ahli dalam PR. Bahkan aku msaih diletak sebagai ahli AMNO walau pun aku tak pernah bayar yuran dan dah lama mufarakah dengan AMNO. Bahkan semasa dengan AMNO pun aku selalu rasa tak selesa dengan ap a yang di anut oleh AMNO. Tapi kerana aku taat dengan bapak aku, jadi aku ikut tanpa kerelaan. Tapi dalam meeting apa saje aku balun mana yang boleh dalam erti kata lain rambut tak putus tepong tak selerak. Sampai kan semua rakan PKR ingat aku ahli PKR dan mereka menawarkan aku jawatan dalam PKR. Bukan koman koman jawatan kerana aku ditawarkan ke cabang PKR daerah aku. Rengkasnya aku menolak.

Jadi bila sahaja ahli PKR terkini berusaha bersungguh-sungguh dalam menempatkan diri mereka dalam ranting, cabang atau negeri atau pusat PKR aku rasa ada sesuatu yang tak sedap di hati aku. Aku menolak mereka berebut. Sedangkan prospek aku dalam PKR kalau PRU13 menang nanti akan lebih cerah, tambahan pula kalau aku mahu lebih serius. Darah daging keluarrga kami memang ada begitu. Ini bukan soal sombong tapi sekadar penceritaan (dijauhkan aku dari sifat sombong)

Bile mula saja katak-katak bertempiaran dari PKR aku masih ada hati kat PKR dan masih bersama dan membantu di mana perlu. Akan tetapi aku manusia biasa bile disentak dengan beberapa ujian ke atas PKR aku terasa sesuatu. Peristiwa 16 Sept DSAI, lompatan katak di Perak negeri ku yang menyaksikan sejarah untuk dunia politik dll. Mutakhir ini bila Zaid keluar aku dapat memahami sesuatu iaitu ada pihak yang sedang berusaha sesungguh agar PKR terus hancur luluh. Agenda mereka makin terancang kerana mereka makin mehami PKR adalah teras dalam PR. Walau DAP dan PAS adalah dominan dalam politik memasing . Akan tetapi PKR lebih mendominasi PR. DSAI dilihat sebagai mastermind yang sangat berupaya menyatukan PR dan sedang diusahakan kejatuhannya. Dilihat skrip dari Mahadet tak berjaya menjatuhkan mereka menggunakan skrip Sayfool Bukeri dan bila dilihat skrip itu juga sumbang maka mereka memula kan skrip Rahimie Osmang pula agar perkataan liwat itu kekal di kepala para audien media.

Saya mengambil sikap lebih efektif dengan banyak mencari maklumat tanpa selektif. Ini dengan harapan agar saya dapat memahami sesuatu. Akhirnya direngkaskan cerita saya dengan ini mengesyorkan agar kita mengadakan persediaaan agar DSAI digantikan satu sosok yang berwibawa agar beliau mula dijadikan taruhan demi memprjuangkan PR agar lebih berupaya menongkah arus. Juga sosok itu mesti dilatih oleh kita agar dia lebih bersedia untuk di serang seperti DSAI. Bukan kerana saya hilang kepercayaan kepada DSAI akan tetapi, agar momentum yang di bawa oleh DSAI akan dapat diteruskan oleh sosok yang dapat bingkas dan relevan dengan situasi olitik Malaysia yang menuntut sesuatu.

Maaf kalau sosok ini tidak disenangi oleh sesiapa yang berjuang atas sesuatu. Sosok yang saya syorkan patut ditonjolkan agar meneruskan momentum DSAI ini ialah DS Nizar Jamaluddin.

Mari kita ketengahkan sosok kita dan rasionalkan.

Sunday, October 31, 2010

Democracy AMNO

Salah satu budaya baru yang asing bagi AMNO.
Lawan democrazy AMNO ialah demokrasi politik baru budaya baru (baca rupa ini kalau tidak AMNO akan putarbelitkan) oleh PKR. Selama ni memang kita dilagangkan dengan satu lelucon politik oleh AMNO dikalangan ahlinya sebagai demokrasi ala AMNO atau yang sebetulnya ialah democrazy. Bahkan ada yang menyebut demo tak kasi. Apa yang berlaku pada AMNO ini adalah berintipatikan dari democarzy yang mereka lakukan. Mudah sahaja nak mengenalpastinya. Rasuah dikatakan politik wang, itu memang jelas sekali memang crazy. Lagi: Yang terlibat dengan politik wang (rasuah) masih berlegar di persada maya AMNO bahkan pak polisi masih senyum melihat meraka tanpa curiga. Ishhhhh.

