Thursday, October 21, 2010
Shhhhhh....kawan aku kata.
Tadi bergebang dengan seorang kawan. Kami sedang membincangkan isu seorang rakan (rakan bukan kawan) kami yang telah dicop sebagai gatal. Dengarkan cakapdia ish macam dia okey belaka tambah dia ada link ngan satu parti yang kononnya memperjuangkan hak Melayu. Sedangkan hak Melayu dibawah perjuanagn parti tu lingkup satu persatu. Rakan kita memang kuat sangat kat parti tu. Mana tak gatalnya bila dia marah kat budak perempuan dia siap cubit perut budak perempuan tu. Aku menemui beberapa mangsa dan rakan mangsa bertanya kan kesohehannya.
Kesimpulannya dia kata rakan kami tu gatal dengan beberapa kaedah lain menunjukkan kegatalannya.
Sudahnya kawan saya membuat kesimpulan yang membuat aku ngekek dalam hati. nak tau apa kata kawan aku tu. Dia kata orang AMNO tak le percaya. Kalau orang AMNO jangan le percaya. kalau kau buat kerjasama ada yang kena tipu. Itu kata kawan aku tu. Tentu kau pernah berurusan dan terkena dengan orang AMNO tu kot. Tentu la katanya.
Aku tak mengiakan nya pun susah. Orang AMNO sekeliling aku biasanya ada je something wrong mereka tu. Koman -koman pun gila betina. kalau orang perempuan tak suka kat mereka pun, tapi sebab betina. Sementelah betina begitu ramai kat Puteri AMNO tu. Ni masa bersidang ni rasanya jenoh mereka melayan betina-betina AMNO dari kalangan puteri ni, tak main la wanita AMNO (ya makcik-makcik AMNO).
hari ini aku nak bentang satu isu yang aku rasa lagi gila dan biul dari kalangan pemimpin AMNO:
Kenyataan Datuk Seri Bijan yang menyatakan beliau tidak mengarahkan membina Menarang Warisang sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Saham Mesia adalah alasan Pak Pandir.
“Ini adalah alasan ‘Pak Pandir’ dan melucukan daripada seorang Menteri Perdana,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Baginya, kenyataan itu seolah-oleh hendak melepaskan bebanan kepada PSM, bukannya kepada Bijan sendiri.
Ini, menurutnya kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak.
Tambahnya, wang sebanyak RM5 bilion untuk membina menara setinggi 100 tingkat itu mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.
Cammana tu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment