LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 16, 2009

TGNA maksum....


Yang aku tahu, kat dunia ni yang maksum ialah rasul-rasul termasuk le rasul besar junjungan kita nabi Mohd SAW. Ada ka orang lain yang maksum, aku tanya kali ini memang aku nakkan jawapannya. Kalau ada, apa yang bakal aku kata ni salah le. Soalan lagi ada ka Wali Allah tu maksum, cerita bab Wali ni orang AMNO percaya ke. Jadi aku berpendapat kat dunia sekarang ni, dulu kini dan selamanya (bahasa ni orang AMNO suka le) tak ada orang yang boleh mengaku tak buat silap atau tak berdosa. Jadi kesimpulannya TGNA tidak maksum.

Jika TGNA tidak maksum maka ia mampu berbuat silap, betul begitu juga sakalian ulama PAS apatah lagi ulamak AMNO. Kalau ulama sekali pun tidak maksum bagaimana pula dengan pimpinan negara Melayusia ni. Adakah mereka itu maksum sampai apa yang mereka katakan adalah perlu menjadi satu kitab buat turutan kita semua? Letih benar aku bertanya ni. Sebab yang ni aku sendiri juga kena jawab. Sendiri tanya, sendiri jawab macam orang gila le pulak. Tapi aku pasti aku masih waras, Insyallah.

Jika Nabi Mohd SAW berkata bahawa para sahabat adalah bintang yang sepatutnya menjadi panduan seluruh alam. Maka yang berusaha mencuba seperti para sahabat kalau mampu adakah mereka salah pembawaannya (tapi perlu diingat mereka bukan maksum).

Adakah sabda laki Najeeb yang mengembang rambutnya dapat menjadi pedoman bagi kita semua agar kita semua selamat? Tanya lagi, ish ish. Atau kita mahu menjadikan Noor Kumalasari sekarang sebagai pedoman (maaf, Puan Noor aku guna nama hang sebab aku respect kat hang yang istiqomah sejak hang berubah). Kalau Ogiii pulak setakat ini hilang le respect aku, insyallah kalau dah bersuami balik tu , berubah balik kot.

Berbalik kepada TGNA dan para ulama PAS bukan maksum maka mereka perlukan musyawarah yang amat telus dan berani menerima kenyataan. kalau benar ada sesuatu yang amat tak kena dalam PAS, mereka perlu tolak orang-orang jika terbukti kesalahannya itu, kerana kemenangan bukan kerana ramai walaupun demokrasi memerlukan majoriti. Tapi kemenangan kerana kita perlukan keberkatan seperti dalam peperangan Islam yang pertama 300 muslim yang berkah melawan seribu kafir yang nak merosakkan Islam.

Kenyataan para blogger perlu diteliti keran mereka juga mempunya asas dalam mengatakan apa yang mereka kata. Atau dalam kata lain masakan ada aurora kalau tak kat kutub. Boring guna peribahasa lama angin, angin. Try peribahasa baru pulak.

Tuesday, December 15, 2009

Jemput ke Kuala Kangsar

Ini posternya kalo tak jelas lagi klik le kat gambarnya.


Ini pelan lokasinya dekat aje dengan Jambatan Sayong tu (Jambatan Sultan Abdul Jalil)

Sayangnya aku berada di Kedah masa tu , Insyallah

Tuhan alam.

Tuhan yang bagaimana yang mampu mentadbir alam?
Meh kita tengok alam ini macamana. Yang dah sekolah sampai tingkatan 3 masa sukatan sains dalam Bahasa Melayu banyak maklumat tentang alam berbanding dalam PPSMI. Tapi yang rajin explore internet lain la, lagi banyak maklumat.

