Kalaulah zikir ni disyorkan oleh para Rasul tentu Malaysia dah power sebab hampir seluruh rakyat Malaysia tengah berzikir 1 malaysia. Tapi sayang zikir ini disyorkan oleh C Bijan yang bsedang mewarisi zikir-zikir lain yang telah berlalu. kalau masa Madey kite diujakan dengan zikir Wawasan 2020. Maka datang pula Pak Lelah maka kita didendangkan pula dengan zikir Islam Hadhari. Setelah berkubur warisan Badawi maka datang pulak zikir terbaru yang semua mulut penyokong sedang rancak menzikirkan 1 malaysia. Dengan harapan agar bila zikir ini telah tertanam di hati maka seluruh rakyat akan sentiasa di hatinya dalam meninggikan makam zikir 1 malaysia.
Yang menariknya zikir-zikir ini tiada kesinambungannya dari satu era ke satu era. Seolah-olah setelah berakhir era terdahulu maka zikir itu lenyap bersama lenyapnya era terdahulu. maka nampak nyatalah bahawa zikir-zikir terdahulu tiadalha tinggi makamnya. maka di utarakan zikir baru maka akan berlakulah juga zikir itu akan tenggelam bersama tenggelamnya Tok Guru zikir itu. Sayugia diingtakan bukanlah semua orang mendokong zikir-zikir itu apatah lagi zikir itu bukan turun daru Rasullullah SAW. Maka zikir yang bukan bersumberkan dari Rasulullah SAW maka akan lenyaplah ia tanpa para pengikut dapat meningkatkan makam zikir tersebut. tambahan pula tidak rakyat nampak zikir itu dapat bertahan bila diuji. Misalnya I Malaysia kan di baca bahawa semua sekolah akan menjadikan Bahasa mElayu sebgai satu bahasa. Akan tetapi beretmpiklah segala ACM dan CIM dan yang seaktu dengannya kerana mengatakan tidak relevannya zikir ini digunakan dalam situasi ini. Maka ternampaklah cacatnya zikir ini dengan amat jelasnya kerana ada dwi maknanya iaitu mungkin bermakna 2 Malaysia atau 3 Malaysia.
Tetapi Tok Guru zikir telah mengatakan bahawa zikir ini akan meninggikan makam dan martabat rakyat Malaysia dan segala yang tidak berzikir dengan zikir ini akan ketinggalan. ,aka zikir ini diteruskan juga demi menjaga nama baik Tok Guru zikir ini.
No comments:
Post a Comment