Sedangkan PR dalam proses mengamalkan politik baru , budaya baru (BBPB). Maka sebutan asasnya pun baru tentu lah belum menemui kematangannya. Kerana selama ini para ahli PKR pun adalah dari ranting AMNO juga maka timbul kegelisahan dengan budaya baru politik baru. PR memamng le gelisah, tapi sebenarnya para gerombiolan AMNO lagi gelisah kerana takut para perwakilan akan meniru budaya baru politik baru PR ini dlam melaksanakan pemilihan pemimpin parti masa depan yang bakal merosakkan budaya bobrok mereka selama ini.

Dalam proses BBPB ini memang jelas masih terdapat amalan dari sisa-sisa amalan AMNO dalam pemilihan PKR. Tidak perlu kita malu nak menafikannya. Budaya ini sangat asing bagi bekas ahli AMNO yang selama ini bergelumang dengan democrazy mereka. Masih terdapat kepincangan yang perlu di beri perhatian dalam membentuk BBPB ini agar dia tidak mendarah daging dalam diri ahli PKR dan PR umumnya.

Yang penting para penyokong PKR khasnya dan PR umumnya akan menolak budaya dari Democrazy AMNO ini . Bahkan jika ada penyokong yang berbuat seperti AMNO maka wajib kita menolaknya bersama. Biarkan dia menggayakan apa yang AMNO lakukan selama ini, tapi yang sangat penting kita tolak budaya lapok ini. Budaya lama AMNO lah yang menjadi barah yang merosakkan AMNO yang bergerak menuju kehancuran ini. Ini memang sangat pasti kerana biar bagaimana dipertahankan oleh ahli AMNO akan AMNO dengan segala kekuatan, yang pasti AMNO akan hancur musnah samada pembaikan dibuat dari sekarang.

Kenapa pulak AMNO akan hancur, kerana jelas itu dipanggil resam dunia. Dunia umpama bola. Sekali kita di atas dan sekali kita di bawah. Jadi Amno sekarang yang pasti sedang bergerak ke bawah dan sedang diambil alih oleh BUDAYA BARU, POLITIK BARU.

Thursday, October 21, 2010

Shhhhhh....kawan aku kata.


Tadi bergebang dengan seorang kawan. Kami sedang membincangkan isu seorang rakan (rakan bukan kawan) kami yang telah dicop sebagai gatal. Dengarkan cakapdia ish macam dia okey belaka tambah dia ada link ngan satu parti yang kononnya memperjuangkan hak Melayu. Sedangkan hak Melayu dibawah perjuanagn parti tu lingkup satu persatu. Rakan kita memang kuat sangat kat parti tu. Mana tak gatalnya bila dia marah kat budak perempuan dia siap cubit perut budak perempuan tu. Aku menemui beberapa mangsa dan rakan mangsa bertanya kan kesohehannya.
Kesimpulannya dia kata rakan kami tu gatal dengan beberapa kaedah lain menunjukkan kegatalannya.

Sudahnya kawan saya membuat kesimpulan yang membuat aku ngekek dalam hati. nak tau apa kata kawan aku tu. Dia kata orang AMNO tak le percaya. Kalau orang AMNO jangan le percaya. kalau kau buat kerjasama ada yang kena tipu. Itu kata kawan aku tu. Tentu kau pernah berurusan dan terkena dengan orang AMNO tu kot. Tentu la katanya.

Aku tak mengiakan nya pun susah. Orang AMNO sekeliling aku biasanya ada je something wrong mereka tu. Koman -koman pun gila betina. kalau orang perempuan tak suka kat mereka pun, tapi sebab betina. Sementelah betina begitu ramai kat Puteri AMNO tu. Ni masa bersidang ni rasanya jenoh mereka melayan betina-betina AMNO dari kalangan puteri ni, tak main la wanita AMNO (ya makcik-makcik AMNO).

hari ini aku nak bentang satu isu yang aku rasa lagi gila dan biul dari kalangan pemimpin AMNO:
Kenyataan Datuk Seri Bijan yang menyatakan beliau tidak mengarahkan membina Menarang Warisang sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Saham Mesia adalah alasan Pak Pandir.

“Ini adalah alasan ‘Pak Pandir’ dan melucukan daripada seorang Menteri Perdana,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Baginya, kenyataan itu seolah-oleh hendak melepaskan bebanan kepada PSM, bukannya kepada Bijan sendiri.

Ini, menurutnya kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak.

Tambahnya, wang sebanyak RM5 bilion untuk membina menara setinggi 100 tingkat itu mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.

Cammana tu?

Friday, October 15, 2010

Singapura + Malaysia = ?


Sukan Komanwel sudah melabuhkan tirainya. Malaysia diwar-warkan telah melepasi matlamat 10 pingat emas dan telah memiliki 12 pingat emas.


Tengah terbaca kalaulah Perdana Menteri Malaysia tak melapskan Singapura dari Malaysia maka kutipan pingat emas Mlaysia + Singapura ialah 23 pingat emas. Itu kalau mengikut ilmu logik, kan begitu. Akan tetapi andainya Singapura masih berada di dalam Malaysia adakah gabunag kedua-dua negar ini akan mendapat kutipan pingat emas sebanyak 23 pingat emas.