Macammana nak mula ya. Kalau lukis pun tak cukup ruang kalau taip pun mungkin kita boleh cuba nak gambarkan.
Bumi ni terletak dalam sistem bintang matahari (ada 9 planetnya).
Matahari tu ialah bintang yang terletak dalam Galaksi Bima Sakti. (jarak antara stiap matahari sangat jauh yang paling dekat bintang Proxima Centauri jaraknya kalau tak salah 40 juta juta km).
Di alam ni ada baaaaanyak galaksi, setakat bacaan saya hari tu dah ditemui 100 000 galaksi.
(Kita ni galaksi Bima Sakti jadi terdapat 99 999 galaksi yang lain sedang berputar).

Persoalannya Tuhan Alam yang bagaimana yang mampu menjaga alam ini?
Maaf takkan setakat Jesus dan 2 tuhan yang dikatakan satu pulak tu.
Maaf takkan setakat Lembu yang menjaga alam ini walaupun lembu dianggap ibu manusia.
Maaf takkan setakat dewa monyet yang menjaga alam ini.
Macamana tuhan yang lain......

Saya mengesyorkan pengikut agama yang lain membaca sifat 20 dalam Islam untuk memahami Tuhan alam yang saya fahami.

Ustaz ustazah bantu saya kalau saya tersilap menggunakan bahasa..........

Monday, December 14, 2009

Jawapan kepada Ceramah2 BTN oleh bekas ahli AMNO.

Aku ingin bertanya satu soalan.
Semasa mereka berceramah mereka berceramah dibawah payong apa?

Di bawah payong PAS kah?
DAP kah?
PKR kah?
AMNO kah?
MIC kah?
MCA kah?
Berapa banyak punya kah da....

Dah bertanya aku jawab sendiri......kah kah kah......
Tentulah Anwar Ibrahim yang ko kata dan Khalid Ibrahim juga yang ko kata dan rakan rakan yang sewaktu dengannya itu berucap , semasa di bawah payong AMNO?

Bukak pekong sendiri ( klik) nampak kah kah kah... tiru blogger Ikut Suka Aku gaya aku.

Mereka berceramah tu , itu isu lama, lama dulu, tambahan pula ko tunjuk gambar Khalid Ibrahim masa muda dulu. Itu dulu. Kalau gambar Anwar Ibrahim ni pasal aku nampak dia ni awet muda jadi macam serupa je dulu dan sekarang ni . DSAI belanja mamam aku puji ni.

Kan dulu mereka dan kini adalah berbeza. Dalam kata lain dulu lain sekarang lain kata SM Salim ko kene ke.? Atau dalam kata lain mereka dah bertaubat dari AMNO. Itu pun tak faham ke kah kah kah... erkkkkkk sendawa panjang le pulak aku banyak gelak ni.

Bila mereka memasuki era baru dalam Pakatan Rakyat (PR) bermakna mereka mempunyai satu pandangan baru ,gagasan baru hatta wawasan bukan 2020 yang ko orang ikut dulu kini dan selamanya. Jap, dulu kini boleh juga pegang tapi selamanya kalo Islam boleh le kalo AMNO boleh ke. Sedangkan PAS pun aku berani pegang dulu, kini tapi selamanya aku tak berani pasal kalau PAS ubah arah aku yang akan balun mereka.

Jadi bila membawa hujag BTN tu hati hati ye , kan dah buka pekong ih nak gelak lagi le kah kah kah kah kah kah koh koh koh batuk le pulak ko punya pasal le.

Sunday, December 13, 2009

Kalau tak percaya mari sini: Isu Perkauman.

Akulah Penyair
Yang Turun Dari Gunung
Beratus tahun telah duduk di situ
Beratus-ratus tahun

Ingin kuturun kelembah
Melihat manusia
Kecil miskin lagi hina
Hidup mereka melata-lata

Tanganmu kugenggam
Kujulang ke udara
Akan kujerit bagaikan halilintar
Kebebasan abadi

Masih ada dalam ingatan aku lagu tu, mungkin ada silap di mana mana. Agak anda siapakah yang melagangkan lagu itu dalam kursus-kursus nya suatu waktu dahulu.

Aku dapat lagu ni masa kursus AMNO di Kg Kubu Gajah, Bruas (alamat tak begitu pasti). Itu baru satu lagi. Macamana lagu Anak Kecil Main Api. Rasanya semua kursus AMNO akan melibatkan lagu lagu itu pada masa saya muda-muda dulu. Ini kerana masa dahulu aku ikut bapak aku orang kuat walaupun satu undi pun AMNO tak dapat dari aku sejak layak mengundi.

Bukankah semua ini dari AMNO bahkan aku pernah ikut kursus penceramah AMNO di Changkat Tin, Tg Tualang. Pun begitu aku didedahkan dengan isu perkauman. Sepanjang kursus 3 hari 2 malam itu kami diasak dengan isu itu sahaja. Ada sekali dalam satu sessi tu aku kemuka satu isu agama, tapi aku terkejut kerana isu itu mereka pandang sepi je, terdiam aku dan rasa kehairanan. sedangkan aku dipilih kesitu kerana menjadi johan ceramah belia KKangsar anjuran mereka yang ada membicarakan isu itu.

Kesimpulannya, AMNO lah yang mengamalkan isu perkauman dan mereka boleh bertahan sampai sekarang kerana isu itu. Kalaulah isu kaum tidak didendangkan, amat pasti hancur leburlah mereka. Bayangkan mereka juga yang menyebabkan orang bukan Islam takut kepada agama Islam. Misalnya boleh mereka kata masa musim pilihnraya, oi, kalau PAS memerintah, kene potong lancau o.(maaf le aku taip juga kata tu)

Saturday, December 12, 2009

http://screwkuat69.blogspot.com/2009/12/skandal-seks-pemimpin-pas-part-v.html

Saja aku ambil tajuk dari satu laman blog yang aku jumpa dalam laman blog parpukari house. Maknanya parpukari cilok dari laman blog screwmuat69.blogspot.com. Niat cilok ini jelas untuk menjatuhkan pimpinan PAS itu.

Mudah sangat bagi saya sebagai peminat PR khasnya PAS:

KALAU BENARLAH YB DUN PAS ITU SEPERTI MANA YANG ANDA TELAH POSTINGKAN DALAM LAMAN BLOG ANDA. SAYA DENGAN INI MENGESYORKAN AGAR BELIAU DITAHAN DAN DIHUKUM MENGIKUT PERUNDANGAN ISLAM IAITU DI REJAM DENGAN BATU.

SAYA DAN PENGIKUT PAS RASANYA TAKKAN BERSEKONGKOL DENGAN ORANG SEBEGITU DAN KAMI RELA KEHILANGAN SATU KERUSI KERANA ORANG YANG SEBEGITU. KERANA KAMI AMAT PASTI BAHAWA ORANG SEBEGINI KALAU BENAR SEPERTI YANG ANDA DAKWA AKAN MEROSAKKAN ISLAM YANG KAMI DUKUNG.
KAMI TIDAK MAHU SEPERTI SEBUAH PARTI ITU YANG MASIH MENJULANG NAIK PEMIMPIN YANG ADA REKOD BEGITU DAN YANG SEWAKTU DENGAN NYA.

TAPI ANDA MESTI INGAT JIKA APA YANG ANDA KATA ITU TIDAK BENAR DAN ANDA TIDAK MAMPU MEMBAWA 4 ORANG SAKSI, ANDA PATUT MERELAKAN ANDA DIHUKUM DENGAN HUKUMAN DUNIA IAITU 80 KALI SEBAT.

INGAT KAMI BUKAN GOLONGAN YANG AKAN MENGANGKAT PEMIMPIN YANG SEBEGITU. AKAN TETAPI KAMI JUGA AMAT PASTI BAHAWA TERDAPAT ORANG YANG TAK MAMPU MENGAWAL NAFSU MEREKA DAN MEREKA TERGODA UNTUK MELAKUKAN SEBEGITU KERANA KITA SEMUA ADALAH MANUSIA BIASA.

KALAU BENAR DAKWAAN ANDA ITU SAYA YANG AKAN MENGUCAPKAN TERIMA KSAIH KERANA PADA SAYA ITU ADALAH SATU PEMBERSIHAN AGAR PARTI PAS AKAN MAKIN BERSIH UNTUK MENEMPUH ERA PRU 13 NANTI. BONGKARKAN KEBOBROKAN ITU JIKA BENAR. JADI PEMBUKTIAN BENAR KENAPA TERTANGGUH-TANGGUH DAN KENAPA TAKUT UNTUK TAMPIL MENYATAKAN KEBENARAN.KERANA SAYA PASTI PIHAK ANDA PERLU YB SEBEGINI YANG DIKATAKAN AKAN MELEMAHKAN PARTI PAS. SEDANGKAN PADA KAMI IA BAKAL MENGUATKAN KERANA BERLAKU PEMBERSIHAn.

SEBAGAIMANA PANGLIMA PERANG SALAHUDIN AL AYUBI DALAM PEPERANGAN SALIB YANG SANGGUP TIDAK MEMBAWA ORANG YANG TIDAK BANGUN MALAM UNTUK BERJUANG. KERANA BELIAU AMAT PASTI BAHAWA ORANG SEBEGITU AKAN MEROSAKKAN PERJUANGAN JIHAD FI SABILILLAH. MAKA KALAU BENAR TERUSKAN PEMBONGKARAN ANDA, KERANA SAYA JUGA AMAT SUKA.

Friday, December 11, 2009

Beli hati rakyat lagi......


Petang tadi lepas solat Jumaat di kampong halaman aku di Kuala Kangsar, aku pergi mewakilkan orang kerana dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Macam-macam bantuan yang di beri bantuan untuk orang cacat, bantuan untuk orang terlantar, bantuan untuk orang tua (lama) dan bantuan untuk kanak kanak sekolah. Sumbangan itu semua dari JKM yang akan bermakna penerima bantuan akan dapat bantuan bulanan dari JKM. Bagi yang aku wakil gayanya dia dapat rm300 ringgit sebulan. Orait le kan. Syabas dan tahniah kepada JKM yang berusaha memberi bantuan kepada yang boleh.


Tapi yang tak sodap mata memandang AMNO tumpang tui seolah dari merekalah semua ini untuk rakyat yang didihulukan dan pencapaian ditamakkan. Bunyi ucapannya seolah-olah hanya Bee End yang mampu memberi duit tu. Kau orang rasa kalau PR memerintah dia orang tak bagi ke.

Ucapan dia orang memang nampak berhati-hati dalam usaha membeli hati rakyat. Tapi bila usaha begitu memang tersasul dan nampak ada udang di sebalik mee nya.

Siap ada lambang dacing biru kat sampul surat tu. Jadi usaha itu berjayalah mereka membeli hati rakyat untuk didihulukan dan pencapaian ditamakkan. Oleh kerana on the way aku balik tak ade mesin photostat dan lupa bawak handset maka tak dapat le aku rakamkan gambar envelope tu untuk di upload kat blog ni.

Bagi aku usaha ini macam beri ikan je, bukan beri kail. Kalau yang lumpuh tu kan lagi baik diberi peluang perubatan agar dia boleh sembuh sepenuhnya. Atau beli peralatan yang boleh digunakan untuk seluruh rakyat setempat. Misalnya kat tempat aku popular Alpha One mesin bernilai RM16K kalau satu kampong satu mesin kan bagus dan pengguna diminta bayar kembali untuk tabung JKKK. Ini JKKK tau tadah je, bila le tau nak cari sumber sendiri. JKKK AMNO le katakan manja, tak kreatif, menadah memanjang dan yang penting mereka tu yes man. Kan betui aku cakap.

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------