Saya dengan penuh yakin bahawa dengan ini menyatakan bahawa kutipan pingat emas di Sukan Komanwel New Delhi 2010 tidaklah mencapai 23 pingat emas. Saya pasti anda semua bersetuju dengan saya. Kalau Singapura negara yang begitu kecil dan bilangan penduduknya 3.77 juta tak le seramai Malaysia. Akan tetapi pengurusan yang bijak oleh kerajaan Singapura membolehkan negara itu menyaingi Malaysia, dengan mengikuti rapat malaysia yang penduduknya ramai menghampiri 30 juta.


Ada yang berkata Singapura mengamalkan import pemain yang diwarganegarakan. Mak ini memungkinkan kejayaan ini tercapai.


Apa pedapat anda?

Saturday, October 09, 2010

Jawapan untuk Penyokong Say Fool.......

Lawan tetap lawan.
Aku tak mahu le ngaku ni hak aku.
Jadi aku bagi link sebab jawapannya tersangat le bagusnya.
Aku rasa dengan hujah ini semua para penyokong Say Fool dan kawan terbarunya yakni Uterus (istilah sains baru bagi Rahim +i) mesti menolak sama sekali tuduhan terhadap DSAI tu.
Kalau tuduhan itu masih ko lakukan maknanya memang le ko orang tak faham ape yang dibaca samada tersurat atau tersirat.

http://kulupsakah.blogspot.com/2010/10/ayu-karan-dan-fitnah.html

Tapi aku masih percaya bahawa para gerombiolan AMNO dan para penyokong Say Fool takkan faham semua yang ditulisnya itu. Sebab amat aku faham bahawa IQ mereka sangat rendah.

Last sekali aku nak ucap terima kasih buat Kulup Sakah kerana menemui jawapan yang amat baik dan relevan untuk persoalan ini. Keep it up.

Saturday, October 02, 2010

Tau kenapa aku cakap tahap rendah........?

Berok ni pun pandai , pandai hisap rokok le.
Aku menulis blog supaya para pencacai AMNO dapat mencerna apa yang aku tulis. Sememang seantero dunia tahu bahawa ahli AMNO ni kureng sikit tahap ilmunya hatta ketua cawangan atau ketua pemudanya. Kalau berilmu pun ilmu nya agak menyimpang dari ajaran agama.

Atas dasar itulah aku menulis blog dengan menggunakan tahap bacaan yang rendah agar mudah dicerna oleh para pencacai AMNO. Andaikata aku menulis dengan tahap yang sangat tinggi, aku rasa sepatah haram pun mereka tak faham nanti. Jadi biarlah blog aku dilevel sebagai blog tahap rendah kerana blog aku ni dituju kan kepada para pencacai AMNO yang sangat diketahui ber IQ rendah. Orang PR tak usah le datang nanti boring kan.

Habis macammana dengan diploma, ijazah yang mereka ada tu. Mudah je, yang agak tinggi pelajarnnya tu tak ramai. Ini keran kalau ramai tak boleh lah mereka mempergunakan akan kekurangan ilmu para pendokong AMNO tu. Mereka yang agak berpelajaran tinnggi tu pulak mahu menggunakan kebodohan para pendokong AMNO untuk kepentingan mereka. Mereka ada kepentingan sahaja yang berada di AMNO tu. Yang lain tu kureng.

Kalau aku masokkan segala bahasa bombastik pun cukup lah untuk aku membuat mereka ternganga dan meleleh air liurnya. Jadi untuk mengelakkan lalat memasuki mulut mereka. Aku terpaksa turunkan tahap ketinggian bahasa aku. Silap-silap mereka ingat nanti yang lalat memasuki mulut mereka ialah rezeki datang melayang dan terus mereka menikmatinya tanpa ragu dan was-was kecuali duit judi (kate dek deme) kat Penang.

Sunday, September 26, 2010

Cara AMNO tarik para katak.


Terus ke poin aje le:

1. Bawak pegi Siam selalu, buat ape aku tak tau.

2. Sesekali pegi Ke Bali, buat ape aku tak tau.

3. Kadang-kadang bawak ke negeri Cina, buat ape aku tak tau.

4. Ade juga program bawak ke Langkawi seluruh famili, buat ape aku tak tau.

Rasa-rasa mengkome, kalau kene pegi melawat selalu FREE pulak tu , amacam?

Tau tak , aku bukan cakap kosong, dulu darah daging aku menghidupkan PKR tempat aku, tetapi dah kene sogok rope tu . Habis berubah hati perutnya. Dulu dia masih kata, aku pindah ni sebab nak betuikan tong taik AMNO ni. Tapi sekarang ni dia pulak yang bergelumang habis dengan taik. bahkan dia ajak habis familinya masok AMNO.

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------